Showing posts with label kelas mekap. Show all posts
Showing posts with label kelas mekap. Show all posts

Thursday, July 3, 2014

Kelas Mekap Asas Aidilfitri

Assalamualaikum w.r.b.t..

Pertama sekali selamat menyambut bln Ramadhan nana ucapkan buat semua, semoga dgn kehadiran Ramadhan kali ini dapat memberi peluang utk kita menambahkan amal ibadat insyaAllah..

Ok, kalau dah puasa tu maknanya tak lama lagi nak raya la kan? Mesti ramai yang tak sabar tunggu raya nak berkumpul dengan sanak saudara kan...

Nak keluar beraya dah pakai baju cantik-cantik takkan muka nak pucat je kan? Jom2 nana anjurkan kelas mekap asas untuk keluar beraya! Sape nak join cepat2 book tempat tau!

Monday, September 9, 2013

Terima Kasih Nuffnang Sentiasa Bagi Buffered Earning, BE

Assalamualaikum w.r.b.t

Hai semua..agak lama dah nana tak update blog..insyaAllah lepas ni akan sentiasa update sebab dah takde buat pape kan..hehe nak aktif balik ber-blog macam dolu2 yang update tiap hari :) InsyaAllah...

Nak cerita pasal apa ye? Ermm...ok salah satu sebab nana rasa excited dan bersemangat nak ber-blog balik adalah sebab Nuffnang. Even nana jarang update tapi bila bukak Nuffnang sentiasa ade je Buffered Earning (BE) yang diberikan atau berjalan kt blog nana ni. Tu yang buat lagi semangat tu..walopun tak banyak macam blogger tegar yang lain tapi alhamdulillah ade la jugak kan :)

Selain dapat BE dari Nuffnang ni, Nuffnangers pun diberi peluang untuk join event2 yang telah dianjurkan oleh mereka. Salah satunya yang nana pernah join adalah tayangan perdana filem Lagenda Budak Setan 2 bersama pelakon2 filem tersebut. Teruja dan best sangat! 

So that's it untuk kali ni..nanti kalo rajin nana update lagi ye .. ha! tak lupa nak promote servis mekap yang nana sediakan, boleh layari Fb Page Sentuhan Hyna Razak untuk lihat mekap pertunangan, pernikahan, persandingan, kelas mekap, mekap dinner dan lain-lain. 

Wassalam



Wednesday, May 8, 2013

Pilihanraya Umum 2013

Assalamualaikum w.r.b.t...

Rasanya mcm dah lebih bersawang dh blog ni nana tinggalkan. Dah lama sangat tak update since lappy kesayangan diambil org...huhuhu So nana nak update pasal topik yang masih lagi jadi perbualan hangat dan masih tak habis2 lagi menjadi perbincangan ramai iaitu PRU13 pada 5 Mei bebaru ni.

Seperti tahun2 dlu, tahun ni nana masih menjalankan kewajipan sebagai rakyat Malaysia dan balik mengundi di kampung tercinta iaitu Terengganu. Beberapa buah bas telah disediakan oleh Persatuan Anak Terengganu (PESAT) utk membawa anak Terengganu di perantauan balik mengundi. Seronok sgt dpt blik reramai ngn org negeri sendiri..hihi tapi utk kalini nana terpaksa berpisah kejap dgn encik suami sbb beliau terpaksa menjalankan kewajipannya di kampung halamannya di Kuala Lipis.

Tiba hari pengundian ramai yang keluar awal mengundi tapi nana keluar lewat sket sebab tunggu kakak dan mama utk pergi mengundi sekali. Bila sampai je memula kena dapatkan saluran mengundi dgn memberikan kad pengenalan di kaunter yg telah disediakan. So nana telah ditetapkan di saluran 2. Makk aihhh panjangnya barisan, 2 jam lebih beratur br dapat ngundi.huhuhu

Alhamdulillah sume berjalan lancar..jari telunjuk pun dah dicalit dakwat biru menandakan telah menjalankan tanggungjawab sebagai pengundi.

Monday, November 26, 2012

Mekap Pertunangan Azlien

Salam semua...

Maaf sangat sebab nana dah lame tak update blog. Petang ni nana terpanggil untuk update gambar mekap untuk majlis pertunangan salah seorang client iaitu Azlien di Bandar Kota Damansara. Thanks dear Azlien sebab sudi hire knana as MUA untuk mekapkan Lien di hari pertunangan.

