Tuesday, January 31, 2012

Hartaku Yang Paling Berharga Di Dunia Ini

Assalamualaikum w.r.b.t...

Malam ni nana nak ceritakan mengenai 'harta' yang paling berharga dari dulu, kini & selamanya...iaitu kedua ibu bapa nana yang paling nana sayang yang tiada gantinya di dalam dunia ini..

Tetiba je malam ni rasa macam syahdu je bila tengok gambar mama & abah (panggilan untuk kedua ibu bapa nana).. tatkala susah senang, mama & abah la yang sentiasa ada di sisi..walau di campak oleh orang lain, mama & abah tetap bersama nana memberikan kasih sayang yang lebih lagi untuk mendorong nana agar lebih kuat.

Mama & abah, walaupun tak pernah terucap dari bibir anakmu ini sendiri, ketahuilah bahawa anakmu ini amat menyayangimu....ku tahu diriku ini amat degil, kekadang keras kepala kerana terlalu ikutkan kehendak sendiri. mama & abah akur kerana sayangkan anakmu ini..terima kasih mama & abah..

Tiada orang lain yang lebih memahami anakmu ini melainkan mama & abah yang menjaga, mendidikku, memberiku kasih sayang dari sebesar tapak tangan sampai sekarang (dh nak besar gajah dah ni)..tak pernah mengeluh dalam menjagaku...

Ingat lagi waktuku sakit tak bisa berjalan, abah sanggup menggendongku keluar dari kereta sebab nak ke tandas, dalam perjalanan pulang ke kampung selepas keluar dari wad hospital...tersentuh hati nana waktu tu tapi ditahan je dalam hati..mama pulak tak putus2 menjagaku waktu sakit dari tak bisa berjalan, kemudian bertongkat sehingga boleh berjalan seperti sekarang..tak pernah penat mama & abah bawaku berubat...

Kini, walaupun sudah bergelar isteri kepada suamiku yang tercinta, namun mama & abah masih tak putus2 menjaga anakmu ini seperti anak kecil..ku akui, memang nana manja (paling degil) di kalangan adik beradik, tapi mama & abah tak pernah memanjakan sehingga merosakkanku...alhamdulillah, ku bersyukur diriku kini di sini kerana didikan yang cukup baik yang diberikan mama & abah...terima kasih mama & abah..

mama & abah tersayang...
Wan Ab Razak Wan Abdullah & Tg Saidatul Akmal Tg Ab Halim Shah

nana tak pandai nak karang ayat bunga2, tapi cukup luahan hati kecil ni untuk kedua 'harta' yang paling berharga buat nana di dunia & akhirat...nor sayang mama & abah...pesanan dari nana buat anda semua, sayangilah dan hargailah kedua orang tua selagi mereka masih ada..

Jom Like di FB Page Sakurashawl.Com :)

4 comments:

siti fatimah zaharah said...

:')

i miss your mom n dad n ima too~
*i miss u most.

Sue-Rya AQ said...

sementara mereka masih ada ni lah, kita sebagai anak perlu menghargai mereka..cuma kdg2 masa amat mencemburui klau nak balik kmpg jenguk diorg..nak2 mcm sue n husb..weekend la time yg sgt bz..

Sakurashawl said...

@siti fatimah zaharah i miss u too along :'(

Sakurashawl said...

@Sue-Rya AQ betul tu sue..same la..nana lagi la,dh la kampung jauh..mmg ssh sangat nak balik..

 
Copyright © Sakura Shawl |Design by Whitey Mommy