Sunday, June 3, 2012

Mekap Sentuhan Hyna Razak

Assalamualaikum w.r.b.t...

Alhamdulillah akhirnya dikuatkan juga jiwa nana malam ni untuk update blog. Dah lama sangat tak update blog sebab selalu je layan dan rajib update di Facebook je..huhu kesian kat blog nana ni dah bersawang..

Banyak sangat benda yang nak dikongsikan sebenarnya, tapi malam ni nana nak update kat korang semua hasil kerja tangan nana yang tak seberapa, Sentuhan Hyna Razak. Alhamdulillah rezeki dalam bidang ni semakin bertambah dan orang semakin meyakini nana. Terima kasih sangat buat family nana yang sangat supportive dan yakin dengan apa yang nana buat ni. Rezeki Allah ada di mana-mana, cuma kita kena rajin berusaha..insyaAllah berjaya..

Pertunangan Noriha, 2 Jun 2012

Model Photoshoot Butik Yasalma, Kuala Lumpur  

Pernikahan Atiqah, Keramat 

Pernikahan Nurliyana Najla, TTDI 

Pernikahan Zahilah, Kajang 

Makeup Team di Anugerah Nasyeed.Com bebaru ini 

Sorri sebab gambar tak same saiz sbb tak rajin nak resize.hehe kalau berminat untuk dapatkan khidmat nana bagi majlis pertunangan, pernikahan, persandingan, makan malam, photoshoot, pre-wedding, konvo, dan lain- lain lagi boleh hubungi nana 013-3750227 atau emailkan hynarazak@gmail.com. Boleh jugak singgah di page Sentuhan Hyna Razak untuk lihat lagi gambar-gambar yang lain dan boleh tinggalkan private message di sana ye :)

Saturday, May 5, 2012

Berkesempatan Makeup Blogger+Model Gojes, Ara Lee

Assalamualaikum w.r.b.t..

First and foremost, sori sebab lama sangat3 tak update blog. Agak busy dengan kerja- kerja yang lain dan di samping dengan keadaan kesihatan yang tidak berapa mengizinkan. InsyaAllah lepas ni Nana akan lebih rajin lagi update blog. Harap semua sudi lagi singgah dan baca blog picisan Nana ni ye :)

Alhamdulillah, bulan lepas iaitu pada 28 April 2012 kami dari Tya Adnan Makeup Team telah diberi kepercayaan sekali lagi oleh Butik Get Gorgeous bagi menatarias model-model yang akan menggayakan pakaian dari butik tersebut. Amatlah teruja sebab akan berkumpul dengan geng2 dari team mekap ni sebab kalo tak disebabkan event2 macam ni memanglah amat susah untuk kami berkumpul sebab komitmen keje masing2 :)
Makeup Done By: Sentuhan Hyna Razak
Model: Ara Lee

So, kebetulan pula hari berlangsungnya event yang dianjurkan oleh Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Bangi ini adalah sama dengan tarikh perhimpunan Bersih, so nana decided untuk tumpang Encik Azhar dari Jariclick Photography memandangkan beliau juga akan menuju ke tempat yang sama. Plus, Nana pun takde transport nak pergi time tu sebab encik suami bekerja pada hari Sabtu :( thanks Encik Azhar sebab tumpangkan Nana ye...


Setiap MUA ditugaskan untuk mekapkan 2 orang model, seperti yang telah dimaklumkan oleh Azlia Idha iaitu owner Butik Get Gorgeous tema pada hari tu ialah mekap ala2 barbie doll yang mana fashion show bertema "Gadis Semasa"..so makeup kena kaler yang terang dan fresh..hish banyak plak membebel arini, mentang2la dan lame tak hapdet blog kan..hehehe

Diam tak diam lepas mekapkan sorang model ni yang namanya Fifie, pastu adala sorang lagi model plak datang duduk ke kerusi Nana.masa memula mekap tu hati duk terdetik "macam ku penah lihat, tapi di mana ya? " hehehe lepas dia cakap2 dia bahasakan diri dia Ara terus berdesup darah naik ke muka! Ara Lee ..!! OMG!! slalu je stalk dia pnye blog, tetiba tengah mekap dia..pastu buat selamber jela kan sebab dia ni pun sangatlah peramah dan down to earth...! tak sombong langsung ok..kalo nampak muka dia mungkin orang ingat dia sombong,tapi percayala...sikit pun tak sombong..love u la Ara :) boleh singgah ke blog Ara Lee ye :)

Dah! Dah! Dah Nana membebel..cepat la upload gamba tu.. :)

















Monday, April 9, 2012

Tabung Ahmad Sufi : Mari Kita Semua Bantu

Assalamualaikum w.r.b.t..

Nana terpanggil untuk buat post ni bila dengar mengenai keprihatinan rakyat Malaysia yang telah turut sama membantu dengan mendoakan buat Adik Ahmad Sufi dan tak kurang jugak kepada yang telah menghulurkan sumbangan buat Adik Ahmad Sufi. Jutaan terima kasih diucapkan.

Adik   Ahmad Sufi Bin Romi Agus Syumadi  ni adalah anak buah kepada kawan nana, masa mula-mula kawan nana bukak page Tabung Ahmad Sufi di Facebook, nana amat tersentuh melihat akan keadaan adik Ahmad Sufi. Hanya Allah sahaja yang tahu keperitan dan kesakitan yang dilalui oleh anak kecil ini.


