Monday, August 19, 2013

Betul ke MyKad Smart Shopper sehebat The Conjuring!?

Betul ke MyKad Smart Shopper sehebat The Conjuring!

MyKad Smart Shopper sehebat The Conjuring!

Salam,
 

Tajuk nak bagi hangat jek kan…hahaha..yela sekarang ni tengah sibuk orang cakap pasal citer seram The Conjouring tu..hehe..Tapi tak berkesempatan lagik nak tengok citer tu..Citer Adnan Sempit 3 pon belum tengok!..RIPD ponnnn…hish…InsyaAllah kalau ada peluang..

Berbalik kepada tajuk asal, korang tau tak MyKad atau ic yang kita ada tu mempunyai 50 kegunaan!Yeeeee..betul..tak tipu ni..selain sebagai Kad Pengenalan Diri (IC lah yer)..ATM, Touch&Go, Lesen memandu dan sebagainya..So apa pulak kaitannye dengan  MyKad Smart Shopper?
Sedikit video pelancaran  MKSS:

MyKad Smart Shopper Program (MKSS) sebenarnye telah diperkenalkan oleh syarikat Synergy Universal Sdn Bhd iaitu di bawah program affiliate Affiliate Junction Network. Program ini dah dapat pengiktirafan dan sokongan dari Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan MDEC (Perbadanan Kemajuan Multimedia). So, program ni sahlah di sisi undang-undang. Dengan kata mudahnya, dengan adanya Program ni, kita boleh berbelanja di kedai-kedai/outlet yang mengambil bahagian dan mendapat banyak faedah antaranya diskaun!diskaun dan diskaun!..kalau di bawah program affiliate, kita akan dapat komisen setiap kali MyKad digunakan..(Boleh buat side income nie..)

Gambarajah kat bawah ni boleh explain sedikit sebanyak mengenai MyKad Smart Shopper Program???
MyKad Smart Shopper sehebat The Conjuring!

MyKad Smart Shopper sehebat The Conjuring!

 Macam mana ‘nak buat’ MyKad Smart Shopper?

Mudah jek, dengan merujuk ke laman web http://aj.my/our-solutions/mykad-smart-shopper/  :-
  • Step #1 – Daftar semudah A,B, C.
  • Step #2 – Aktifkan MyKad anda di laman web di atas. [Video] 
  • Step #3 – Start shopping.. ;)dan korang akan menikmati pelbagai diskaun yang superb2!

Apa kelebihan lain MyKad Smart Shopper?

  • Pendaftaran Percuma
  • Keahlian tak expired
  • Diskaun Segera & Rebate Tunai
  • Korang boleh dapat diskaun sehingga 20% di kedai-kedai yg mengambil bahagian hanya dengan menunjukkan IC/MyKad. 
  • dapatkan mata ganjaran dari perbelanjaan untuk penebusan hadiah  ( RM 1 = 1 Point AJ)
  • Takde topup-topup ( Hanya Guna MyKad)
  •  Video tambahan....

Lastly...
Contest ini dianjurkan oleh Blog Coretan Anuar ditaja bersama SembangHari2, Discount-Hari2Pak Ya Homestay  ,  GSR2U ".

Wassalam...

Supian Mustapa

Sunday, May 26, 2013

USTAZ AZHAR IDRUS KAHWIN 3?

Assalamualaikum...

Bila kita sebut je nama Ustaz Azhar Idrus, semua org kenal start dari kecil higga ke tua. Ustaz Azhar lebih sinonim dengan gelaran UAI yang banyak memberi ceramah-ceramah agama yang sangat berguna dan sangat dekat dengan golongan remaja. Ustaz Azhar telah diijabkabulkan pada hari ni tanggal 26 Mei 2013 dengan isteri ketiganya.

ustaz-azhar-kahwin-3


Menurut sumber dari harianislam.com, isteri ketiga Ustaz Azhar adalah anak kepada Saudara Tn. Hj. Omar Tahar, Ketua Cawangan Keramat Keramat Permai AU1.

