Wednesday, November 30, 2011

Puisi Zahiril Adzim Buat Isterinya, Shera Aiyob



“Aku pasti punya masalah tiap kali ingin menulis puisi buatmu.


Entah kenapa, kuasa cintamu lebih hebat dari kata-kata yang akan terkeluarkan.



Saat itu langsung aku setuju yang dirimu satu.



Dan hari ini kau telah menjadi isteriku.



Ampunkan aku kalau aku pernah berkasar, 


Ampunkan aku kalau aku pernah mengherdik,


Ampunkan aku kalau aku pernah menjerit


Ampunkan aku kalau aku pernah terpekik, melolong,


Isteriku, percayalah sebabnya ialah kasih dan cinta.



Akan ku jaga kau seperti ku jaga diriku sendiri, 


Memang hidup itu tidak pernah ada jaminan keselamatan,


Bahaya, ancaman di mana-mana. 


Tapi selagi kau dalam dakapanku,


Aku berjanji akan menjagamu. 


Setiap saat dan waktu,

Setiap siang dan malam, 

Setiap guruh dan hujan,


Setiap panas dan terik. 


Setiap nafasku.


Aku sering menadah telapak tangan dan memohon pada Tuhan agar kau, 


bukan sahaja menjadi isteriku tetapi menjadi isteri yang disayangi Allah Ta’ala.


Isteriku, 


Selamat datang ke hidupku,


Selamat menjadi isteriku, 


Selamat menjadi ibu pada anak-anakku kelak,


Selamat menjadi menantu ibu bapaku, 


Selamat menjadi adik dan kakak pada adik-beradikku

.
Selamat menjadi keluargaku, 


Selamat menjadi pelengkap hidupku.


Selamat menjadi separuh dari aku.”




.........................................................................................................................................

TERIMA KASIH SUAMIKU :)   gambar ni takde kena mengena dengan puisi Zahiril buat Shera ye, ini adalah hadiah dari suamiku ..

Akad Nikah Nana & Pian, 12 November..

Biarkan gambar berbicara..






Alhamdulillah....

Tuesday, November 29, 2011

Dapat Tiket Menonton Filem Ombak Rindu Percuma- Hot FM Zoomerz Memang Best!

Assalamualaikum..w.r.b.t...

Sukenyeee!!!!

Lepas balik makan tengahari dengan kawan-kawan tadi nana gi isi minyak kat petrol pump Caltex Jalan Kuching tu, masa on the way tu radio Hot.Fm pasang lahu baru soundtrack filem Ombak Rindu..huhu  memang ternanti-nanti la cite ni keluar, nak pergi tengok..

Tak lame lepas tu dengar Hot.Fm zoomerz cakap dorang ade dekat Hentian Duta!! Dekat je tuuu!! Apalagi, lepas isi minyak je terus la pusing ke Hentian Duta..hehehe sebab utama yang excited sangat sebab dorang cakap kalo nak tiket percuma tonton filem yang akan keluar iaitu Ombak Rindu! :)


Masa memula sampai tu memang la segan sebab nana orang kedua yang sampai kat situ, ade sorang mamat dah sampai tapi dia tutup muka dia. Mungkin dia segan kot, hehehe...sampai je dorang terus bagi-bagi barang makanan..hehe


Masa sampai tu, berdebar tak hengat..rasa macam nak gi amik exam je.hahaha padahal jumpa ngan Zoomerz je pun...hihihi banyakkk soalan yang dorang tanye...dan tak semua soalan yang kitorang leh jawab..ade tu main hentam je, tapi dorang bagi jugak jawapan sebab memang nak bagi sume orang menang :)

 Ini la barang- barang yang diberikan oleh Hot.FM Zoomerz

Mandian Active Guard dari Shokubutsu

Pembersih wanita dari Sendayu Tinggi 

Mug Nesvita dan juga Nesvita 3 in 1 

Pulpy Drink  dan Nestle Coffee Mate Creamer 

Snek Corntos 

Cordy Cafe dari Asia Herbal Biotech Sdn Bhd ni nana menang sebab dapat jawab soalan..Coffee ni dari keluaran Abot katanya, so dia suh teka apa maksud ABOT..
Time tu semua orang senyap sebab tak tau, so nana jawabla Alternatif Buat Orang Timur 
hehee betul :) 

Kesimpulannya, ini la semua barang yang nana dapat tadi, termasuk paper bag tau! terima kasih kepada semua penaja..hihi macam iklan "Saya memang motor" plak..