Kepada yang dah baca dekat Facebook nana, mungkin ada yang dah tahu serba sedikit mengenai adik Ahmad Sufi ni. Kepada yang belum tahu lagi, Ahmad Sufi ni kecik sangat lagi. Baru dilahirkan pada 12 Mac 2012 baru- baru ini tak sampai sebulan pun lagi usianya dan sejak lahir telah mengalami masalah paru-paru yang kritikal. Doktor sendiri tidak mengetahui dan tidak menjumpai apakah punca berlakunya sakit adik Ahmad Sufi ni.

Buat masa sekarang ini, adik Ahmad Sufi kini sedang dirawat di  Children Westmead Hospital, Sydney dan kos perubatan adalah sebanyak tidak kurang dari UAD3,000.00 atau lebih kurang RM9,000.00 sehari. Bayangkan sejak lahir sehingga sekarang, terlalu banyak kos yang diperlukan untuk membiayai kos perubatan adik Ahmad Sufi ini.

Ini adalah petikan dari mesej salah seorang rakyat Malaysia yang prihatin dan berada di sana dan telah melawat adik Ahmad Sufi....

"Alhamdulillah, sy dapat melawat Ahmad Sufi semalam. Lama juga dapat berborak dgn mak ayahnya. So apparently kes Ahmad Sufi ni sangat2 rare. Ahmad Sufi bukan terkena jangkitan paru2 atau paru2 berair atau apa2 sakit yang biasa. Doktor masih belum dapat mencari apa penyakit sebenar Ahmad Sufi. Mereka masih lagi membuat ujian utk mencari apa sebenarnya penyakit Ahmad Sufi. Ini adalah jawapan dari doktor2 pakar dari hospital kanak2 yang terbaik di Australia. Saya dapat tahu ada di antara kita yang tertanya2 kenapa Ahmad Sufi tidak dibawa pulang ke Malaysia untuk rawatan. Memang benar rawatan di Malaysia mungkin akan lebih murah, tetapi risiko untuk membawa pulang Ahmad Sufi ke Malaysia adalah terlalu tinggi. Sedangkan banyak ibu bapa risau untuk membawa bayi kecil yang sihat menaiki kereta untuk perjalanan 3 jam, inikan pula nak membawa bayi kecil dengan penyakit kronik yg masih tidak diketahui selama 8 jam dengan kapal terbang. Orang dewasa sihat pun boleh mabuk naik kapal terbang, bayangkan bayi yang mmg sedia sakit. Untuk membawa Ahmad Sufi turun dari tingkat 3 ke tingkat 2, di dalam hospital yang mempunyai banyak doktor pakar, pun mengambil masa sejam, bayangkan bagaimana untuk membawa Ahmad Sufi dari Australia ke Malaysia, menaiki kapal terbang yg mengambil masa 8 jam, tanpa kemudahan medical yang cukup sekiranya apa2 terjadi sepanjang perjalanan. Sanggupkah kita untuk memperjudikan nyawa seorang bayi kecil hanya kerana wang? Saya harap semua orang faham kenapa Ahmad Sufi tidak dibawa ke Malaysia. Bukan suka2 hati ibu bapa Ahmad Sufi terpaksa berhutang banyak dengan pihak hospital. Mereka hanya buat yang terbaik untuk Ahmad Sufi. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Sama2 lah kita doakan semoga Ahmad Sufi segera sembuh."

Dengan ini, nana dengan rendah hati turut ingin memohon seluruh rakyat Malaysia atau sesiapa sahaja yang turut prihatin dan ingin membantu adik Ahmad Sufi agar dapat memberikan sumbangan bagi menampung kos perbelanjaan di sana. Butiran bank bagi bantuan yang ingin dihulurkan boleh lah dibuat ke akaun seperti di bawah iaitu ibu saudara adik Ahmad Sufi iaitu kawan nana sendiri:

BSN: 14133-41-00000395-4 :JULI YANTI LIDIA BINTI SUHAIMI
MAYBANK: 152107010378 : JULI YANTI LIDIA BINTI SUHAIMI

Name : Romi Agus Shumadi Romi Suhaimi
Bank: St George Bank
Branch: 112 908
Account No: 411178305

Kepada yang ingin mengetahui maklumat atau berita terkini mengenai adik Ahmad Sufi bolehlah lihat di Facebook Page Tabung Ahmad Sufi. Sama-sama kita doakan agar adik Ahmad Sufi cepat sembuh dan sihat seperti kanak-kanak yang lain..amin..

Sunday, April 8, 2012

Event Photoshoot : Persalinan Tradisi Etnik Daerah di Malaysia.

Assalamualaikum w.r.b.t..

Alhamdulillah, hari Sabtu bebaru ni nana berpeluang untuk join photoshoot event yang telah dianjurkan oleh salah seorang MUA dengan kerjasama dari talent dan jugak photog. So kat sini nana nak share beberapa keping gambar talent (Ara Juliana) yang nana mekap kan dan harap kalian boleh komen dan memerikan kritikan menbina untuk nana improve lagi ye :) 






sila klik gambar untuk image yang lebih besar :) 

 
Copyright © Sakura Shawl |Design by Whitey Mommy