Sakurashawl.com ucapkan tahniah atas perkahwinan ini dan semoga bahagia ke akhir hayat buat Ustaz Azhar idrus.

ustaz-azhar-uai-kahwin-3

Berikut beberapa gambar perkahwinan Ustaz Azhar Idrus (UAI):

Gambar kahwin Ustaz Azhar Idrus 1  
ustaz-azhar-kahwin-3
 Gambar kahwin Ustaz Azhar Idrus dengan Isteri ketiga (-3)
ustaz-azhar-kahwin-3
  Gambar kahwin Ustaz Azhar Idrus dengan Isteri ketiga (-3)
ustaz-azhar-kahwin-3
 (sumber gambar: JKKK)
Video untuk Ustaz :)



 Barakallahulakuma wabaroka alaikuma wajaama'a bainakuma fi khoir....


Wednesday, May 8, 2013

Pilihanraya Umum 2013

Assalamualaikum w.r.b.t...

Rasanya mcm dah lebih bersawang dh blog ni nana tinggalkan. Dah lama sangat tak update since lappy kesayangan diambil org...huhuhu So nana nak update pasal topik yang masih lagi jadi perbualan hangat dan masih tak habis2 lagi menjadi perbincangan ramai iaitu PRU13 pada 5 Mei bebaru ni.

Seperti tahun2 dlu, tahun ni nana masih menjalankan kewajipan sebagai rakyat Malaysia dan balik mengundi di kampung tercinta iaitu Terengganu. Beberapa buah bas telah disediakan oleh Persatuan Anak Terengganu (PESAT) utk membawa anak Terengganu di perantauan balik mengundi. Seronok sgt dpt blik reramai ngn org negeri sendiri..hihi tapi utk kalini nana terpaksa berpisah kejap dgn encik suami sbb beliau terpaksa menjalankan kewajipannya di kampung halamannya di Kuala Lipis.

Tiba hari pengundian ramai yang keluar awal mengundi tapi nana keluar lewat sket sebab tunggu kakak dan mama utk pergi mengundi sekali. Bila sampai je memula kena dapatkan saluran mengundi dgn memberikan kad pengenalan di kaunter yg telah disediakan. So nana telah ditetapkan di saluran 2. Makk aihhh panjangnya barisan, 2 jam lebih beratur br dapat ngundi.huhuhu

Alhamdulillah sume berjalan lancar..jari telunjuk pun dah dicalit dakwat biru menandakan telah menjalankan tanggungjawab sebagai pengundi.

Monday, December 31, 2012

Produk Chahaya Beauty Aura a.k.a Chahaya Whitening, Menyelesaikan Masalah Kulit seperti jerawat, jeragat, kulit kusam, berminyak dan lain- lain.

Assalamualaikum w.r.b.t...

Harini terpanggil untuk buat post mengenai 1 produk yang semakin dikenali ramai dan bakal mendapat tempat di pasaran tidak lama lagi.



Chahaya Chahaya Beauty Aura a.k.a Chahaya Whitening (CW) ini , produk keluaran turun temurun keluarga yang berasal dari Kota Bharu yang mana pengasas produk ini telah menggunakannya selama 12 tahun. Produk ini telah mendapat kelulusan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan dalam proses pendaftaran untuk mendapat tempat di pasaran dan tidak lama lagi insyaAllah akan keluar iklan di majalah mengenai produk ini.

Nana sendiri telah menggunakan produk ini lebih dari 1 tahun dan amat berpuas hati dengan CW. Sebelum ini, muka nana penuh dengan jerawat-jerawat halus, kulit berminyak secara berlebihan dan kulit juga kelihatan kusam. Tidak sampai sebulan penggunan CW, perubahan telah nampak pada kulit nana.Perubahan ketara dapat dilihat dan ramai kawan-kawan yang tegur tentang perubahan kulit nana dan ada yang mengikut sama menggunakan produk ini dan nyata ia juga memberikan perubahan yang positif. 
Selain masalah di atas, CW juga mampu memulihkan kesan jeragat dan kandungan produk CW ini terdiri daripada herba dan buah-buahan citrus.