Ini la dia Hot.FM Zoomerz

Hehehe tak kesahla orang nak cakap jakun ke ape ke sebab dapat hadiah2 tu sume, yang penting dan sangat best sekali sebab nana dapat apa yang nana nak! Iaitu tiket menonton wayang Ombak Rindu! :) 
Nak tau apa soalan yang di tanya?? Apakah no siri yang tercatat pada tiket yang bakal diberi itu? Klu- klu dorang berikan la..hentam punya hentam akhirnya rezeki berpihak jugak pada nana..alhamdulillah..so kepada suami saya, nanti kita pegi tengok cite ni ye..

sila lah jeles ye :)

Wassalam....

Sunday, November 27, 2011

Ada Apa Dengan Cuti Hujung Minggu

Assalamualaikum w.r.b.t...

Penat tak hilang lagi, terus je bukak laptop ni nak update gambar gi jalan-jalan ala2 honeymoon la kot hihi dengan suami tersayang. Sepatutnya hari Sabtu malam suami dah janji nak bawak keluar tengok wayang sebab dia kerja sampai petang haritu. Tapi dek buat terlalu penat keje, malam tu dia tido awal pastu pukul 1 baru terjaga. Tak sampai hati nak kejutkan sebab tengok dia tido nyenyak sangat. 

Keesokan hari yakni Ahad, suami kerja lagi takde maknenye cuti hujung minggu!huhu pun sampai petang. Sampai je rumah, dia ajak keluar bawak bekal baju kalau2 tak balik. Rupanya dia bawak gi Port Dickson tak jauh pun, dekat je tapi at least sempat spent masa berdua :) hujan punye la lebat sepanjang perjalanan, jalan pun jem gile. Sampai kat PD je dah malam, tak sempat nak ambik gambar sunrise..huhu takpela,takde rezki kali ni kot :)

Malam tu sempat tengok bola Malaysia vs Bahrain dekat kedai makan, alamak terlupa plak apa nama kedai tu. Tapi sangat tak berpuas hati dengan servis kat kedai tu sebab servis sangatla slow walaupun pekerja ramai. Pastu, muka masing2 mencuka yang amat! hish...rasa nak tarik je pipi dorang bagi senyum !

Layan jela gambar2 kami yang perasan ni ye..sorang perasan comel sebab pakai shawl baru, lagi sorang perasa kameraman handalan :P hehe jangan mareee...

haruslah posing dulu dalam keta sebelum gerak ye hihi

kami nak gi jalan-jalan 


dah sampai kt kedai makan yang tak best itu, tgk bola sambil sms 

lepas makan pegi jugak pantai lepas hujan berenti 

muka penat + ngantuk 

keesokan hari dengan tudung yang sama tapi gaya yang berbeza reka sendiri...hihihi 

macam comel je rasa..hihi

peace!

peace 2 belah mata! 

kenapa asyik peace je, baru perasan memang tak reti nak pose! hahha 

peace lagi! cuba korang kira ada berapa peace..hehe 

peaacceeeeee!!!! 

jom kita jalan tepi pantai :)

dah pandai amik gambar lompattt...yeayyyy!!

kami dah nak balik sebab matahari dah tinggi 


kepada ahli keluarga, sori kami tak dapat balik kampung walaupun cuti awal muharram sebab hujung minggu pun tetap kena kerja.. ubatilah kerinduan dengan tengok gambar kami di sini ye :) 

Wassalam....

~~shawl itu sangat cantik sebab ade 2 sided boleh pakai, 1 side corak bunga2 & the other side corak leopard! sangat cantik hokey :)



Friday, November 25, 2011

Petua Untuk Para Lelaki di Luar Sana, Juga Perempuan

Assalamualaikum w.r.b.t...

