Showing posts with label free mekap. Show all posts
Showing posts with label free mekap. Show all posts

Wednesday, May 8, 2013

Pilihanraya Umum 2013

Assalamualaikum w.r.b.t...

Rasanya mcm dah lebih bersawang dh blog ni nana tinggalkan. Dah lama sangat tak update since lappy kesayangan diambil org...huhuhu So nana nak update pasal topik yang masih lagi jadi perbualan hangat dan masih tak habis2 lagi menjadi perbincangan ramai iaitu PRU13 pada 5 Mei bebaru ni.

Seperti tahun2 dlu, tahun ni nana masih menjalankan kewajipan sebagai rakyat Malaysia dan balik mengundi di kampung tercinta iaitu Terengganu. Beberapa buah bas telah disediakan oleh Persatuan Anak Terengganu (PESAT) utk membawa anak Terengganu di perantauan balik mengundi. Seronok sgt dpt blik reramai ngn org negeri sendiri..hihi tapi utk kalini nana terpaksa berpisah kejap dgn encik suami sbb beliau terpaksa menjalankan kewajipannya di kampung halamannya di Kuala Lipis.

Tiba hari pengundian ramai yang keluar awal mengundi tapi nana keluar lewat sket sebab tunggu kakak dan mama utk pergi mengundi sekali. Bila sampai je memula kena dapatkan saluran mengundi dgn memberikan kad pengenalan di kaunter yg telah disediakan. So nana telah ditetapkan di saluran 2. Makk aihhh panjangnya barisan, 2 jam lebih beratur br dapat ngundi.huhuhu

Alhamdulillah sume berjalan lancar..jari telunjuk pun dah dicalit dakwat biru menandakan telah menjalankan tanggungjawab sebagai pengundi.

Monday, October 15, 2012

Gambar Peserta Kelas Mekap Yang Lepas

Assalamualaikum w.r.b.t..

Seperti yang nana annouce sebelum ni yang kelas mekap akan diadakan pada 13 dan 14hb Oktober. Alhamdulillah kelas telah berjalan dengan lancar dan semua students sangat berpuas hati dengan kelas yang kami adakan. InsyaAllah nanti akan buat lagi untuk advance class dan jugak bridal class. Kepada yang nak buat group sendiri pun boleh, boleh kumpulkan seramai 5 orang atau minimum 3 orang dan boleh hubungi nana sendiri 013-3750227 untuk kelas.

Di bawah ni nana masukkan gambar peserta kelas mekap tu ye, diharap semua akan rajin² praktis mekap pasni :)

Peserta kelas 13hb Oktober 2012

Peserta kelas 14hb Oktober 2012 

Nana (tengah), Cik Qu (kanan) dan model kelas 14hb Oktober 2012 Annyss Amyra 

Kepada yang berminat nak join kelas boleh Like di FB Page Nana, Sentuhan Hyna Razak dan Nana akan buat pengumuman kelas kat page tu nanti ye.

Sunday, July 8, 2012

Mekapkan Blogger Yuyu Zulaikha dan Nurul Ain

Assalamualaikum..w.r.b.t.

Alhamdulillah, hari Khamis bebaru ni nana dapat dua jemputan untuk mekapkan dua blogger pemes yang cantik dan comel lagi dikenali ramai iaitu Nurul Ain dan juga Yuyu Zulaikha..petang selepas nana selesai bertugas di booth Everlynn di Putrajaya, dapat whatsapp msj dari kesayangan nana iaitu Nurul Ain...dia tanya nana free tak esok sebab nak mintak mekapkan untuk magazine photoshoot..dia dapat panggilan last minute dari majalah bagi edisi raya nanti. So kena la mekap betul2 untuk shoot masuk magazine kan :)

Then malam tu nana tido awal sbb penat dh seharian di Putrajaya, then dalam tido2 tu ade dengar bunyi handphone tapi encik suami yang tolong pickup..kemudian nana pun bangunla, dalam tengah mamai2 tu dengarla suara yang amat comel di corong handfon tu..dia cakap nama dia Yuyu Zulaikha! terkejut jugakla masa tu, rasa macam mimpi pun ada..Yuyu pun nak mintak tolong mekapkan dia jugak esok untuk magazine photoshoot..rupanya dua2 orang ni shoot untuk magazine yang sama cuma sorang di sesi pagi dan lagi sorang di sesi petang..hehe dah tak lena tido dah lepas tu sebab nak mekapkan dua blogger yg pemes kan..hehee

So, sini nana nak share few pics yang sempat nana amik aritu ye :) 

Nurul Ain yang cantik sangat :D





Rina Salleh pun salah seorang blogger yang ada dalam sesi photoshoot aritu


Comel kan Yuyu ni, sangat ramah dan mudah mesra orangnye..seharian temankan Yuyu pegi photoshoot rasenya tak abes lagi borak ngan Yuyu, hopefully dapat jumpa Yuyu lagi

Jom Like Page Sentuhan Hyna Razak dan Sakurashawl

Sunday, June 3, 2012

Mekap Sentuhan Hyna Razak

Assalamualaikum w.r.b.t...