Produk ni ada 3 barang (1 set) dan digunakan mengikut turutan seperti di bawah iaitu:

1.   Sabun (Facial bar)
2.    Penyegar (Toner)
3.    Pelembap (Moisturizer)

Seeloknya gunakan produk ini dua kali sehari iaitu pagi dan malam sebelum tidur. Cara penggunaan adalah seperti di bawah:

1. Basuh muka anda terlebih dahulu dengan air.Setelah itu, ambil Facial bar dan gosok di tapak tangan anda sehinggalah anda mendapat buih yang pekat darinya. Kemudian letakkan buih yang anda dapat dari Facial bar ini ke muka anda. Ratakan ke seluruh bahagian muka, terutama bahagian yang bermasalah seperti jerawat, jeragat, dan sebagainya.
2. Setelah itu bersihkan wajah anda dengan air bersih. Lap sehingga kering.
3. Sapukan toner ke muka anda menggunakan kapas muka sehingga ke leher.
4. Sapukan nipis-nipis menggunakan kapas muka. Sapukan 1 kali sehari waktu pagi sahaja.
5. Sapukan cream mouisteriser ke muka anda perlahan-lahan sehingga rata.Dinasihat sapu juga ke leher supaya tone warna kulit adalah sama dengan wajah anda.
6. Disyorkan untuk anda menggunakan produk ini 2 kali sehari (toner 1 kali sahaja/pagi) (pagi dan petang / malam) untuk mendapatkan hasil yang maksimum ke atas kulit wajah anda.



Kesannya??? – kawan2 nana tanya kesan penggunaan produk ni...bergantung kepada kulit individu, mungkin akan ada pengelupasan kecil dan mungkin tiada pengelupasan. Nana pakai ade sedikit pengelupasan halus, tak nampak sangat.Kalau diperhatikan dari dekat je baru nampak. Tapi kawan nana pakai takde pengelupasan. Tapi keduanya membawa kepada kesan positif iaitu:

-      Mengurangkan jerawat
-      Mengecilkan liang pori
-      Mengurangkan bintik hitam dan bintik putih
-      Menghaluskan struktur kulit
-      Kulit akan jadi licin halus / flawless dan berkilat cantik

Kesan-kesan di atas ni bukan rekaan semata-mata, tapi dialami oleh nana sendiri lepas penggunaan CW. Kesan-kesan juga bergantung pada jenis kulit dan penggunaan produk ini sendiri. Pemakaian secara konsisten dan mengikut aturan akan memberikan kesan yang baik. Penggunaan 1 set CW mampu bertahan selama 1-2 bulan bergantung kekerapan dan cara penggunaan produk ini sendiri.

Kesan Selepas Penggunaan:
Kesan dan tindak balas berikut mungkin berlaku ke atas anda. Itu adalah perkara biasa yang mana jika ada kesan dan tindak balas maka itu bermakna produk yang anda gunakan benar-benar memberi kesan. 

1. Kulit menjadi kering
Lapisan kulit mati akan terbentuk hasil dari pembentukan dan penghasilan sel baru. Ini akan membawa kepada lapisan tersebut tertanggal. Untuk mengurangkan masalah ini, gunakanlah cream mouisterier lebih.
2. Kulit menggelupas
Kulit baru terbentuk dan ini menyebabkan kulit lama yang telah mati akan mula tertanggal. Kebiasaannya dapat diperhatikan kepada jenis kulit biasa dan kering. Kemungkinan juga akan memakan masa yang lebih, bergantung kepada kulit individu. Teruskan penggunaan.
3. Tumbuh Jerawat (jarang-jarang berlaku)
Itu adalah salah satu proses "detox" atau menyah toksin. Jerawat akan hilang dalam masa singkat, walaubagaimanapun bergantung kepada kulit individu

Seeloknya anda menggunakan produk dengan cara yang betul dan berterusan, seperti mana yang telah diterangkan di atas. Ini akan memberikan hasil yang maksimum kepada kulit anda. Jangan gunakan produk lain sekiranya menggunakan produk ini, kerana ia boleh mengganggu proses rawatan yang dijalankan.