Tiap-tiap hari duk post pasal diri sendiri je, harini nana rasa nak kongsi dengan kawan-kawan semua tips atau petua yang sangat berguna untuk kebanyakan lelaki tak adil kan kalo cakap lelaki je dan juga perempuan di luar sana, iaitu Tips Berhenti Merokok. Memanglah sekarang ni dah ada dijual ubat untuk berhenti merokok, tapi apa salahnya kita menggunakan cara semula jadi ni :)

Petua ni nana jumpa di salah satu website yang banyak terkandung petua-petua lain yang kalian boleh manfaatkan, jom singgah sini.  Banyak petua yang dikongsikan di dalam website Petua.org ni daripada petua kecantikan, kesihatan, rumah tangga dan macam-macam lagi.

So, kalian semua boleh cuba tips yang nana kongsikan kat bawah ni. Mana tau berkesan! :) InsyaAllah...



Tips Berhenti Merokok
1. Melengah-lengah
Lengahkan tindak balas ke atas keinginan merokok seperti melambat-lambatkan mencari rokok. Sekiranya rokok ada di tangan, jangan dinyalakan terus, tunggu sekurang-kurangnya 5 minit. Keinginan untuk merokok ini kesudahannya akan hilang juga. Katakan pada diri anda â€Å“nanti” setiap kali anda ingin merokok.
2. Menarik Nafas Panjang
Tarik nafas anda dengan panjang sekurang-kurangnya tiga kali dengan perlahan-lahan.

3. Minum Air Dengan Banyak

Minumlah air banyak-banyak. Sebaik-baiknya air galian atau air masak suam. Jangan minum air berkafein seperti kopi atau teh, kerana minuman ini biasanya akan membuatkan anda ingin merokok selepas meminumnya.
4. Membuat Sesuatu
Buatlah sesuatu yang boleh mengalihkan fikiran anda daripada rokok. Contohnya bersiar-siar makan angin, telefon kawan, membaca buku, bermain muzik, membuat silang kata, berkebun dan sebagainya.
5. Menguyah Sesuatu
Mengunyah sesuatu seperti gula-gula getah,lobak merah,buah epal dan sebagainya. Elakkan sesuatu yang manis seperti gula-gula biasa.
6. Mandi atau Basuh Tangan
Sekiranya berada di rumah, mandilah seberapa kerap atau basuh tangan setiap kali terasa hendak merokok.
7. Melakukan Senaman Regangan
Lakukan senaman regangan setiap kali anda merasa mengantuk kerana tidak merokok.
8. Memohon Doa
Mohonlah doa kepada Tuhan agar azam dan usaha anda untuk berhenti merokok itu berjaya.

Wednesday, November 23, 2011

Make over make-up @MATRADE,ce komen!

Assalamualaikum..w.r.b.t..

Harini terasa gatal tangan nak mekap orang sebab dulu dah belajar dengan jurumekap yang sangat hebat pada nana iaitu Tya's Touch ni. Dah lama cuti sebab nak settlekan hal kahwin dulu, so it's time untuk nana teruskan hasrat hati untuk belajar mekap ni.

So harini nana mekap 3 orang ex-officemate di MATRADE iaitu Lela, Azne & Fara. Fuh! 3 orang sekaligus.. sakit jugak la pinggang ni berdiri mekap..Tapi disebabkan semangat yang membara, diteruskan jugak sebab kengkawan semua sokong! Thanks uols :)

Layan gambar ye, sori nana terlupa nak ambil gambar sebelum mekap tapi nana just amik gambar dalam fb dorang je :) cuma gambar azne je yang takde sebelum mekap...huhu

Lel, suke tengok berseri2... :)

cantik tak? 

Farazila, dah macam Ziela Jalil hihi 

Fara lagi 

Azne, takde gambar sebelum mekap la...berseri2 muka azne

ni dia nana ngan fara, hehe peace! hehe tetap nak tunjuk inai 

Sebarang komen dan kritikan adalah amat dialu-alukan ye kengkawan :) 

Tuesday, November 22, 2011

Tahniah Buat Skuad Harimau Muda di Sukan SEA-26

Assalamualaikum w.r.b.t..

