Friday, April 29, 2011

ish...apa nak jadi dengan budak² sekarang

saje je sebenarnya letak tajuk tu...yang nana nak letak kat sini anak² ofismate ni..comellll sangat anak² dorang ni...diulang,anak je ek yg comel..hehe kekadang mak bapak plak yang lebih..hehehe

yang pertama ni anak puan farazila...amirul arshad :) hehe pandai ngorat orang,duk ngenyit mata jeeee...heheehe

yang bawah ni gambar anak hasbullah, kepada ofismate² yang belum pegi melawat lagi ni la anak hasbullah...baby naufal..hehe sori tak ingat la name penuh... :)
comel tak baby naufal tido?baru lepas kena cucuk kat klinik tadi ni...duk dalam pangkuan aunty lela sonok je tido kan baby naufal?hehee
jangan salah faham tau, yg pegang baby ni bukan ibu baby naufal...ni one of my ofismate, lela namanye..tag line yg lela ni selalu pakai "KEADAAN" ...hahahha..tak tau la keadaan apa...
aik....tersesat pulak gambar ni...ni ofismate a.k.a housemate tunang nana...amirul azman namanya,dan si cantik manis sebelah tu tunangnya :) bakal pengantin ni,dah tak lame dah nak naik pelamin...bulan Jun ni.
 eh terselit jugak gambar tuan punya blog nii..hehe tata!!

Sunday, April 24, 2011

Update Wedding Passport Invitation Card by Mosumart Design

New Wedding Card Design: Wedding Passport Invitation Card by Mosumart Design



Nak tengok lagi gambar boleh singgah jugak kat website Kahwin mall di sini

Friday, April 22, 2011

Pertandingan Mencipta logo 2011

Nana post ni lepas tengok tunang dok brainstorming, buat R&D untuk pertandingan Logo & Bendera Majlis Perbandaran Seremban sempena pengistiharan Seremban sebagai sebuah Bandaraya yg maju membngun.

Tarikh tutupnya adalah pada 29 April 2011, Jumaat ni...
So, ni ade sikit2 maklumat tambahan..


Hadiahnya agak lumayan..

Maklumat lengkap boleh ke sini

Emel 1Malaysia, sejauh mana keberkesanannya?

Hmm..baru-baru ni kaluar dekat paper, tv, corong radio & semua medium pasal Emel 1Malaysia..
Apa tu Email 1Malaysia???Actually, Emel ni adalah satu pendekatan kerajaan dalam membentuk rakyat yang celik IT disamping dapat menyelaraskan saluran komunikasi rasmi antara rakyat.


Sebanyak RM50 Juta dijangkakan akan diinvest untuk project ni..(Untunglah syarikat Tricubes Bhd) yg dapat projek ni..

Dengar2 kata saham dorang naik mendadak (mencecah 491%)!!..selepas diannounce dorang sebagai pengendali emel tersebut..

Pandangan peribadi Nana, approach ni bagus, mungkin some prioriti perlu diutamakan. Means mana yg dulu, kita dahulukan.
Kalau kite tengok, kemajuan jalur lebar kat Malaysia ni masih di takat dunia ke 3, berapa banyak kampung yg di cover dek liputan jalur lebar??..Even kat KL, umah nana ni pun kene ngadap pintu nak dapatkan coverage ;(



Kalaulah Emel ni dilaksanakan, mungkin agak terhad bilangan pengguna memandangkan liputan yang terhad. Masalah ni mungkin tak terjadi jika jalur lebar di Malaysia ni setanding dengan negara2 Maju..

Barulah best beremel 1Malaysia!!!! :) Renung2kan & selamat beramal..

ps: just my 2 cents. Peace!!!