Boleh tengok gambar nana sebelum dan selepas penggunaan CW.nanti nana akan uploadkan gambar kawan2 nana yg pakai CW ni jugak..

Sebelum penggunaan CW, boleh nampak jerawat2 kecil dan juga kulit agak kusam dan kering.

Selepas penggunaan CW, boleh nampak beza yang ketara. Kulit nampak makin halus dan jerawat sudah tiada. Kulit juga nampak licin sekata, keluar rumah tanpa mekap atau bedak pun still ok. 

Berapa Harga??
1 set Chahaya Whitening=RM85.00

Untuk pembelian berasingan:-
Sabun (40 gram) RM20.00, Toner (60 ml) RM30.00 & Cream (5 gram) RM35.00

Kos Penghantaran bagi Semenanjung Malaysia ialah sebanyak RM6, manakala bagi Sabah / Sarawak adalah RM8. Jadi bagi harga di atas, sila tambahkan dengan kos penghantaran.

Untuk makluman dan perhatian pada yang ingin mencuba, produk CW ini sesuai untuk semua jenis kulit  bermasalah kecuali untuk mereka yang berjerawat kronik/ mempunyai masalah kulit sensitif/alahan  serta berpenyakit tidak disyorkan menggunakan produk ini.
Sebelum mencuba, anda semua dikehendaki membaca semua maklumat berkenaan produk ini terlebih dahulu bagi mengelakkan keraguan atau masalah yg timbul di kemudian hari J

Bagi yang ingin memcuba bolehlah membuat pembayaran ke akaun seperti butiran di bawah:

Nama : Wan Norhaina bt Wan Ab. Razak
Bank : Maybank
No. Akaun : 164294286566
Email : hynarazak@gmail.com
No. Telefon : 013-3750227

atau

Nama : Mohd Supian Mustapa
Bank : CIMB
No. Akaun : 14740003789205
Email : hynarazak@gmail.com
No. Telefon : 013-3750227

Setelah pembayaran dibuat, sila sms ke no. nana 013-3750227 dan maklumkan jumlah pembayaran, tarikh dan masa pembayaran dibuat serta berikan nama penuh dan alamat untuk penghantaran produk CW ini dibuat. Sekiranya menggunakan perkhidmatan Maybank2u atau CIMB Clicks, sila masukkan alamat email yang diberikan di atas. 

Sebarang pertanyaan boleh hubungi nana di alamat email hynarazak@gmail.com atau no.fon 013-3750227.


Untuk pengetahuan, owner produk ni iaitu Lina (boleh singgah di <> untuk ke blog Lina) telah menggunakan produk ni.Kulit Lina memang cantik sangat,walaupun sudah mempunyai 2 baby kembar tapi tetap cantik. Bagi yang nak tengok testimonial yang lagi banyak boleh jugak singgah di blog Lina sebab Lina dah lama jual produk ni, so dah ramai yang hantar testimonial kt Lina. :)


Untuk melihat lagi testimoni yang lain, boleh juga layari testimonial dari Chahaya Whitening Eila di Facebook atau di link ini.


So, kepada yang tinggal di Kuala Lumpur boleh sms nana= 013-3750227  jugak untuk order produk ni samada nk COD atau pos pun boleh.
<< COD: Masjid Wilayah, Jalan Duta, Jalan Kuching, memane je kt KL insyaAllah>> 

 
Copyright © Sakura Shawl |Design by Whitey Mommy