Rasanya belum terlambat lagi untuk nana ucapkan setinggi-tinggi tahniah buat skuad Harimau Muda yang menentang pasukan Garuda Muda, Indonesia semalam dalam Sukan Sea -26.  Sekalung tahniah juga buat coach, Ong Kim Swee atas kerja keras selama ini berbaloi dengan membawa pulang pingat emas buat negara tercinta.

Apa2 pun, pada nana 'hero' dalam perlawanan malam tadi adalah Khairul Fahmi Che Mat (KFCM) dan nana rasa ramai yang bersetuju dengan nana. Personally, nana rasa permainan skuad negara kita agak slow sorry to say,ni pendapat nana tau dan barisan pertahanan jugak agak lambat untuk turun bila barisan penyerang Indonesia menyerang pintu gol. Namun dengan kehandalan dan kecekapan penjaga gol kita iaitu Apek, banyak gol yang cuba dibuat oleh pihak lawan telah diselamatkan oleh KFCM.

Esok malam ada satu lagi perlawanan Malaysia vs Syria di Stadium Bukit Jalil. Marilah kita seluruh rakyat Malaysia sama-sama mendoakan agar negara kita mencapai satu lagi kejayaan. Perasan atau tidak, kerana sukan bolasepak dan semangat kenegaraan kita semakin kuat, Malaysia kini menjadi 1. Di kedai-kedai mamak mahupun di stadium, semua rakyat Malaysia berkumpul tanpa mengira kaum, bangsa dan agama dengan tujuan yang satu iaitu menyokong negara kita, Malaysia. Go Harimau Malaya!! AAUUUMM!!

Khairul Fahmi Che Mat
gambar dari fb dan dari blog address dlm gambar,tuan blog mohon share ye :)

Monday, November 21, 2011

Gambar Majlis Bertandang di Kuala Lipis, 19hb November 2011 / Tahniah buat Harimau Malaya!

Assalamualaikum...w.r.b.t..

2 post in 1..hehe..sakit tekak ni duk menjerit kat rumah, akhirnya rezeki berpihak kepada Harimau Malaya. kalau ditengok kepada corak permainan, nana rasa Garuda lebih menguasai permainan..tahniah kepada pasukan Malaysia dan pujian patut juga diberikan kepada penjaga gol pasukan Harimau Malaya, Khairul Fahmi Che Mat atas kerja kuat beliau dalam perlawanan pada malam ni. Walopun apek tak dapat anugerah pemain terbaik tadi, tapi pada nana dia tetap hero malam ni :)

okies..habis berita pasal bola...cerita pasal majlis bertandang pulak :)

Alhamdulillah, majlis bertandang di Kuala Lipis berjalan lancar dan semuanya telah selesai..jutaan terima kasih buat semua termasuk ahli keluarga, saudara mara dan sahabat handai yang turut hadir dan juga yang bertungkus lumus membantu bagi menjayakan majlis kami..hanya Tuhan yang dapat membalasnya :)

ni gambar dari kamera pae, thanks for coming pae syg! :)

apa la yang suka sangat tu.. tengah cakap ngan mama

pose 'wajib' di meja makan beradab..hihi 

gambar kami di pelamin hati :) 

sambuttttt!!! sume berebut nak tangkap bunga..hihi 

pose pertama dalam hutan tu...huhu segan den 

cak! 

percahayaan pun penting dalam gambar :) 

cantik, suke gambar ni  

cantik jugak! 

gambar terakhir sebelum balik :) 

Kami menggunakan khidmat dari An-Nahda Photography, iaitu adik2 dari Komuniti Teman Inteam. Dorang ni memang patut dipuji sebab memberikan khidmat yang terbaik dan gambar yang dorang ambil memang cantik..boleh singgah di facebook An-Nahda Photography untuk dapatkan khidmat mereka.

Tak lupa buat hulubalang2 yang turut menemai kami untuk shoot outdoor pictures iaitu adikku Mohd Firdaus Ali (Lang), Husaini, dan Salam. Thanks to all of you :)

~~Madam Lel, nanti nana upload gambar Lela kt fb ye, tak transfer lg gambar dari kamera..hehe

 
Copyright © Sakura Shawl |Design by Whitey Mommy