Alhamdulillah akhirnya dikuatkan juga jiwa nana malam ni untuk update blog. Dah lama sangat tak update blog sebab selalu je layan dan rajib update di Facebook je..huhu kesian kat blog nana ni dah bersawang..

Banyak sangat benda yang nak dikongsikan sebenarnya, tapi malam ni nana nak update kat korang semua hasil kerja tangan nana yang tak seberapa, Sentuhan Hyna Razak. Alhamdulillah rezeki dalam bidang ni semakin bertambah dan orang semakin meyakini nana. Terima kasih sangat buat family nana yang sangat supportive dan yakin dengan apa yang nana buat ni. Rezeki Allah ada di mana-mana, cuma kita kena rajin berusaha..insyaAllah berjaya..

Pertunangan Noriha, 2 Jun 2012

Model Photoshoot Butik Yasalma, Kuala Lumpur  

Pernikahan Atiqah, Keramat 

Pernikahan Nurliyana Najla, TTDI 

Pernikahan Zahilah, Kajang 

Makeup Team di Anugerah Nasyeed.Com bebaru ini 

Sorri sebab gambar tak same saiz sbb tak rajin nak resize.hehe kalau berminat untuk dapatkan khidmat nana bagi majlis pertunangan, pernikahan, persandingan, makan malam, photoshoot, pre-wedding, konvo, dan lain- lain lagi boleh hubungi nana 013-3750227 atau emailkan hynarazak@gmail.com. Boleh jugak singgah di page Sentuhan Hyna Razak untuk lihat lagi gambar-gambar yang lain dan boleh tinggalkan private message di sana ye :)

Sunday, April 8, 2012

Event Photoshoot : Persalinan Tradisi Etnik Daerah di Malaysia.

Assalamualaikum w.r.b.t..

Alhamdulillah, hari Sabtu bebaru ni nana berpeluang untuk join photoshoot event yang telah dianjurkan oleh salah seorang MUA dengan kerjasama dari talent dan jugak photog. So kat sini nana nak share beberapa keping gambar talent (Ara Juliana) yang nana mekap kan dan harap kalian boleh komen dan memerikan kritikan menbina untuk nana improve lagi ye :) 






sila klik gambar untuk image yang lebih besar :) 

Wednesday, April 4, 2012

Alhamdulillah, Dapat Cek Pertama Dari Nuffnang!! :)

Assalamualaikum w.r.b.t..

Alhamdulillah, balik rumah tadi lepas keluar ngn hubby rasa nak cek post box..pastu tengok ade satu surat macam pelik je tak,dalam hati memang dah terfikir surat dari Nuffnang kot..hehe dengan penuh harapannya encik hubby bukak surat tu tetiba tengok perkataan NUFFNANG!! Alhamdulillah akhirnya 'hadiah' yang ditunggu-tunggu sudah sampai...

'Hadiah' yang ditungu-tunggu yang dimaksudkan ialah cek! :) sangat teruja terima cek pertama dari Nuffnang walaupun ia tidaklah beriban-riban macam blogger yang femes, tapi tetap nana rasa teruja.hehehe Terima kasih diucapkan kepada Nuffnang :)

Mesti korang pelik kan nape nama cek tu nama laki, tu nama hubby nana. Masa nana tak bape reti lagi blogging ni, dia yang tolong daftarkan atas nama dia. So tak kesah la sebab memang pun ade dua blog dalam akaun Nuffnang ni iaitu blog Mosumart Design dan Sakurashawl :)


Walaupun pada awalnya niat bukak blog ni takde terfikir pun pasal Nuffnang sebelum ni tak tahu pun ape tu Nuffnang tapi lepas ni makin membara dan bersemangat untuk berblog..hehe mana la tau kan kot-kot pasni leh dapat sponsored muahahha berangan jela ekk nana hehehee sekali lagi, terima kasih kepada encik Nuffnang kerana telah mengembalikan semangat nana untuk berblog..! 

Monday, March 26, 2012

Mekap untuk Program Adik dan Al-Quran TV9

Assalamualaikum w.r.b.t..

