Sunday, May 26, 2013

USTAZ AZHAR IDRUS KAHWIN 3?

Assalamualaikum...

Bila kita sebut je nama Ustaz Azhar Idrus, semua org kenal start dari kecil higga ke tua. Ustaz Azhar lebih sinonim dengan gelaran UAI yang banyak memberi ceramah-ceramah agama yang sangat berguna dan sangat dekat dengan golongan remaja. Ustaz Azhar telah diijabkabulkan pada hari ni tanggal 26 Mei 2013 dengan isteri ketiganya.

ustaz-azhar-kahwin-3


Menurut sumber dari harianislam.com, isteri ketiga Ustaz Azhar adalah anak kepada Saudara Tn. Hj. Omar Tahar, Ketua Cawangan Keramat Keramat Permai AU1.

Sakurashawl.com ucapkan tahniah atas perkahwinan ini dan semoga bahagia ke akhir hayat buat Ustaz Azhar idrus.

ustaz-azhar-uai-kahwin-3

Berikut beberapa gambar perkahwinan Ustaz Azhar Idrus (UAI):

Gambar kahwin Ustaz Azhar Idrus 1  
ustaz-azhar-kahwin-3
 Gambar kahwin Ustaz Azhar Idrus dengan Isteri ketiga (-3)
ustaz-azhar-kahwin-3
  Gambar kahwin Ustaz Azhar Idrus dengan Isteri ketiga (-3)
ustaz-azhar-kahwin-3
 (sumber gambar: JKKK)
Video untuk Ustaz :)



 Barakallahulakuma wabaroka alaikuma wajaama'a bainakuma fi khoir....


Wednesday, May 8, 2013

Pilihanraya Umum 2013

Assalamualaikum w.r.b.t...

Rasanya mcm dah lebih bersawang dh blog ni nana tinggalkan. Dah lama sangat tak update since lappy kesayangan diambil org...huhuhu So nana nak update pasal topik yang masih lagi jadi perbualan hangat dan masih tak habis2 lagi menjadi perbincangan ramai iaitu PRU13 pada 5 Mei bebaru ni.

Seperti tahun2 dlu, tahun ni nana masih menjalankan kewajipan sebagai rakyat Malaysia dan balik mengundi di kampung tercinta iaitu Terengganu. Beberapa buah bas telah disediakan oleh Persatuan Anak Terengganu (PESAT) utk membawa anak Terengganu di perantauan balik mengundi. Seronok sgt dpt blik reramai ngn org negeri sendiri..hihi tapi utk kalini nana terpaksa berpisah kejap dgn encik suami sbb beliau terpaksa menjalankan kewajipannya di kampung halamannya di Kuala Lipis.

Tiba hari pengundian ramai yang keluar awal mengundi tapi nana keluar lewat sket sebab tunggu kakak dan mama utk pergi mengundi sekali. Bila sampai je memula kena dapatkan saluran mengundi dgn memberikan kad pengenalan di kaunter yg telah disediakan. So nana telah ditetapkan di saluran 2. Makk aihhh panjangnya barisan, 2 jam lebih beratur br dapat ngundi.huhuhu

Alhamdulillah sume berjalan lancar..jari telunjuk pun dah dicalit dakwat biru menandakan telah menjalankan tanggungjawab sebagai pengundi.

 
Copyright © Sakura Shawl |Design by Whitey Mommy