Monday, January 2, 2012

Dating Tengok Wayang Dengan 'Ayam' Pelakon Drama Juvana

Assalamualaikum w.r.b.t...

Ingat tak drama kat Tv3 yang pernah jadi top kejap iaitu Juvana..mesti ramai jugak yang tengok cerita tu kan? al kesahnye nana join contest yang Budiey.Com anjurkan untuk memenangi tiket untuk Movie Day Out (MDO) bersama Abang Budiey..dan alhamdulillah menang! :) 

Excited sangat nak tengok cerita tu, nak tau kenapa? Sebab hero Malaya kita iaitu Adi Putra ( Hero Tentang Dhia) dan jugak Ridzuan Hasyim berlakon dalam filem tu. Bangga beb, walopun cuma keluar dalam beberapa minit je tapi tetap bangga.hehehe

So, nak review la sikit tentang cerita Don 2 ni ye:


Mengisahkan tentang penjenayah yang paling dikehendaki iaitu Don yang merancang untuk mendapatkan plat cetakan wang dari bank negara, Don dibantu oleh musuhnya yang 'dikeluarkan' dari penjara dan juga dengan bantuan penggodam komputer bagi mengawal sistem bank tersebut. Sekuel dari Don 1, Don tetap dikejar oleh pihak polis yang juga kekasihnya di dalam Filem Don 1 sebelum ini, digarapkan juga sedikit kisah cinta yang masih tersemat di dalam hati Don dan juga Roma.

Walaupun Shah Rukh Khan agak dah berusia, namun tetap menjadi pojaaannnn hatikuuu....hehehe ganas je muka SRK dalam cerita ni tapi nampak macam kurus sikit..tapi walobagaimanapun tetap ensem..tak kurang jugak Adi Putra yang memegang watak sebagai Peguam kepada Don. Ensem jugak, tapi tergelak je tengok Adi Putra dalam filem ni..hehe tak tau nape...kalo nak tau, cepat² gi tengok cerita ni di pawagam ye..

Oh ye! Berbalik kepada tajuk post ni, sebenarnya abg budiey ada bawak seorang artis untuk menonton wayang bersama pemenang contest pada kali ini iaitu Adam Shah atau lebih dikenali sebagai Ayam di dalam cerita Juvana.

sila abaikan saya yg dh bambam itu

suami bersama abg budiey dan jugak adam shah a.k.a 'ayam'
 cuba tengok tiket wayang kt panggung odeon ni..hehehe

mesti la bergambar jugak kan...hehehe

 aunul, rakan MDO :)

Jangan lupa Like di page Sakurashawl.Com ye :)

 
Copyright © Sakura Shawl |Design by Whitey Mommy