Tuesday, February 28, 2012

Jom Like Like Sentuhan Hyna Razak

Assalamualaikum w.r.b.t...

Kali ni nana tak tau nak buat entri ape, so terfikirkan page terbaru nana di FB iaitu page Sentuhan Hyna Razak yang mana nana paparkan hasil sentuhan nana. Boleh tengok gambar-gambar kat FB page tu ye..Sebarang komen membina amatlah dialu-alukan ye. 

Buah cempedak di luar pagar
Ambil Galah tolong jolokkan
Saya budak baru belajar
Kalau salah tolong tunjukkan ..

So, kepada korang yang nak cari MUA untuk event dinner, photoshoot, pertunangan, pernikahan, persandingan, dan ape² jua majlis boleh contact nana. Nana akan bagi special price yang amat berpatutan dan insyaAllah korang akan berpuas hati :) yang nk buat trial mekap pun boleh, nana charge berpatutan sangat² :)



Jom Like Like FB Sentuhan Hyna Razak :)

Sunday, February 26, 2012

Gambar Majlis Resepsi Persandingan Yusry dan Lisa Surihani

Assalamualaikum w.r.b.t..

Sebelum tido ni nana nak share ngan korang gambar persandingan Yusry dan Lisa Surihani tadi yang berlangsung di Putrajaya International Convention Centre (PICC). Layan jela gamabr ekk...mmg suke sangat tengok Lisa, sangat cantik! :)



 


Thanks kepada Abang Nara atas gambar2 yang cun melecun ni :)

Friday, February 24, 2012

Produk Everlynn Skincare, Produk Kecantikan Terbukti Berkesan

Assalamualaikum..w.r.b.t...

Harini nana rasa nak cerita pasal produk yang makin menjadi pilihan ramai & mendapat tempat di kalangan pembeli online iaitu Produk Everlynn Skincare...mungkin ada ramai lagi yang tak tau pasal produk ni dan mungkin ramai jugak yang dah tau pasal produk ni sebab produk ni dan ada stokis & dealer almost di semua negeri dalam Malaysia ni kerana sambutan yang amat memberansangkan..

So, kepada yang tak tau lagi, nana merupakan salah seorang dealer produk ni di kawasan Kuala Lumpur dan tak kesah jugak mane² customer yang selesa membeli dengan nana :) to be honest nana sendiri pun dah gunakan produk ni dan nana sendiri merasakan kelainan produk ni. Untuk pengetahuan, Everlynn Skincare mempunyai beberapa jenis produk yang nana akan ceritakan kat bawah ni tapi for the time being nana nak cerita mengenai a few products yang pada nana mendapat sambutan yang menggalakkan dari customer nana.
  • Everlynn Skincare Set - skincare set ni sesuai untuk semua jenis kulit samada kulit kering, berjerawat , bermasalah jeragat, kulit berminyak dan sebagainya. Mengandungi 4 barang iaitu Deep Cleansing Foam, Deep Hydration Refreshing Toner, Day Solution, & Multiperfection Cream (night cream).
- Untuk pengetahuan, set skincare ni tidak memberikan kesan pengelupasan seperti sesetengah produk yang lain. Cara penggunaannya juga sama seperti produk lain, seperti biasa cuci muka anda dengan Deep Cleasing Foam. Kemudian, dengan menggunakan kapas muka, picit beberapa titis toner dan sapu ke seluruh muka. Ini bertujuan untuk menutup pori² yang terbuka lepas kita cuci muka. Kemudian sapu krim (kalau siang, gunakan Day Solution dan kalau malam sebelum tidur gunakan Multiperfection Cream). 
  •  Serum Series - serum ni ada beberapa jenis iaitu collagen serum, purifying serum & oxygenating serum. Penggunaan serum ini adalah bergantung kepada keperluan kulit.

