Thursday, November 17, 2011

Jangan Lupa Tengok TV3, Indonesia vs Malaysia, Harimau Malaya

Assalamualaikum..w.r.b.t..

Tak sampai 10 minit lagi perlawanan bola Indonesia lawan Malaysia akan berlangsung. Jom pakat ramai2 tengok kat TV3 dan bagi uols yang ada di sekitar KL lebih2 lagi di area Damansara boleh singgah di perkarangan Sri Pentas untuk sama-sama menyaksikan perlawanan bola pada pukul 8 malam ini.

Siapa yang akan menang ye??

Nana ofkoz la sokong HARIMAU MALAYA!! Sokong skuad negara tercinta! Menang kalah adat pertandingan tapi semangat untuk menang tetap ada. Semoga Harimau Malaya dapat membawa kemenangan, amin...

Monday, November 14, 2011

Alhamdulillah, selamat diijabkabulkan pada 12 November 2011

Assalamualaikum w.r.b.t..

Tengok tajuk je pun dah tau nak cerita pasal apa kan? :)

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi nana selamat diijabkabulkan dengan suami tercinta, Mohd Supian Mustapa di Masjid Taman Medan Jaya, Rusila pada 12 November 2011. Segala-galanya berjalan lancar alhamdulillah.

Pukul 9.30 pagi semua (pihak lelaki & perempuan) sudah bersiap sedia di masjid bagi mengelakkan kelewatan. Sampai je Tok kadi, semua sudah bersedia dan alhamdulillah berjalan lancar. Gugup jugak, memula tok kadi panggil nana datang kat dia sekali dengan abah. Masa ni tok kadi mintak nana ikut apa yang dibaca iaitu memberi kebenaran kepada abah nana selaku wali bagi melangsungkan majlis pernikahan ini. Dan kemudian abah memberi kebenaran kepada tok kadi untuk mewakili abah untuk menikahkan kami.

Dengan sekali lafaz, nana selamat diijabkabulkan.. alhamdulillah...

Nana menangis masa menunggu untuk tok kadi cakap tu...huhu berdebar,takut,semua bercampur..menitiskan air mata jugak la..sebak kot..huhu lepas tu semua balik ke rumah nana (rumah nana depan masjid je) untuk majlis batal air sembahyang..

Layan gambar ye :)

lepas siap mekap, posing dulu kat mini pelamin :) hihi

pengantin lelaki dah sampai di Masjid

muka berdebar, tapi tetap senyummm...

antara yang hadir, tapi ada lagi di sebalik tirai kt tepi tu

saat untuk diijabkabulkan :)

senyummm...

antara rakan yang hadir, thanks kengkawan

menyarungkan cincin ke jari suami

heheh time ni ramai benor yang mengusik..

Begitulah sekitar majlis akad nikah...nanti nana upload gambar majlis persandingan pulak ye :)

Terima kasih banyak-banyak diucapkan kepada yang hadir, terutama kepada saudara-mara dan kawan-kawan yang datang dari jauh untuk sama- sama meraikan majlis nana & pian.





Tuesday, November 8, 2011

Persiapan Terakhir Menjelang Hari Bahagia, 2-3 Hari Lagi...

Assalamualaikum w.r.b.t..

Dear frens...dah lewat pagi ni, takdela lewat sangat pon baru pukul 1.45 pagi..huhu mata tak boleh nak lelap, tak tau kenapa. Kalau dah baring-baring konpem tak boleh lelapkan mata jugak. Baik la nana ngadap lappy ni, ada jugak benda nak dibuat.

Kengkawan baik sume pesan "jaga kesihatan, jangan buat kerja banyak sangat, tido awal nanti lesu, banyak- banyak rehat"...tapiiiii, rasa macam tak boleh je nak buat semua tu. Nak taknak kena jugak buat keje, yela takkan nak biarkan family kita buat semua pastu kita goyang kaki je kan. Lagi pun nana suka bila tengok semua persiapan depan mata, i mean buat bersama la kan. So boleh la kita sama-sama mencurahkan idea. 