Wednesday, April 20, 2011

PHOTOSHOOT WITH MARIA ELENA

Semalam baru je dapat gambar-gambar ni daripada Simply Events..tengah pikir nak pilih gambar mane untuk di cuci..ada lagi gambar lain, tak sempat nak upload lagi..ni pun curi² masa sekejap upload blog.. :)

Ni sebenarnye event last 3 weeks kalo tak silap tak ingat berape hb, Grooming Class.erm, k la...ni gambar nana dengan tunang tersayang dan juga Maria Elena famous blogger.

huhuuhu tak tau nak buat  gaya apa dah time ni..almaklumla, tak penah join photoshoot, pulak tu semua orang duk tengok kitorang ni..maluuu ...huhuhu pastu cik camerawoman suh lompat, lompat jela..hehehe

Hepi Birthday Farazila Mohd Zaida

SELAMAT HARI LAHIR BUAT OPISMATE (duk di antara partition nana dan Nuar je..hehe) FARAZILA MOHD ZAIDA, YANG MENYAMBUT HARI LAHIR YANG KE 28 SEMALAM, 20 APRIL 2011..HEHE SWEET 28 :p

Saturday, April 16, 2011

Rak Goyang Liza...

Entri macam gempak je kan..


Al-kisahnya, harini bertungkus lumus dengan housemate (3 orang) nak pasang rak yang 3 tingkat tu...ala rak yang ada jual kat Tesco harga RM17.90 mahal ke murah?hehe


hehehe raknya kecik je, tapi yang memasangnya sampai 3 orang.sampai melecet jugakla jari sbb screw driver tu takde pemegang dia,cuma ada batang besi tu je...


sebab dinamakan RAK GOYANG LIZA sebab rak tu bergoyangg!hehee 


ce tengok gambar liza bertungkus lumus pasang rak tu..hehehe jangan mara ye liza..

Features baru kat Sakurashawl..Iklan Churp-churp

Sebenarnya kan nana dah lama register Churp-churp ni, cuma tak tau macam mana nak masukkan iklan Churp-churp kat blog ni.Jelous jugak la kan bila tengok blog orang lain ada iklan yang menarik..mungkin ada blogger yang letak iklan Nuffnang dan tak pakai Churp-churp, so boleh mendaftar jugak dengan Churp-churp.

Sepetang arini nana cuba masukkan iklan ni..alhamdulillah berjaya!huhuhu sakit pinggang den duk ngadap lappy den yang comel ni..hehehe leh tengok nana ade letakkan kat atas post pertama dan jugak kat side bar ni..

And special thanks to blogger Budak Botak sebab post tutorial macam mana nak letak iklan Churp-churp ni...sangat berguna ok! so pada yang nak tau jugak macam mana nak pasang iklan Churp-churp tu leh tgk kat sini. hehehe tak larat nk post tutorial tu sebab tak pandai sangat plus tak larat dah ni...hehe

Thursday, April 14, 2011

Happy Birthday Zizan Raja Lawak

Harini 15 April 2011 merupakan hari lahir peserta Maharaja Lawak iaitu Zizan  Raja Lawak. Siapa yang tak kenal dengan Zizan Raja Lawak, ce tengok gambar kat bawah ni..encem tak?encem tak?hehe


ni biodata Zizan yang nana dapat dari blogger pemes jgk ni dari sini 

NAMA PENUH : Mohd Razizan Abd Razak
NAMA MANJA : Zizan
TEMPAT LAHIR : Dungun, Terengganu  kampung saya jugak tu Terengganu..hehe
TARIKH LAHIR : 15 April 1984
PENCAPAIAN : Naib Johan Raja Lawak Astro , Favourite TV Personality Award di Shout! Awards, Pelakon Komedi Lelaki Popular ABPH 2010

HAPPY BIRTHDAY TO UU
HAPPY BIRTHDAY TO UUUU
HAPPY BIRTHDAY TO ZIZAAANNGGG
HAPPY BIRTHDAY TO UUUU!!

Saya 'Mahasiswa' Universiti Blogger Malaysia (UBM)~~minggu orientasi

Sebagai 'mahasiswa' baru Universiti Blogger Malaysia (UBM), assignment pertama telah diterima dan perlu dilaksanakan. skema plak ayat pelajar ni..hehe

Biasa la kan,bila dah masuk U ni kena la ade Minggu Orientasi dan sesi memperkenalkan diri perlu lah ada bagi merapatkan lagi ukhuwah di antara mahasiswa sekalian.

