Saturday, December 17, 2011

Movie Day Out Bersama Budiey.Com

Assalamualaikum...w.r.b.t..

Kali ni nana nak update 2 entri dalam satu,hehe boleh tak camtu? Nak cerita pasal Movie Day Out (MDO) bersama Budiey.Com dan pembaca website Budiey.Com :)

Minggu lepas diberi kesempatan untuk menonton wayang Happy Feet 2 di KLCC bersama artis iaitu IsmaAF7 yang datang bersama suami, Zul 2By2 dan juga 2 orang anaknya. Berkesempatan juga bertemu dengan pembaca Budiey.Com yang lain yang turut hadir dan juga tak lupa Abang Budiey. Thanks sebab sudi ajak kami dan jugak thanks for the goodies bag! :)

Ermm...nak review pasal cerita tu sikit la..best sangat cerita Happy Feet 2 tu, walaupun cerita kartun tetapi tetap ada unsur lawak dan pengajaran. Melihatkan kartun penguin yang kecik comel tu lagi membuatkan kita geli hati melihat gelagat mereka di dalam filem tersebut. Mengisahkan tentang seekor anak penguin yang tidak yakin dengan diri sendiri dan sering memencilkan diri dari orang lain. Namun, setelah mengenali seekor penguin yang agak pelik juga mengajar anak penguin itu untuk mencari kelebihan di dalam diri sendiri. Huhu agak sedih jugak bila macam-macam dugaan yang datang menimpa dan terharu melihat kepayahan mereka dan apabila bersatu segala-galanya menjadi mudah.

Bersama blogger iaitu Ijah dan juga pembaca Budiey.Com 



Bersama IsmaAF7 & suami,Zul2By2 dan juga anak-anak



Dan semalam pulak diberi peluang untuk MDO bersama Abang Budiey lagi untuk menonton wayang Petaling Street Warrior (PSW) di Golden Screen Cinema, Pavillion juga bersama pembaca Budiey.Com. Cerita PSW ni sangat hillarious! Gelak tak ingat bila tengok lawak-lawak dalam cerita ni. Bangga je jadi anak Malaysia bila tengok cerita mengenai Petaling Street ni ..hehe kepada yang tak tengok lagi, pegi la tengok sebab memang tak rugi kalau tengok!

bersama pembaca Budiey.Com aunul (baju hitam putih), amir (2 dari kanan) dan juga sahabat kami iaitu Husaini (paling kanan) 


antara yang turut hadir memeriahkan MDO semalam

thank to Abang Budiey :)

Setakat tu jela cerita buat kali ni.. wassalam

Psst..!! Jom Like di Sakurashawl.Com ye..

 
Copyright © Sakura Shawl |Design by Whitey Mommy