Thursday, December 8, 2011

Bridal Make-up Class bersama Tya Adnan

Assalamualaikum w.r.b.t...

Dah dekat nak seminggu baru berpeluang update pasal bridal make-up class bersama Tya Adnan pada 4 Disemebr 2011 di Wangsa Maju baru-baru ni. Alhamdulillah Nana berkesempatan jugak join bridal make-up class ni. Sebelum ni Nana dah penah set masa untuk join kelas ni dengan Tya, tapi sebab sibuk dengan urusan kawen time tu, so Nana tunda dulu tunggu lepas selesai majlis Nana :) previously, Nana dh join basic make-up class ngan Tya, tapi tak amik gambar time tu so takde la gambar update kat blog..huhu

Ramai jugak yang join kelas ni bebaru ni termasuk student yang praktikal dengan Tya. Kepada yang tak tau lagi pasal Tya, boleh singgah di blog Tya's Touch atau kat facebook Tya jugak.

Layan jela gambar ye. Kepada yang berminat nak join kelas mekap dengan Tya, boleh selalu singgah di page fb Tya sebab dia selalu update untuk mekap class kat page tu :)

Tya sedang buat demo make-up

dalam proses 

almost done 

Cantik kan! alamak takde gambar sebelum mekap plak :) 

model yang nana bawak haritu, Liza my housemate 

tengah mekap pun kena amik gambar jugak 

dalam proses mekap mata ye, part paling susah..huhu 

siap! walopun den tak bape pandai lagi...tapi tetap akan diusahakan hingga berjaya! doakan nana ..amin...akan kuteruskan minat ku ini.

tu dia sebahagian koleksi  barang mekap Tya,huhu bila la nak dapat barang banyak macam ni

Semua model pose lepas siap mekap...alamak, nadia plak takde 

Barisan model termasuk model i ye..hehe 

Sukenya dia 

Dia sorang je tengok kamera...hihihi  sangat alert :)

Me with Tya a.k.a my cikgu cikgi..hehe  

Rumusan....chayok nana!!

InsyaAllah pasni Nana akan  asah skill 'mewarnakan' muka @ mekap2 ni... :) kalo nak tengok gambar lain lagi boleh singgah di page Nana iaitu Sakurashawl.Com ye..ada lagi gambar2 lain kat situ :)

p/s : million thanks to my hubby for your support :)

Wednesday, December 7, 2011

Teaser : Post Wedding Photoshoot by EyeStudio Photography

Assalamualaikum w.r.b.t...

Selamat pagi Khamis semua, sekejap je rasa dari minggu ke minggu. Baru je rasa hari Isnin, tup tup arini dh Khamis, esok Jumaat..sekejap je..huhu ok ok..dah dah....berbalik pada topik post arini..

Ok, tengok tajuk pun dah tau kan nak cite pasal apa :) sebenarnya takde intention pun nak ambil gambar post wedding ke hape, cuma ter-ambil je..hehe boleh tak macam tu..al-kisahnya,tau tak blogger comel Irine Nadia Marcello? sape tak kenal kan.. dia promote studio abangnya yang jugak blogger yang hebat, Aizul Marcello iaitu Eyestudio Photography. Sebenarnya Aizul dah lama terbabit dalam dunia photography ni. Gambar- gambar yang dia ambil pun cantik jugak hokey..

So, promo yang studio Aizul tu buat sangatlah berpatutan. Nana pun gedik2 santai la nak try test ni dan ajak jugak suami join sekali. Memula dia cakap ambil gambar sorang2 je sebab bayar untuk 2 orang which is RM79 je untuk seorang. Maknanya shoot untuk lelaki pastu perempuan pulak. So memang tak bajet la yang akan ada couple photoshoot jugak..huhu

Malas nak cite panjang-panjang lagi..tengok jela 2 keping gambar ni.hehe takleh reveal banyak2 lagi sebab tunggu gambar yang siap diedit oleh pakar dari Eyestudio Photography nanti, tak surprise la kalo dh cite kat sini banyak-banyak..hehe 


Bukan senang nak pose tau..nasib baik ada cameraman yang pandai ajar kitorang yang kaku ni..hehe sori background nampak sume kat belakang tu sebab ni raw picture, tak edit ape2 pun lagi ok..dapat terus dari photographer siap burn dalam cd lepas shooting tu :)

Hik..tak tau la apa yang nana suka sangat tu..segan pun ada sebenarnya..susah jugak nak jadi model ni sebenarnya, nak kena pandai pose pelik2.hehe  

Pictures by : Eyestudio Photography
Make-up by: Hyna Razak den la tu..hehe

Monday, December 5, 2011

Dealer Produk Everlynn Skincare dari Ladies Stuff Enterprise

Assalamualaikum w.r.b.t..

Hi everyone! Dah beberapa hari tak update blog sebab busy dengan urusan yang tidak dapat dielakkan. InsyaAllah lepas ni boleh update tiap-tiap hari.

Pernah dengar tak produk Everlynn Skincare? 'Fenomena' produk Everlynn Skincare kini sedang melanda dan ramai yang dah tahu tentang produk ni. Alhamdulillah, Nana telah menjadi salah seorang dealer bagi produk ni di area Kuala Lumpur generally dan di bahagian Wangsa Maju, Jalan Duta, Setapak dan Gombak specifically.