Jemput layan la gambar² kt bawah ni ye. By the way, tempahan mekap untuk pelbagai majlis bagi tahun depan iaitu 2013 telah dibuka ye. Setakat ni untuk bulan Feb, Mac, April, Jun dan November 2013 dah ade tempahan. So kepada yang nak merasa Sentuhan Hyna Razak leh cepat² book ye. Dimaklumkan bahawa deposit diperlukan untuk book date tu ye, harap semua faham sebab nana penah book date utk client pastu last minute di cancelkan..macam unfair la pada nana kan sebab sepatutnye boleh diisi dengan job untuk orang lain. 







Jom singgah di page nana, Sentuhan Hyna Razak untuk lihat lebih lagi hasil mekap nana untuk pelbagai majlis seperti pertunangan | pernihakan | persandingan | dinner | photoshoot | kelas mekap | dan lain². Untuk tempahan nana leh hubungi nana direct samada call atau sms atau whatsapp di 013-3750227.

Monday, October 15, 2012

Gambar Peserta Kelas Mekap Yang Lepas

Assalamualaikum w.r.b.t..

Seperti yang nana annouce sebelum ni yang kelas mekap akan diadakan pada 13 dan 14hb Oktober. Alhamdulillah kelas telah berjalan dengan lancar dan semua students sangat berpuas hati dengan kelas yang kami adakan. InsyaAllah nanti akan buat lagi untuk advance class dan jugak bridal class. Kepada yang nak buat group sendiri pun boleh, boleh kumpulkan seramai 5 orang atau minimum 3 orang dan boleh hubungi nana sendiri 013-3750227 untuk kelas.

Di bawah ni nana masukkan gambar peserta kelas mekap tu ye, diharap semua akan rajin² praktis mekap pasni :)

Peserta kelas 13hb Oktober 2012

Peserta kelas 14hb Oktober 2012 

Nana (tengah), Cik Qu (kanan) dan model kelas 14hb Oktober 2012 Annyss Amyra 

Kepada yang berminat nak join kelas boleh Like di FB Page Nana, Sentuhan Hyna Razak dan Nana akan buat pengumuman kelas kat page tu nanti ye.

Thursday, September 20, 2012

Kelas Mekap, Siapa Nak Join?

Assalamualaikum..w.r.b.t..

Kepada yang berminat nak join kelas mekap yang basic, untuk tujuan pegi keje, untuk keluar seharian, boleh join kelas mekap. Nana nak anjurkan kelas mekap yang mana pengajarnya merupakan seorang jurumekap yang amat berbakat iaitu Cik Qu D'touch. Yuran cuma RM50 sahaja, murah kan! sebab ni first time nana buat kelas untuk ramai² so nk promosi la dulu untuk tengok ade yang berminat ke tak.

Butiran seperti kat bawah ni ye:

Tarikh : 13hb (Sabtu) dan 14hb Oktober (Ahad) 2012 *pilih salah satu tarikh
Yuran : RM50 sahaja
Masa : 10 pagi - 5 petang
Tempat : Gombak **tempat akan di sms atau pm di fb
Sijil akan diberikan kepada setiap peserta.


Para peserta tak perlu bawak apa², cuma perlu bawak diri je. Makan tengahari juga kami akan sediakan. Ha, best tak?? Rugi tau kalo tak join. Tempat adalah terhad , setiap kelas kami cuma amik 10 orang peserta sahaja. So korang boleh pilih samada nak join pada 13hb atau 14hb tu ye.


Camane cara nak join? Senang je, boleh hubungi nana sendiri Hyna Razak di Fb, atau FB Page Sentuhan Hyna Razak, atau boleh juga call / sms / whatsapp di no 013-3750227.


Sunday, July 8, 2012

Mekapkan Blogger Yuyu Zulaikha dan Nurul Ain

Assalamualaikum..w.r.b.t.