- Collagen serum fungsinya adalah untuk memberikan kesan lebih cerah dan menjadikan kulit kelihatan lebih muda @ fresh. Manakala untuk purifying serum lebih kepada mereka yang mempunyai masalah jerawat dan juga parut jerawat. Oxygenating serum pula adalah untuk mereka yang mempunyai kulit kusam. Cara menggunakan serum ni sangat mudah, just calit di dahi, pipi, hidung dan dagu kemudian sapu seluruh muka. Kecuali untuk purifying serum, just sapu di bahagian bermasalah iaitu pada jerawat dan juga parut jerawat.
  •  Oxygenating Collagen Sheet Mask - fungsi mask ni ialah untuk mengurangkan bintik-bintik hitam di kulit, mengurangkan kedutan dan menegangkan kulit, mencerahkan serta melicinkan kulit anda.

Owner produk ni adalah Puan Lina yang gojes dan sekarang menjadi usahawan berjaya insyaAllah. Bermula secara kecil²an dan kini menjadi usahawan yang berjaya. Boleh juga singgah di blog Lina untuk jenguk² pasal produk ni.



Memang best sangat dan dah ramai yang jadi customer tetap nana dengan menggunakan produk ni. So untuk maklumat lanjut lagi mengenai produk ini dan cara penggunaan serta testimonial² para pengguna produk ni boleh lah lihat di FB Page Nana Everlynn Skincare Dealer Kuala Lumpur atau boleh hubungi Nana 013-3750227. InsyaAllah nana boleh terangkan serba sedikit mengenai produk ni :)


Tuesday, February 21, 2012

Photoshoot @Taman Tasik Perdana- Part 2

Assalamualaikum..w.r.b.t.

Kali ni nana nak upload gambar2 Part 2 time kat Taman Tasik Perdana Kuala Lumpur. Kepada yang tak pernah jalan-jalan kat taman ni, patut pergi sebab kawasan yang luas dengan playground, ade taman rusa, taman burung dll..memang best!

huh..br warm up nak bergambar hihi

salah satu taman bunga kt taman tasik ni, cantik kn? 

padang yang luas & hijau :)

tasik ni cantik, banyak pasangan pengantin photoshoot kt sini

comel tak adik tu?dia bg roti tu mkn ikan ngn mak dia ... 

termenung di tepian tasik hehehe

model tangga ke ni? kikiki   

tetap nak peace!


dah nak balik dah ni..duduk jap, penat kot..huhuhu 

hehehe mestila nak letak jgk gambar jurugambar ni :) 

last but not least, sape lagi bambam??hahaha  

Jom Like Fb Page SakurashawlSentuhan Hyna Razak :)

Sunday, February 19, 2012

Photoshoot @Taman Tasik Perdana- Part 1

Assalamualaikum w.r.b.t..

Hari minggu lepas (semalam je baru pon) takde buat apa2 kt rumah..so ajak suami keluar jalan2..malas nak gi soping complex sebab nanti menyakitkan mata dan menyakitkan hati sebab takleh nak soping..hehe almaklumla musim berjimat cermat :) sebab kalo dah sampai kt kedai nanti lagii banyak benda nak beli, tak cukup satu mesti dua tiga nya...hehehe

Pastu pikir punya pikir, ajak la suami @ partner @ besfren pegi ke Taman Tasik Perdana sebab saje2 gediks santai nak amik gamba atau photoshoot...tu yang tetiba berbaju kurung di hari minggu..hehe bukan sebab pegi kenduri hokey :) hehehehe lagi pun teringin nak pakai baju kurung sebab dah lame tak pakai sebab dah tak keje kan..hehe nampak sangat pakai bila gi keje je :P hehehhee

Yang Part 1 ni cuma gambar2 yang memanjang, yang melintang tunggu Part 2 nanti ye..banyak sangat gambar so takmo la upload terus sume, upload sikit2 je dulu...kepada korang yang tak tau nak gi mana hujung minggu boleh spend masa kat Taman Tasik Perdana ni sebab memang best..lagi2 kalau pegi beramai2 dengan keluarga & kawan2 :)

ni baru keluar rumah.... :)

baru sampai dh nak posing, yg penting Peace tetap ade!hehe 

gadis ayu...ayu ke??hehhe :P 

berlatarbelakang air pancut.. 

