Thursday, April 14, 2011

Saya 'Mahasiswa' Universiti Blogger Malaysia (UBM)~~minggu orientasi

Sebagai 'mahasiswa' baru Universiti Blogger Malaysia (UBM), assignment pertama telah diterima dan perlu dilaksanakan. skema plak ayat pelajar ni..hehe

Biasa la kan,bila dah masuk U ni kena la ade Minggu Orientasi dan sesi memperkenalkan diri perlu lah ada bagi merapatkan lagi ukhuwah di antara mahasiswa sekalian.

Here's my first assignment (taaruf):

1.letakkan banner UBM dalam entry ini


2.Nama saya , Wan Norhaina bt Wan Ab. Razak, 'rumah' tersayang http://sakurashawl.com/


3.Mula berblog sejak 2009

4.Pada pendapat nana, dunia blog kini semakin diminati dan dijadikan sebagai platform pembelajaran, luahan isi hati, bersosial, mencari kawan dan kenalan baru, dan sebagainya. Pelbagai perkara boleh dilakukan samada personal, business atau sosial.

5.Pandangan nana mengenai IPTM (institut pengajian tinggi maya) pertama ini amatlah bagus bagi mengumpulkan para mahasiswa (blogger) seMalaysia dan ini menunjukkan bahawa 'dunia' blog di Malaysia kini sudah berkembang sehingga dapat membina sebuah lagi platform bagi mengembangkan idea-idea jitu dan terkini dari seluruh Malaysia.

So bagi para blogger yang belum lagi 'mendaftarkan' diri lagi di UBM ini, marilah kita beramai- ramai berkumpul di UBM.
Tarikh Tutup bagi penyertaan ini : 15 April 2011, 12.00 Tgh Mlm (jumaat)

 
Copyright © Sakura Shawl |Design by Whitey Mommy