Showing posts with label tempah mekap. Show all posts
Showing posts with label tempah mekap. Show all posts

Sunday, July 8, 2012

Mekapkan Blogger Yuyu Zulaikha dan Nurul Ain

Assalamualaikum..w.r.b.t.

Alhamdulillah, hari Khamis bebaru ni nana dapat dua jemputan untuk mekapkan dua blogger pemes yang cantik dan comel lagi dikenali ramai iaitu Nurul Ain dan juga Yuyu Zulaikha..petang selepas nana selesai bertugas di booth Everlynn di Putrajaya, dapat whatsapp msj dari kesayangan nana iaitu Nurul Ain...dia tanya nana free tak esok sebab nak mintak mekapkan untuk magazine photoshoot..dia dapat panggilan last minute dari majalah bagi edisi raya nanti. So kena la mekap betul2 untuk shoot masuk magazine kan :)

Then malam tu nana tido awal sbb penat dh seharian di Putrajaya, then dalam tido2 tu ade dengar bunyi handphone tapi encik suami yang tolong pickup..kemudian nana pun bangunla, dalam tengah mamai2 tu dengarla suara yang amat comel di corong handfon tu..dia cakap nama dia Yuyu Zulaikha! terkejut jugakla masa tu, rasa macam mimpi pun ada..Yuyu pun nak mintak tolong mekapkan dia jugak esok untuk magazine photoshoot..rupanya dua2 orang ni shoot untuk magazine yang sama cuma sorang di sesi pagi dan lagi sorang di sesi petang..hehe dah tak lena tido dah lepas tu sebab nak mekapkan dua blogger yg pemes kan..hehee

So, sini nana nak share few pics yang sempat nana amik aritu ye :) 

Nurul Ain yang cantik sangat :D





Rina Salleh pun salah seorang blogger yang ada dalam sesi photoshoot aritu


Comel kan Yuyu ni, sangat ramah dan mudah mesra orangnye..seharian temankan Yuyu pegi photoshoot rasenya tak abes lagi borak ngan Yuyu, hopefully dapat jumpa Yuyu lagi

Jom Like Page Sentuhan Hyna Razak dan Sakurashawl

Sunday, June 3, 2012

Mekap Sentuhan Hyna Razak

Assalamualaikum w.r.b.t...

Alhamdulillah akhirnya dikuatkan juga jiwa nana malam ni untuk update blog. Dah lama sangat tak update blog sebab selalu je layan dan rajib update di Facebook je..huhu kesian kat blog nana ni dah bersawang..

Banyak sangat benda yang nak dikongsikan sebenarnya, tapi malam ni nana nak update kat korang semua hasil kerja tangan nana yang tak seberapa, Sentuhan Hyna Razak. Alhamdulillah rezeki dalam bidang ni semakin bertambah dan orang semakin meyakini nana. Terima kasih sangat buat family nana yang sangat supportive dan yakin dengan apa yang nana buat ni. Rezeki Allah ada di mana-mana, cuma kita kena rajin berusaha..insyaAllah berjaya..

Pertunangan Noriha, 2 Jun 2012

Model Photoshoot Butik Yasalma, Kuala Lumpur  

Pernikahan Atiqah, Keramat 

Pernikahan Nurliyana Najla, TTDI 

Pernikahan Zahilah, Kajang 

Makeup Team di Anugerah Nasyeed.Com bebaru ini 

Sorri sebab gambar tak same saiz sbb tak rajin nak resize.hehe kalau berminat untuk dapatkan khidmat nana bagi majlis pertunangan, pernikahan, persandingan, makan malam, photoshoot, pre-wedding, konvo, dan lain- lain lagi boleh hubungi nana 013-3750227 atau emailkan hynarazak@gmail.com. Boleh jugak singgah di page Sentuhan Hyna Razak untuk lihat lagi gambar-gambar yang lain dan boleh tinggalkan private message di sana ye :)

Monday, March 26, 2012

Mekap untuk Program Adik dan Al-Quran TV9

Assalamualaikum w.r.b.t..

Alhamdulillah baru-baru ni nana diberi peluang oleh salah seorang MUA yang sekarang sedang meningkat naik iaitu Sue Hashim untuk mekap adik-adik dalam program Adik dan Al-Quran TV9 termasuk jugak Ustaz Zamri. Thanks Sue kerana memberi peluang yang amat berharga untuk Nana dan kawan Nana, Athin..

Rakaman program ini diadakan di Studio NTV7 di Glenmarie..huhu agak terperosok jugak la studio ni. Nak cari memang susah, huhu dah la pegi sorang je time tu tp alhamdulillah dapat tiba kat studio tu pada waktu yang telah ditetapkan...

Adik-adik yang join program ni sangat-sangatlah peramah dan baik, termasuk jugak Ustaz Zamri. Dapat pengalaman yang sangat berharga, boleh tengok camane proses recording program ni diadakan jugak..dalam 1 hari tu,dorang dah shoot untuk 9 episod..mana tak nye,dari awal pagi sampai petang..kami pun  kena la tunggu jugak dari pagi sampai petang..hehee

bersama adik2 muslimat yang nana mekap..baik sgt adik-adik ni semua :)

Athin dan adik yang dimekapkan 

tengah tengok rakaman dijalankan 

Tu dia set Adik & Al-Quran 

nak bergambar jugak la kat sini hehehe 

Athin pun nak jugakkk..hehhee 

Baru sempat amik time mekap sesi petang 

 Athin mekap kan Ustaz Zamri,huhu nana mekap tak sempat amik gambar

hehhee... 

