Tuesday, May 31, 2011

Dapat Buffered Earning (BE) baru dari Nuffnang

Alhamdulillah dapat BE baru dari Nuffnang..hehe walaupun takla sebanyak blogger² yang femes mcm Cik Epal ke, Ayun ke..tapi tetap rasa happy..hehe..bak kata pepatah , sikit² lama-lama jadi bukit..

Monday, May 30, 2011

Nora Elena, Drama Bersiri Hangat di TV3


NORA ELENA...



Drama bersiri hangat di TV3 sekarang ni..tiap² hari mesti nak balik kerja cepat je sebab nak mengadap cite Nora Elena ni..hehe betapa kuatnya penangan Nora Elena...bukan setakat nana je, yang tak tahannye tunang nana ni pun beriye nak tengok cerita Nora Elena ni..


Apa yang best drama Nora Elena ni ekk?

Pada nana la..cerita ni ada kekuatan tersendiri, dari segi pelakonnya, jalan cerita pun menarik sebab kecemburuan seorang tunang men-khirzir buta..hehhee lepas tu menyesal tak sudah...so, kesimpulannya tak baik tau cemburu² ni..hehe mesti ada orang senyum² baca post ni nanti.. :)

Kalau tak silap nana, drama ni adaptasi dari novel Kasih Yang Suci macam gambar kat bawah ni..boleh la cari novel sebab dengar² orang cakap dalam novel lagi best penceritannya,lagi detail..kan kan! :)



Kalau ada yang nak download drama Nora Elena boleh try cari kat sini.

Gambar Perkahwinan Salleh Yaakob dan Samihah @ Emi

Assalamualaikum...w.r.b.t..

Entry pertama minggu ini ialah gambar pernikahan kali ke-4 Salleh Yaakob dengan pilihan hatinya Samihah Sheikh Ali @ Emi, semoga ikatan perkahwinan yang dibina kekal ke akhir hayat..amin...

~~ Gambar adalah sumber dari Sinar FM.

Friday, May 27, 2011

~~...Pesanan Buat Bakal Imamku...~~


 Andai aku adalah tulang rusukmu yang telah hilang
Aku berharap
Jika nanti Allah mempertemukan kita
Kau akan selalu membimbingku
Agar aku menjadi wanita yang solehah
Yang nantinya akan menjadi bidadarimu di syurga
Kerana aku ingin kita akan disatukan di dunia dan akhirat

~•♥•~•♥•~~•♥•~•♥•~~•♥•~

Andai kau ditakdirkan untuk menjadi ayah buat anakku
Jadilah ayah yang boleh mendidik anak kita
Agar mereka nanti menjadi anak kebanggaan buat kita di dunia dan akhirat
Iaitu anak yang soleh dan solehah
Yang boleh menjunjung tinggi Agama Allah

~•♥•~•♥•~~•♥•~•♥•~~•♥•~

Andai engkau ditakdirkan untukku
Ku harap kau boleh menjadi imam buatku dan anakku
Kau boleh menjadi pemimpin yang baik dalam rumah tangga kita
Kau boleh mencintai aku apa adanya
Dan boleh menyikapi kekuranganku dengan penuh kebijaksanaan

~•♥•~•♥•~~•♥•~•♥•~~•♥•~

Dan andai aku salah
Tegurlah aku dengan kata-katamu yang penuh dengan kelembutan dan kebijaksanaan
Andai aku marah
Belailah rambutku dengan penuh kasih sayangmu
Agar marahku boleh berubah menjadi kelembutan
Andai aku lupa
Ingatkanlah aku dengan penuh kasih sayang
Agar nanti kau tetap menjadi suri tauladan bagiku dan anak kita

~•♥•~•♥•~~•♥•~•♥•~~•♥•~

Kerana..
Aku hanya mengharapkan imam yang baik dalam rumah tanggaku
Yang bisa selalu membawa aku ke jalan yang diredhaiNya
Jalan yang menuju syurgaNya bersama dirimu

~♥~ InsyaAllah, amiin ~♥~

**p/s: thanks to Bella atas post ni..nana share kat sini ek :)

 
Copyright © Sakura Shawl |Design by Whitey Mommy