Assalamualaikum w.r.b.t...
Bersempena tahun baru 2012 ini,
Sakurashawl.Com dengan kerjasama blogger comel
Cik Nurul Pinky CNP menganjurkan
Contest Makeover Makeup buat para wanita di luar sana yang suka bersolek atau berdandan.
Seperti yang dinyatakan di dalam terma dalam poster di atas (sila klik gambar untuk gambaran lebih jelas), para peserta perlu membuat blog post dengan meletakkan poster di atas di dalam post tersebut beserta gambar anda sendiri sebelum dan selepas makeup. Jangan lupa tinggalkan link blog post tersebut di ruangan komen di dalam post ini supaya senang untuk kami jejaki penyertaan anda.
Last but not least, tag 3 orang rakan blogger anda di dalam post tersebut. Senang je kan! :)
Para pemenang akan diadili oleh Tya Adnan Makeup Team sendiri. Tiga (3) orang pemenang bertuah akan dimekapkan oleh Tya Adnan Makeup Team dan juga akan menjalankan sesi photoshoot oleh jurugambar profesional di Taman Tasik Perdana, Kuala Lumpur. Tarikh photoshoot akan ditetapkan kemudian.
Tarikh tutup penyertaan adalah pada 14 Februari 2012.
**Kepada anda di luar sana yang berminat untuk sponsor pakaian / aksesori / tudung / shawl / perkhidmatan photografi bagi pemenang contest ini adalah amat dialu-alukan. Sila tinggalkan komen anda di post ini juga atau emailkan ke hynarazak@gmail.com dengan tajuk Sponsor Contest Makeover Makeup sebelum tarikh tutup yang dinyatakan di atas.