Here's my first assignment (taaruf):

1.letakkan banner UBM dalam entry ini


2.Nama saya , Wan Norhaina bt Wan Ab. Razak, 'rumah' tersayang http://sakurashawl.com/


3.Mula berblog sejak 2009

4.Pada pendapat nana, dunia blog kini semakin diminati dan dijadikan sebagai platform pembelajaran, luahan isi hati, bersosial, mencari kawan dan kenalan baru, dan sebagainya. Pelbagai perkara boleh dilakukan samada personal, business atau sosial.

5.Pandangan nana mengenai IPTM (institut pengajian tinggi maya) pertama ini amatlah bagus bagi mengumpulkan para mahasiswa (blogger) seMalaysia dan ini menunjukkan bahawa 'dunia' blog di Malaysia kini sudah berkembang sehingga dapat membina sebuah lagi platform bagi mengembangkan idea-idea jitu dan terkini dari seluruh Malaysia.

So bagi para blogger yang belum lagi 'mendaftarkan' diri lagi di UBM ini, marilah kita beramai- ramai berkumpul di UBM.
Tarikh Tutup bagi penyertaan ini : 15 April 2011, 12.00 Tgh Mlm (jumaat)

Wednesday, April 13, 2011

BEN ASHAARI GEGAR LAGI!!....

Assalamualaikum...WRBT...

Dah lama nana tak join segmen yang Ben Ashaari buat..arini nak join la, senang je pun...cuma buat satu entri bertajuk BEN ASHAARI GEGAR LAGI dan masukkan banner macam kat bawah ni dan link kan ke entri ni..senang je kan!! :)


jom ramai-ramai blogger sekalian join segmen yang Abg Ben ni buat!!

Comelnye Heliza Helmi Ni..

Hai korang sume....

saje je petang² ni nk upload gambar...dari pagi nk post tak boleh,tak tau nape..dah petang² ni baru boleh..huhu tapi tetap diteruskan jua niat suci murni...

just nak masukkan gambar Heliza Helmi yang kiut + comel + sopan + ayu ni...so, jom sama- sama kita layan ye :)

semua gambar² ni nana dapat dari google search...

cantik kan 1st picture ni ni?nampak ayu dan sopan...cantik je Heliza pakai dress putih ngan shawl purple tu?....
 yang kedua ni pun comel..even Heliza 'buat muka', tetap comel pada nana :)
 comelnyeee....ngan shawl kuning+ pink! kiut je kan...tambah² lagi muka Heliza ni baby face, tak makan usia kot...nampak cam muka budak kecik je...geram je, cam nak cubit² je muka Heliza ;)
hik...nakal :)
Gorgeous!
Dalam banyak², nana paling suka gambar ni...nampak manis je.. :) suka sangat tengok Heliza pakai shawl camni...
Go Heliza, Bereeehhhhhhh! heheh geng Ganu Kita! ~~lamanya tak balik kampung Terengganu...~~

Thursday, April 7, 2011

Saya Mahu Direview Shahazrin.com

Assalamualaikum...

arini masuk opis awal sikit tengahari..lepas lunch (balik umah kejap) pastu masuk je opis terus..awal lagi ni..layan blog la kejap...tengah² syok layan, terjumpa post kat website Shahazrin.com ni...Shahazrin nak buat blog review...dan dia cakap untuk 20 blog je...since tak sampai lagi 20 blog ,nana nak cuba nasib jugak la :)

so...ini yang nana dah buat:

1. Jadi Follower blog Shahazrin ~~DONE

2. Letak banner kat bawah ni ~~DONE


3. Link kan entri ni ke blog Shahazrin~~DONE

Hopefully En.Shahazrin akan review blog ni nanti :)

Wassalam

Anak² Buahku Yang Tersayang & Dirindui..

Assalamualaikum WRBT...