Posing dalam makeup-room

Kenangan bersama adik-adik muslimin,tgk tu bergambar pun Quran ade kat tangan lagi 

Adik Saad yang comel :) 

Sunday, March 4, 2012

Pemenang Contest Makeover Makeup oleh Sakurashawl dan Cik Nurul Pinky CNP

Assalamualaikum w.r.b.t.

Pertama sekali nana nak mintak maaf yang tak terhingga kepada semua peserta yang join Contest Makeover Makeup ni...kepada yang nak tengok peserta yang join contest ni boleh klik kat sini ye :)

So harini nana akan umumkan bukan tiga orang, tapi lima (5) orang pemenang bertuah yang dipilih oleh Tya Adnan Makeup Team untuk menjalani sesi makeover dan terus photoshoot di Taman Tasik Perdana..! Tarikh akan diumumkan sikit hari lagi memandangkan jadual yang padat oleh group ini sendiri..nanti nana akan umumkan tarikh di FB page Sakurashawl.Com ye tarikh ni..watch out ye hehehe

Lima orang pemenang yang bertuah itu adalah:

Pemenang Pertama

Pemenang Kedua

Pemenang Ketiga

Pemenang Keempat

Pemenang Kelima

Tahniah kepada semua pemenang dan terima kasih kepada semua yang sudi menyertai contest yang Sakurashawl.Com & Cik Nurul Pinky CNP adakan bebaru ni...kepada yang tak menang jangan sedih² tau, ini bukan bermakna korang tak pandai mekap ke apa..tapi mungkin tak menepati apa yang diinginkan oleh Tya Adnan Makeup Team..hope korang akan terus mencuba untuk makeover dan tingkatkan skill yang dah ada dalam diri korang tu ok :)

Tuesday, February 21, 2012

Photoshoot @Taman Tasik Perdana- Part 2

Assalamualaikum..w.r.b.t.

Kali ni nana nak upload gambar2 Part 2 time kat Taman Tasik Perdana Kuala Lumpur. Kepada yang tak pernah jalan-jalan kat taman ni, patut pergi sebab kawasan yang luas dengan playground, ade taman rusa, taman burung dll..memang best!

huh..br warm up nak bergambar hihi

salah satu taman bunga kt taman tasik ni, cantik kn? 

padang yang luas & hijau :)

tasik ni cantik, banyak pasangan pengantin photoshoot kt sini

comel tak adik tu?dia bg roti tu mkn ikan ngn mak dia ... 

termenung di tepian tasik hehehe

model tangga ke ni? kikiki   

tetap nak peace!


dah nak balik dah ni..duduk jap, penat kot..huhuhu 

hehehe mestila nak letak jgk gambar jurugambar ni :) 

last but not least, sape lagi bambam??hahaha  

Jom Like Fb Page Sakurashawl & Sentuhan Hyna Razak :)

Sunday, February 19, 2012

Photoshoot @Taman Tasik Perdana- Part 1

Assalamualaikum w.r.b.t..

Hari minggu lepas (semalam je baru pon) takde buat apa2 kt rumah..so ajak suami keluar jalan2..malas nak gi soping complex sebab nanti menyakitkan mata dan menyakitkan hati sebab takleh nak soping..hehe almaklumla musim berjimat cermat :) sebab kalo dah sampai kt kedai nanti lagii banyak benda nak beli, tak cukup satu mesti dua tiga nya...hehehe

Pastu pikir punya pikir, ajak la suami @ partner @ besfren pegi ke Taman Tasik Perdana sebab saje2 gediks santai nak amik gamba atau photoshoot...tu yang tetiba berbaju kurung di hari minggu..hehe bukan sebab pegi kenduri hokey :) hehehehe lagi pun teringin nak pakai baju kurung sebab dah lame tak pakai sebab dah tak keje kan..hehe nampak sangat pakai bila gi keje je :P hehehhee

Yang Part 1 ni cuma gambar2 yang memanjang, yang melintang tunggu Part 2 nanti ye..banyak sangat gambar so takmo la upload terus sume, upload sikit2 je dulu...kepada korang yang tak tau nak gi mana hujung minggu boleh spend masa kat Taman Tasik Perdana ni sebab memang best..lagi2 kalau pegi beramai2 dengan keluarga & kawan2 :)

ni baru keluar rumah.... :)

baru sampai dh nak posing, yg penting Peace tetap ade!hehe 

gadis ayu...ayu ke??hehhe :P 

berlatarbelakang air pancut.. 

eikk...encik cameraman pun nak enterprame! :D 

pose ala2 muslimah ayu gituuuu hihi

di tepian tasik yang cantik  

props tambahan...aiskrim cornetto 

gambar curi di celah pokok 

stand straight 

cantik sangat kawasan ni 

muka dah penat huhuhuhu 

jom balikkkk!! :) 

Kepada yang tak suka tengok sila la jangan tengok ye..hehehe ini tunggu Part 2 plak nanti ye...thanks sebab sudi jugak tengok walaupun tak mau tengok..dan terima kasih kepada kameraman sebab sudi layan kerenah hehehe....mekap adalah hasil tangan saya sendiri ye..simple+nude mekap je :)

Jom Like FB Page Sakurashawl & Sentuhan Hyna Razak :)

 
Copyright © Sakura Shawl |Design by Whitey Mommy