Showing posts with label mekap sanding. Show all posts
Showing posts with label mekap sanding. Show all posts

Monday, October 15, 2012

Gambar Peserta Kelas Mekap Yang Lepas

Assalamualaikum w.r.b.t..

Seperti yang nana annouce sebelum ni yang kelas mekap akan diadakan pada 13 dan 14hb Oktober. Alhamdulillah kelas telah berjalan dengan lancar dan semua students sangat berpuas hati dengan kelas yang kami adakan. InsyaAllah nanti akan buat lagi untuk advance class dan jugak bridal class. Kepada yang nak buat group sendiri pun boleh, boleh kumpulkan seramai 5 orang atau minimum 3 orang dan boleh hubungi nana sendiri 013-3750227 untuk kelas.

Di bawah ni nana masukkan gambar peserta kelas mekap tu ye, diharap semua akan rajin² praktis mekap pasni :)

Peserta kelas 13hb Oktober 2012

Peserta kelas 14hb Oktober 2012 

Nana (tengah), Cik Qu (kanan) dan model kelas 14hb Oktober 2012 Annyss Amyra 

Kepada yang berminat nak join kelas boleh Like di FB Page Nana, Sentuhan Hyna Razak dan Nana akan buat pengumuman kelas kat page tu nanti ye.

Monday, September 3, 2012

Mekapkan Heliza Helmi di Ulangtahun Butik Get Gorgeous

Assalamualaikum w.r.b.t..

Alhamdulillah akhirnya berjaya dikuatkan jugak hati ini untuk hapdet blog yang dah lama sangat bersawang ni..huhuhu dalam last post nana ada janji untuk upload gambar Heliza Helmi yang nana mekapkan time event Butik Get Gorgeous dan jugak pelancaran baju Heliza Helmi jugak oleh Butik GetGo :)

So, layan gambar2 kat bawah ni ye, kalau nak tengok banyak lagi gambar hasil Sentuhan Hyna Razak boleh singgah sekejap dan LIKE kat FB page nana kat sini ye..








Thursday, July 12, 2012

Mekap Heliza Helmi & Model Butik Get Gorgeous

Assalamualaikum..w.r.b.t..

Hai everyone..skarang ni alhamdulillah job untuk mekap nana makin bertambah dan ini menunjukkan orang makin yakin dengan hasil Sentuhan Hyna Razak..alhamdulillah..ni semua berkat kepercayaan keluarga, suami dan kawan-kawan nana..thanks korangs.. :)

Last week, 7 Julai 2012 sekali lagi kami dijemput oleh Butik Get Gorgeous untuk mekapkan model-model bagi majlis Ulangtahun Ke-5 Butik Get Gorgeous dan Pelancaran Koleksi Heliza Helmi by Get Gorgeous..masa dapat jemputan tu nana teruja sangat-sangat sebab dapat jumpa dengan Heliza Helmi, minat sangat-sangat kat dia sebab dia teramatlah cantik dan sangatlah sopan..lagi best bila nana berpeluang untuk mekapkan Heliza..ya Allah, malam sebelum hari kejadian tu nana tak tido lena, duk pikir camane la masa mekap Heliza nanti..huhu

MUA yang dapat join untuk event tu cuma 3 orang je iaitu nana sendiri, Iqa dan Athin..model plak ade 9 orang..so sorang MUA akan mekap 3 orang model..cuma nana kena mekap 4 orang sebab termasuk Heliza sendiri..dan nana jugak mekapkan adik Heliza yang jugak akan perform dengan Heliza time event tu..so total nana mekap 5 orang haritu..sakit pinggang den..hehe :)

so layan la gambar2 kat bawah ni ye...

1st,mekapkan Iena Mansor



Iena Mansor ni ade kembar,Ida Mansor (mekap oleh Athin Aisya)


2nd,mekapkan model tinggi lampai, Wardina

Mata dia macam mata Neelofa, cantik! 



3rd, 'kembar' Emelda Rosnaida iaitu Hilany Hidzir @ Nani yang cantik



Macam anak patung Nani ni,cantik sangat



Errr gambar Heliza mane pulak?? hehe rasenya macam taknak taknak upload lagi la..next post nanti nana masukkan gambar Heliza yeeee..jangan mareee :)

Sunday, April 8, 2012

Event Photoshoot : Persalinan Tradisi Etnik Daerah di Malaysia.

Assalamualaikum w.r.b.t..

Alhamdulillah, hari Sabtu bebaru ni nana berpeluang untuk join photoshoot event yang telah dianjurkan oleh salah seorang MUA dengan kerjasama dari talent dan jugak photog. So kat sini nana nak share beberapa keping gambar talent (Ara Juliana) yang nana mekap kan dan harap kalian boleh komen dan memerikan kritikan menbina untuk nana improve lagi ye :) 






sila klik gambar untuk image yang lebih besar :) 

Tuesday, March 13, 2012

Trial Makeup Nurul Hidayah & Nor Faizah, Kuala Lumpur

Asslamualaikum...w.r.b.t..

Rasa macam lama sangat nana tak update padahal baru seminggu kot..hehe lately agak busy dan nana tak sempat nak buat post baru..hari ni baru dapat betul-betul duduk depan pc ni ngadap gambar-gambar yang ada dan layan blog-blog lain..

Weekend bebaru ni balik kampung husband nana sebab ada kenduri kat kampung dia..dengan tak semena-mena husband nana dilantik oleh tuan punya kenduri tu untuk jadi cameraman bagi wedding anak dia. bidan terjun huhuhuu...yang paling best, nana pun kena jadi mak andam bidan terjun..tapi macam hasil tak berapa memuaskan sebab 'banyak tangan' yang handle..masa nana sampai tu pengantin dah siap mekap cuma nak pakai bulu mata je sebab dorang takde gam bulu mata..pastu nana pakai kan bulu mata, tacap sikit-sikit apa yang patut dan pakaikan tudung dan veil pengantin..huhu rasa macam hari 'bidan terjun' sedunia je..hehe

seb baik den ade gam bulu mata tu :)

 mak andam bidan terjun

makan timeeeee!! 

 Ok, berbalik pada tajuk di atas..masa nak balik ke KL nana ajak la adik² ipar yang dalam gambar kat atas ni ikut balik KL sebab skarang kan cuti sekolah..so bawak la dorang ikut balik...pastu apa lagi, time nak 'kerjakan' dorang laaaa.hehehe lagi la dorang suka kena jadi model mekap² ni...

Nurul Hidayah

Nor Faizah



Nak tengok lebih lagi gambar mekap-mekap nana ni boleh tengok di Fb page Sentuhan Hyna Razak & jangan lupa LIKE di page tu jugak tau :) untuk tempahan mekap bertunang, nikah, bersanding, photoshoot, dinner dan lain-lain lagi boleh sms nana 013-3750227..

Tudung yg pola dot cantik tu nana beli dari blog Fara, Simplypurple-mummy..cantik sangat tudung yang dia jual ni..kain chiffon,sangat ringan dan lembut..Jom singgah di blog Fara untuk tengok tudung² yang cantik :)

 
Copyright © Sakura Shawl |Design by Whitey Mommy