Rindu la kat anak buah kat kampung...last balik kampung awal bulan 2 aritu, time cuti raya cina..huhuh bila la lagi nak jumpe anak² buah tersayang nii..nana ade 3 orang anak buah (coming soon lagi sorang) yang sulong (lelaki) namanya Mohd Amiruddin Al-Nassir, yang nombor dua (perempuan) namanya Puteri Normaisara...yang bongsu paling manja namanya Mohd Wafiyuddin Al-Nassir...rindunyeeeee!!!
tgk gambar yang bawah ni, comel tak...kakak ni teringin nak jadi doktor (biasa la,kita time bebudak pun camtu kan..asik tukar cita²) so, nana pun belikan la peralatan doktor untuk Sara...tu yang dia main dengan adik dia..yang adik pun sukarela jadi pesakit time tu...hehe comel je! :)
 manja kan Wafiyy! suka bila time bergambar ngan dia..mesti dia nak pose manja² :)
comel tak??kakak ni kalau bergambar mesti fotogenik..pandai je nampak kamera terus senyum! hehehe yang adik pun layankan ajee....
 SAY CHEESEEE!!!


Wah! Yuyu Zulaikha dh follow Sakurashawl! Thanks Ain & Kak Rina bg Komen :)

Hik...saje je nk annouce pepagi ni :)




~~bestnye arini dh ari Jumaat, esok ngan lusa cuti!!!nanti nak bawak mama gi jalan² laa...lalalalaa....


Pameran Kasut Antarabangsa 7-11 April 2011 di PWTC,Kuala Lumpur


Taknak cakap banyak la kali ni, jom ramai² kita ke PWTC  untuk menyaksikan Pameran Kasut Antarabangsa yang berlangsung 7- 10 April 2011.Berbagai jenis kasut yang ada, dijangkakan 80,000 orang akan menghadiri pameran yang julung kalinya akan diadakan di Malaysia yang bertujuan untuk meningkatkan industri kasut di Malaysia.

Jom serang PWTC!!

Monday, April 4, 2011

10 Blog Yang Wajib Disinggah Setiap Hari

Assalamualaikum WRBT..

Apa kaba kawan² blogger arini? hehe tetiba rasa macam cikgu sekolah pulak tanya soalan macam ni...hmm hari ni nana rasa nak share ngan rakan² blogger '10 blog yang wajib saya singgah tiap² hari'... kalau sehari tak bukak, rasa macam tak lengkap je...nanti nana bagitau sebab kenapa blog² ini terpilih ye...mungkin ada sesetengahnya rakan blogger bersetuju dengan nana :)

1. Maria Elena Zarul:
  • kenapa nana bukak blog Maria, sebab nak tahu perkembangan di samping nak tengok aksi Maria yang bersahaja ni...lepas jumpa Maria di event Grooming Class bebaru ni, lagi la nana suka nak tahu mengenai Maria...u're so sweet dear :)
  • plus, skarang ni Maria dah ade buat video dengan Abang Ben..comel! :) suke tengok...keep up the good work!

2. Cik Epal yang chomel!
  • siapa rakan blogger yang tak kenal cikepal sila angkat tangan?? :) rasanya semua rakan blog kenal cik epal ni kan?cik epal pun dah penah masuk majalah, masuk tv...dan follower cik epal pun dah ramai :)
  • sebab dia comelll!!suke tengok video tutorial shawl cik epal kat youtube...

  • top model...siapa yang tak kenal Hanis Zalikha...cantik sangat, nana suka tengok gambar² kat blog post..Hanis suka post gambar² dan gambar² yang dia post kan cantik je .. :)
  • plus, mama Hanis ni pun cantik..model jugak rasanya..kalau nk tengok sape mama Hanis, boleh buka blog Hanis :)

  • suka jugak singgah blog Fatin sebab suka tengok gambar² Fatin yang cantik..especially bila Fatin jadi model untuk photoshoot...mesti ada kelainan dalam gambar² Fatin..
  • bakal doktor ni jugak pandai berfesyen, suka bila Fatin update gambar² dia dengan shawl² dan baju yang cantik...genius+cantik! :)