Barang hantaran untuk pihak lelaki dah siap, nasib la ada kakak yang baik hati tolong buatkan. Tangan sendiri tak berapa kreatif, hehehe...tapi walaupun tak terlibat secara langsung ada la jugak menyumbangkan idea pastu gam-gam apa yang patut :)

Tadi pun ada saudara-mara rapat yang datang melawat sebab dorang tak dapat hadir on my big day. It's ok, ucapan dan ingatan dari kalian pun dah cukup baik untuk nana. Dah siap dapat hadiah tau, besaaarrr punya. Kepada encik tunang @ husband gonna be, nanti kita buka hadiah sesama ye. Cik Nee, jangan lah muntah baca ayat penyata ini ye..hehe kalo korang perasan mesti ada je nama Cik Nee ni menyelit dalam entry nana..Siapakah Cik Nee?? Itu yang kita kena tau..hehehe

Esok nak buat apa lagi?? Antara yang dah ada dalam kepala otak ni: 

  • beli barang keperluan untuk kenduri (tisu, tuala good morning, air mineral dll)
  • ada sikit bunga untuk touch up apa yang patut
  • beras dan barang keperluan dapur untuk kenduri jugak
  • inai

Ermmm apa lagi ek, dah lupa dah..Dah ada list kat dalam purse nak bawak untuk keluar ngan mama n kakak esok.


Yang paling penting, esok kena pegi ambil baju pengantin!! Jangan lupa ye cik nana :) 

Apa lagi ek yang nana tertinggal? Korang boleh tolong ingatkan tak? Tinggalkan komen ek kalo2 nana ada terlupa apa-apa yang penting, thanks uols...

kenapa nana letak gambar ni?hehe sebab nak mengimbau kenangan dinner tahun lepas..hehehe jangan marah ye uolssss..tahun ni, vogue-vogue lagi ye! hehee

~~ psstttt!! ce try ni...tekan kat sini..pastu klik LIKE! Sakurashawl.Com

Sunday, November 6, 2011

Mengapa Cincin Perkahwinan Disarungkan Di Jari Manis

Mengapa cincin perkahwinan perlu disarungkan di jari manis? Apakah rasionalnya? Kenapa perlu pada jari manis, tidak di jari kelinking atau telunjuk? Sekadar hiburan jawapan santai, jom cuba permainan di bawah :)


Satukan kedua tangan anda dan tekuk jari tengah ke bahagian dalam kemudian 4 jari lainnya pertemukan ujungnya (seperti gambar di atas)

Permainan dimulakan. 5 pasang jari tetap hanya sepasang yang tidak boleh dipisahkan....


1. Cuba buka ibu jari anda, ibu jari boleh dibuka kerana ibu jari mewakili orang tua. Manusia mengalami sakit dan kematian, oleh kerana demikian orang tua kita juga akan meninggalkan kita suatu hari nanti. 


2. Tutup kembali ibu jari anda dan buka jari telunjuk anda, jari telunjuk mewakili saudara kita (abang, kakak  dan adik). Mereka memiliki keluarga sendiri dan mereka juga akan meninggalkan kita suatu hari nanti.


3. Sekarang tutup jari telunjuk anda dan buka jari kelinking anda, jari kelinking mewakili anak- anak. Cepat atau lambat anak- anak juga akan meninggalkan kita kerana mereka harus berkeluarga sendiri. 


4. Selanjutnya, tutup jari kelinking anda, bukalah jari manis dimana anda menyarungkan cincin perkahwinan. Anda akan berasa hairan kerana jari manis tersebut tidak boleh dibuka. Kerana jari manis mewakili suami dan isteri, selama hidup anda dan pasangan anda akan terus melekat antara satu sama lain, sehidup semati.


**kalau tak faham sila ulangi dari langkah pertama.

~~Psst: Jom Like kt page ni Sakurashawl.Com! Ce Like!

 
Copyright © Sakura Shawl |Design by Whitey Mommy