Alhamdulillah baru-baru ni nana diberi peluang oleh salah seorang MUA yang sekarang sedang meningkat naik iaitu Sue Hashim untuk mekap adik-adik dalam program Adik dan Al-Quran TV9 termasuk jugak Ustaz Zamri. Thanks Sue kerana memberi peluang yang amat berharga untuk Nana dan kawan Nana, Athin..

Rakaman program ini diadakan di Studio NTV7 di Glenmarie..huhu agak terperosok jugak la studio ni. Nak cari memang susah, huhu dah la pegi sorang je time tu tp alhamdulillah dapat tiba kat studio tu pada waktu yang telah ditetapkan...

Adik-adik yang join program ni sangat-sangatlah peramah dan baik, termasuk jugak Ustaz Zamri. Dapat pengalaman yang sangat berharga, boleh tengok camane proses recording program ni diadakan jugak..dalam 1 hari tu,dorang dah shoot untuk 9 episod..mana tak nye,dari awal pagi sampai petang..kami pun  kena la tunggu jugak dari pagi sampai petang..hehee

bersama adik2 muslimat yang nana mekap..baik sgt adik-adik ni semua :)

Athin dan adik yang dimekapkan 

tengah tengok rakaman dijalankan 

Tu dia set Adik & Al-Quran 

nak bergambar jugak la kat sini hehehe 

Athin pun nak jugakkk..hehhee 

Baru sempat amik time mekap sesi petang 

 Athin mekap kan Ustaz Zamri,huhu nana mekap tak sempat amik gambar

hehhee... 

Posing dalam makeup-room

Kenangan bersama adik-adik muslimin,tgk tu bergambar pun Quran ade kat tangan lagi 

Adik Saad yang comel :) 

Wednesday, March 21, 2012

Happy Birthday Zara Zulaikha

Assalamualaikum w.r.b.t..

Bangun harini dengan mood yang agak ceria terus bukak lappy..hehe teringat2 lagi baby comel yang menyambut birthday pertama hari Ahad baru-baru ni..happy birthday ye Zara Zulaikha. Zara ni anak salah seorang sahabat baik nana dari universiti lagi, Nani :)

Thanks Nani sebab sudi jemput nana dan suami ke majlis harijadi Zara :) so kat sini nk share beberapa keping gambar Zara Zulaikha yang comel lagi lincah..jom layan

haruslah saya yang posing dulu..hehehe

me with nani..huhuhu besarnya saya 

tu dia birthday girl.hehe sori gambar agak kabur sbb zara duk kat luar, kami kt dalam..dihalang oleh cermin sliding door.tu yang nampak blurr tu... :) 

comel sangat kek ni.warna warni..sempat jugak makan.. 

comel kan! bulat matanya 

nampak je kamera :D 

hik...sila abaikan muka saya yang tembam 

muka dah dapat  teh tarik ..kikiki

Monday, March 19, 2012

Tudung Double Layer Ameera by Simplypurple-Mummy

Assalamualaikum w.r.b.t..


Lately rasa macam ada penyakit M malas nak update blog..huhu sebab tak tau nak tulis apa..kekeringan idea.. kalo korang ada cadangan boleh la bgtau kt komen ye utk nana pos ape plak nanti..

Kali ni nana nk promote tudung yang sangat cantik, ringan, dan mampu milik. Thanks kepada pemilik blog iaitu Puan Fara kerana sudi ambil nana untuk jadi model tudung yang cantik ni, tak pasal-pasal nana dh grab satu..hehehe

Material untuk tudung ni adalah chiffon double layer yang mana kainnya sangat ringan dan mudah untuk dipakai dengan awning Thai silk. Memang tak nyesal kalo beli chewah! :) lagi pulak, harga yang ditawarkan oleh Puan Fara ni memanglah amat berpatutan jika dibandingkan korang nk kena keluar berpanas-panasan <<--ade ke ayat ni hehehe suka ati aku je hehe meredah ke kedai-kedai untuk mencari tudung yang cantik ni.

So saksikan beberapa contoh Tudung Layer Ameera ni yang digayakan oleh model yang sangat dikenali di blog ni blog ni je pun kikiki..Kalau berminat untuk tengok lagi tudung atau warna-warna yang lain boleh singgah di blog Puan Fara ni ye atau leh terus call je Puan Fara untuk beli tudung ni di nombor 012-2468652, siapa cepat dia dapat ye :)






Cantik kan warna-warna yang ada tu! So, korang yang nak tahu harga ke atau warna-warna lain lagi moh ke blog Fara..nana pun dah pakai dh tudung ni, leh tengok kat entry ni. 

Jom Like Fb Page Sakurashawl & Sentuhan Hyna Razak

 
Copyright © Sakura Shawl |Design by Whitey Mommy