  • cantik kan?huhuhu semua blogger yang nana suka jenguk ni cantik² :) tapi tak  bermakna yang nana tak singgah tu tak cantik tau..semua orang cantik, Allah dah kurniakan kita cantik dari semua segi dan masing² ada kelebihan tersendiri :)
  • Cik Ain ni pun selalu update blog dia..paling suka bila tengok update Ain dengan tunang tersayang,so sweet..suka tengok gambar pre-wedding Ain+Tunang :)
  • Cik adik kecil molek ni antara salah seorang blogger yang tengah meningkat naik sekarang ni. Follower pun dah makin ramai, ramai yang minat cara penulisan Yuyu yang menarik dan so comel!
  • Yuyu ni pun comel sangat, pandai lukis² kartun ..hehehe
  • jom ramai² support Yuyu yang kiut ni.

  • famous blogger :)
  • cantik+menarik+tertarik!
  • fashionista..one of a trend setter (especially head band tu) macam² jenis Ayun pakai..but the thing is, semua yang Ayun pakai cantikk!
  • 'kembar' seiras Scha ..hehehe

  • hehehe sebenarnya, kak rina ni officemate nana..kak rina pun rajin update blog dia..paling suka bila kak rina update tempat makan yang menarik. kalo time takde idea tak tau nak g makan kat mana, terus singgah kat blog kak rina..hehe jangan marah kak... :P
  • lagi satu, kak rina ni suka melancong..macam² tempat kak rina dah pegi..so, kalo nk  cari idea nak gi melancong ke mana, boleh la jugak tanya kat kak rina :) mintak hampun kak, curi idea..hehe

  • hehehe siapa lagi kalau bukan tunang (mr.t) tersayang! tiap² hari jugak singgah kat blog mr.t ... :)
  • freelance graphic designer (boleh tempah company logo, design brochure, banner , bunting, kad  kahwin dll)
  • hik...promo sikit :p

  • my blog! eh, website...memane jela :)
  • sila abaikan budak kecik yang sebelah nana tu...sebenarnya rindu kat budak kecik tu..dah lama tak jumpa dia since dia dah berhenti kerja dan balik kampung...huhuhu i miss u mcjah!!



Kepada semua blogger di atas, nana memohon maaf dan ampun kerana tidak meminta kebenaran copy gambar kalian semua ye...ampun dan maaf dipinta...jika tak berkenan, sila la bg tau nana..nanti nana remove kan :)

Entri Laju²...post bergambar..

Salam sumeee....

dah bersawang gambar² dalam henfon ni, baru nk transfer ke p.c...hehe so kena buat entri laju² la..skali harung sume skali masuk..hehe sabor jelaa...

1. Khyra Arissa yang comel



ni anak ofismate a.k.a ex-housemate tunang saya..comel sangat baby ni...kecik² dh nampak cantik..mata nye bulat! cantikkk...

 
2. Teater Terima Kasih Cinta, 4 Mac 2011

dari kiri, Fara & Lela (ofismate yg 'sengal' hehe) dan paling kanan,kembar Lela

sebenarnye 4 Mac 2011 birthday tunang tersayang+genap sebulan pertunangan kami..so, to celebrate kami pegi tgk teater ni..bleh tahan jgk..ade orang nangis tgk teater ni..hehehe

3. Wedding Izzam + Jaja

huhuhu dh tak ingat tarikh ni...tp Selamat Pengantin Baru buat pasangan yg comel ni

hik..sempat lagi bergambar dengan bunting rekaan sendiri..hehe
utk maklumat lanjut, layari Mosumart Design

4. Sape ni??

hahahha...jangan marah ye tuan punye diri..saje je nk upload kat sini jugakk..hehehe

cantik spek tu..sape punye la tu..hehee

5. Mukhriz Mahathir?!

jangan terkejut yee...name baby ni Mukhriz Hanif Mahathir..kepada maknye, sila betulkan ejaan kalo tersilap..hehe comel tak?comel tak??comell kan...!!sori la sbb tak nampak muka mama nye yeee...sbb nk amik gamba baby je...mama nye leh jumpe tiap² hari kat opis..hehehee

 
Copyright © Sakura Shawl |Design by Whitey Mommy