Bagi yang tidak tahu lagi mengenai produk ni, currently Everlynn Products terdiri dari 2 jenis produk iaitu:

  • Oxygenating Serum : a fast penetrating serum that acts deep within to nurture dull and tired skin. Working to provide the essentials to hasten your skin's natural recovery process. It helps restore radiance and vitality while keeping your skin's immune system in check and boosting the skin's natural ability to sustain in- depth moisture, resulting in a healthier skin. Vitamin C Skin Repair Serum with therapeutic effect and intensive hydrating action works on rough and dry ageing skin to brighten skin, smoothen fine lines and transform skin to a new resiliency


Meningkatkan oksigen dan tahap kelembapan pada kulit, dan juga menjadikan kulit kelihatan cantik dan kelihatan muda.  

1 kotak mengandungi 8 botol oxygenating serum 


  • Collagen Mask Sheet : collagen mask is really effective to use but there is a certain procedure on how to apply it in order for you to have a perfectly glowing skin. Firstly, you need to wash your face and neck with clean water then make it dry. Now, gently put the desired amount of collagen cream into your skin and give attention to damaged areas. Wait for the cream to be melted before you can apply it for the second time. Don't forget to tap a little amount of gel on your eyes region. As easy as that, nothing to worry about getting old because there is collagen masks which make you feel beautiful and look younger.

Collagen mask sheet - digunakan sebagai mini facial treatment di rumah selepas menggunakan mana-mana serum.

Fungsi: untuk mengecilkan pori, menghilangkan bintik- bintik hitam/putih di sekitar hidung, memberi kelembapan kepada kulit serta membuatkan terasa segar. Memadai memakai collagen mask selama 30 minit. 

Testimonial pengguna Collagen Mask Sheet 

Berapa harga produk ni??

Untuk makluman semua, harga produk ni sangat berpatutan dan mampu dimiliki semua. 

  • Collagen Mask Sheet = RM13.90 /piece
  • Oxygenating Serum = RM120.00/ box (setiap kotak mengandungi 8 botol) 

Macam mana nak dapatkan produk ni?? Boleh call atau sms Nana= 013- 3750227 untuk maklumat lanjut dan dapatkan produk ni. 

Bagi yang tinggal di luar Kuala Lumpur boleh jugak order, dan untuk pengenalan kos pengeposan untuk 1 kotak serum adalah percuma dan untuk face mask cuma RM5. Boleh membuat bayaran melalui akaun Maybank, Wan Norhaina bt Wan Ab Razak 164294286566 dan selepas itu sms kan butiran pembayaran (tarikh, masa dan jumlah pembayaran) beserta nama dan alamat untuk diposkan produk tersebut.


Friday, December 2, 2011

Buffered Earning Dari Nuffnang! Alhamdulillah..Jom Kongsi Cara Nak Dapatkan BE

Assalamualaikum..w.r.b.t..

Alhamdulillah, pepagi ni bukak Nuffnang tengok dapat Buffered Earning (BE) dari Nuffnang...rasa best sangat sebab dah lama tak dapat BE..huhu tak tau nape, traffic maintain je tapi BE susah nak dapat sekarang..mungkin sebab traffic orang lain jauh lagi tinggi dari blog ni kot..huhu yela, den ni cuma blogger kecik je..hehe :)


Harini nana nak share dengan uols semua tips atau cara-cara nak dapatkan BE..ni yang nana amalkan la ek, atau apa yang nana buat untuk dapatkan BE..hope korang boleh cuba :)

Tips untuk dapatkan Buffered Earning:

  • Rajin buat blog post : uols kena la rajin-rajin buat blog post...janganla post pun sebulan sekali pastu nak harapkan dapat BE, memang tak la kan..unless la korang memang blogger macam Cik Epal ke, Abang Ben Ashaari ke, Maria Elena ke..post sekali seminggu pun takpe sebab tiap2 hari dah ramai orang yang menyinggah di blog :) ni pujian tau..
  • Post yang berfaedah : post yang uols semua buat tu biarlah berfaedah, walaupun kekadang tu just nak share apa yang uols buat aritu tapi boleh la jugak selitkan sedikit unsur nasihat atau dapat membantu rakan blogger yang lain. Pastu post tu jangan la asik cerita benda negatif atau nak kutuk orang je. Kekadang kita pun naik menyampah kan kalau baca blog yang asik nak kutuk orang je kan..wallahuaklam
  • Rajin blogwalking : haaa...ni satu lagi...rajin-rajinla buat blogwalking. Bila singgah di blog orang lain tu tinggalkan la jejak uols kat shoutbox atau komen ke so blogger tu akan sedar akan kehadiran anda di blog mereka dan ini seakan penghargaan kepada mereka sekiranya anda meninggalkan jejak
  • Contact Nuffnang : rajin-rajinkan lah diri uols semua untuk contact dengan Nuffnang atau dalam erti kata lain mendekatkan blog uols dengan Nuffnang. so bila uols selalu contact dengan Nuffang, dorang akan rajin la jugak nak bagi BE kat uols...
Erm...tu jela kot yang nana nak share ngan uols semua hari ni..kalau nak tau lagi cara-cara nak dapatkan BE, uols semua boleh Google je..banyak yang blogger kat luar sana dah share kat blog dorang jugak...happy blogging! :)

Wassalam

~~p/s : Thanks Nuffnang sebab sudi bagi Buffered Earning kat Sakurashawl lagi :)


 
Copyright © Sakura Shawl |Design by Whitey Mommy