Alhamdulillah, hari Khamis bebaru ni nana dapat dua jemputan untuk mekapkan dua blogger pemes yang cantik dan comel lagi dikenali ramai iaitu Nurul Ain dan juga Yuyu Zulaikha..petang selepas nana selesai bertugas di booth Everlynn di Putrajaya, dapat whatsapp msj dari kesayangan nana iaitu Nurul Ain...dia tanya nana free tak esok sebab nak mintak mekapkan untuk magazine photoshoot..dia dapat panggilan last minute dari majalah bagi edisi raya nanti. So kena la mekap betul2 untuk shoot masuk magazine kan :)

Then malam tu nana tido awal sbb penat dh seharian di Putrajaya, then dalam tido2 tu ade dengar bunyi handphone tapi encik suami yang tolong pickup..kemudian nana pun bangunla, dalam tengah mamai2 tu dengarla suara yang amat comel di corong handfon tu..dia cakap nama dia Yuyu Zulaikha! terkejut jugakla masa tu, rasa macam mimpi pun ada..Yuyu pun nak mintak tolong mekapkan dia jugak esok untuk magazine photoshoot..rupanya dua2 orang ni shoot untuk magazine yang sama cuma sorang di sesi pagi dan lagi sorang di sesi petang..hehe dah tak lena tido dah lepas tu sebab nak mekapkan dua blogger yg pemes kan..hehee

So, sini nana nak share few pics yang sempat nana amik aritu ye :) 

Nurul Ain yang cantik sangat :D





Rina Salleh pun salah seorang blogger yang ada dalam sesi photoshoot aritu


Comel kan Yuyu ni, sangat ramah dan mudah mesra orangnye..seharian temankan Yuyu pegi photoshoot rasenya tak abes lagi borak ngan Yuyu, hopefully dapat jumpa Yuyu lagi

Jom Like Page Sentuhan Hyna Razak dan Sakurashawl

Sunday, April 8, 2012

Event Photoshoot : Persalinan Tradisi Etnik Daerah di Malaysia.

Assalamualaikum w.r.b.t..

Alhamdulillah, hari Sabtu bebaru ni nana berpeluang untuk join photoshoot event yang telah dianjurkan oleh salah seorang MUA dengan kerjasama dari talent dan jugak photog. So kat sini nana nak share beberapa keping gambar talent (Ara Juliana) yang nana mekap kan dan harap kalian boleh komen dan memerikan kritikan menbina untuk nana improve lagi ye :) 






sila klik gambar untuk image yang lebih besar :) 

Wednesday, March 21, 2012

Happy Birthday Zara Zulaikha

Assalamualaikum w.r.b.t..

Bangun harini dengan mood yang agak ceria terus bukak lappy..hehe teringat2 lagi baby comel yang menyambut birthday pertama hari Ahad baru-baru ni..happy birthday ye Zara Zulaikha. Zara ni anak salah seorang sahabat baik nana dari universiti lagi, Nani :)

Thanks Nani sebab sudi jemput nana dan suami ke majlis harijadi Zara :) so kat sini nk share beberapa keping gambar Zara Zulaikha yang comel lagi lincah..jom layan

haruslah saya yang posing dulu..hehehe

me with nani..huhuhu besarnya saya 

tu dia birthday girl.hehe sori gambar agak kabur sbb zara duk kat luar, kami kt dalam..dihalang oleh cermin sliding door.tu yang nampak blurr tu... :) 

comel sangat kek ni.warna warni..sempat jugak makan.. 

comel kan! bulat matanya 

nampak je kamera :D 

hik...sila abaikan muka saya yang tembam 

muka dah dapat  teh tarik ..kikiki

Monday, March 19, 2012

Tudung Double Layer Ameera by Simplypurple-Mummy

Assalamualaikum w.r.b.t..


Lately rasa macam ada penyakit M malas nak update blog..huhu sebab tak tau nak tulis apa..kekeringan idea.. kalo korang ada cadangan boleh la bgtau kt komen ye utk nana pos ape plak nanti..

Kali ni nana nk promote tudung yang sangat cantik, ringan, dan mampu milik. Thanks kepada pemilik blog iaitu Puan Fara kerana sudi ambil nana untuk jadi model tudung yang cantik ni, tak pasal-pasal nana dh grab satu..hehehe

Material untuk tudung ni adalah chiffon double layer yang mana kainnya sangat ringan dan mudah untuk dipakai dengan awning Thai silk. Memang tak nyesal kalo beli chewah! :) lagi pulak, harga yang ditawarkan oleh Puan Fara ni memanglah amat berpatutan jika dibandingkan korang nk kena keluar berpanas-panasan <<--ade ke ayat ni hehehe suka ati aku je hehe meredah ke kedai-kedai untuk mencari tudung yang cantik ni.

So saksikan beberapa contoh Tudung Layer Ameera ni yang digayakan oleh model yang sangat dikenali di blog ni blog ni je pun kikiki..Kalau berminat untuk tengok lagi tudung atau warna-warna yang lain boleh singgah di blog Puan Fara ni ye atau leh terus call je Puan Fara untuk beli tudung ni di nombor 012-2468652, siapa cepat dia dapat ye :)






Cantik kan warna-warna yang ada tu! So, korang yang nak tahu harga ke atau warna-warna lain lagi moh ke blog Fara..nana pun dah pakai dh tudung ni, leh tengok kat entry ni

Jom Like Fb Page Sakurashawl & Sentuhan Hyna Razak

Thursday, March 15, 2012

Tempahan Mekap, Jom Like Page Sentuhan Hyna Razak

Assalamualaikum w.r.b.t..

Sentuhan Hyna Razak, menyediakan perkhidmatan solekan untuk pelbagai majlis termasuk:
  • Majlis Pertunangan : RM150- RM200
  • Majlis Pernikahan : RM150- RM200
  • Persandingan : RM200-RM300
  • Dinner : RM80-RM100
  • Photoshoot : RM100-RM200
  • Test Makeup : RM30
  • Dan lain-lain...
Boleh hubungi nana 013-3750227 untuk tempahan :) boleh lihat hasil Sentuhan Hyna Razak di Fb page di bawah ni dan jangan lupa like kt FB Page Sentuhan Hyna Razak..
 

Tuesday, March 13, 2012

Trial Makeup Nurul Hidayah & Nor Faizah, Kuala Lumpur

Asslamualaikum...w.r.b.t..

Rasa macam lama sangat nana tak update padahal baru seminggu kot..hehe lately agak busy dan nana tak sempat nak buat post baru..hari ni baru dapat betul-betul duduk depan pc ni ngadap gambar-gambar yang ada dan layan blog-blog lain..

Weekend bebaru ni balik kampung husband nana sebab ada kenduri kat kampung dia..dengan tak semena-mena husband nana dilantik oleh tuan punya kenduri tu untuk jadi cameraman bagi wedding anak dia. bidan terjun huhuhuu...yang paling best, nana pun kena jadi mak andam bidan terjun..tapi macam hasil tak berapa memuaskan sebab 'banyak tangan' yang handle..masa nana sampai tu pengantin dah siap mekap cuma nak pakai bulu mata je sebab dorang takde gam bulu mata..pastu nana pakai kan bulu mata, tacap sikit-sikit apa yang patut dan pakaikan tudung dan veil pengantin..huhu rasa macam hari 'bidan terjun' sedunia je..hehe

seb baik den ade gam bulu mata tu :)

 mak andam bidan terjun

makan timeeeee!! 

 Ok, berbalik pada tajuk di atas..masa nak balik ke KL nana ajak la adik² ipar yang dalam gambar kat atas ni ikut balik KL sebab skarang kan cuti sekolah..so bawak la dorang ikut balik...pastu apa lagi, time nak 'kerjakan' dorang laaaa.hehehe lagi la dorang suka kena jadi model mekap² ni...

Nurul Hidayah

Nor Faizah



Nak tengok lebih lagi gambar mekap-mekap nana ni boleh tengok di Fb page Sentuhan Hyna Razak & jangan lupa LIKE di page tu jugak tau :) untuk tempahan mekap bertunang, nikah, bersanding, photoshoot, dinner dan lain-lain lagi boleh sms nana 013-3750227..

Tudung yg pola dot cantik tu nana beli dari blog Fara, Simplypurple-mummy..cantik sangat tudung yang dia jual ni..kain chiffon,sangat ringan dan lembut..Jom singgah di blog Fara untuk tengok tudung² yang cantik :)

Friday, March 9, 2012

Trial Makeup Saliza Mohamad, Kuala Lumpur

Assalamualaikum w.r.b.t..

Harini Jumaat, lunch hour opis gomen kan lame so kengkawan² datang lepak kt umah..alang² tu ade yang nak buar trial mekap..so layan jela gambar ni ye..thanks to kak za sebab sudi jadi model ye :)

Gambar sebelum mekap

Selepas mekap


 
 
 

 

Untuk tempahan mekap pertunangan, persandingan, dinner, photoshoot,  dan lain-lain boleh contact nana 013-3750227 atau emailkan ke hynarazak@gmail.com. Boleh tengok hasil mekap nana di Fb Page Sentuhan Hyna Razak. 


 
Copyright © Sakura Shawl |Design by Whitey Mommy