eikk...encik cameraman pun nak enterprame! :D 

pose ala2 muslimah ayu gituuuu hihi

di tepian tasik yang cantik  

props tambahan...aiskrim cornetto 

gambar curi di celah pokok 

stand straight 

cantik sangat kawasan ni 

muka dah penat huhuhuhu 

jom balikkkk!! :) 

Kepada yang tak suka tengok sila la jangan tengok ye..hehehe ini tunggu Part 2 plak nanti ye...thanks sebab sudi jugak tengok walaupun tak mau tengok..dan terima kasih kepada kameraman sebab sudi layan kerenah hehehe....mekap adalah hasil tangan saya sendiri ye..simple+nude mekap je :)

Jom Like FB Page Sakurashawl & Sentuhan Hyna Razak :)

Teaser : Saya Pada Hari Ini :)

Assalamualaikum w.r.b.t...

Dah lewat sebenarnye ni, mata pun macam dah letak tongkat je ni tahan taknak bagi tertutup.tapi hati keras jugak nak post gambar ni kat blog malam ni jugak! hehehe esok nana akan buat full post..so ni teaser je la ekk..hehe sila komen :)


Jom Like FB Page Sakurashawl & Sentuhan Hyna Razak ye :)

Saturday, February 18, 2012

Makeup untuk Porgram Hai-O di Menara PGRM

Assalamualaikum w.r.b.t...

Malam semalam geng Tya Adnan Makeup Team iaitu Cik Qu ajak nana untuk join mekap kat Menara PGRM. Memula tu tak tau untuk event ape, bila dah sampai baru tau rupanya untuk event Hai-O..ramai sangat orang yang hadiri program ni dan semuanya vogue2..huhuhu pada awalnya kami (nana, Cik Qu & Cik Nurul CNP) kena mekap10 orang..tapi oleh kerana tak cukup masa sebab ade sebahagian dari mereka yang sampai lewat, so kami sempat mekap 6 orang je..seorang MUA mekap 2 orang..so ni gambar nana nak share sikit :)

sebelum mekap 

mekap mata 

comel je dia ni.. 

kakak ni taknak mekap tebal+ taknak pakai bulu mata sebab pakai spek 

thanks kakak, kalau sudi jemput la saya lagi :) 

Jom tempah mekap dinner, photoshoot, bertunang, pernikahan, persandingan, dan lain2 lagi dengan nana..sms nana 
013-3750227 ye :)

Thursday, February 16, 2012

Makeup Irine Nadia Marcello

Assalamualaikum..w.r.b.t...

Pepagi tadi dapat urgent mesej dari Irine untuk mekapkan dia untuk shooting. So, nana pun terima dengan hati yang girang gumbira...! Dah lama teringin nak mekap kan Irine, baru ni dapat peluang. Thanks Irine sebab sudi mekap ngan kak nana :) 

Ni gambar lepas mekap..tak sempat nak amik gambar sebelum mekap...leh singgah di blog Irine, banyak gambar2 Irine tanpa mekap.. tp dia memang comel yang amat,  touch up skit pun dah naik seri :)

Bersama dengan Irine yang comel

Ni mms yang Irine hantar tadi sebab tak sempat nak amik gambar banyak2, thanks dear :) 

Kepada yang nak tempah mekap untuk dinner, photoshoot, tunang, nikah, bersanding, etc boleh hubungi nana 013-3750227 :) thanks semua..sayang korang sangat ...!

Jom Like FB Page Sakurashawl.Com :)

Tuesday, February 14, 2012

Contest Makeover Makeup Officially Closed

Assalamualaikum w.r.b.t..

Alhamdulillah setelah selama dua minggu Sakurashawl.Com dan Cik Nurul Pinky CNP menganjurkan Contest Makeover Makeup ini, akhirnya telah sampai waktu untuk contest ini ditutup. Terima kasih diucapkan di atas penyertaan di dalam Contest Makeover Makeup yang telah dibuat bermula 2 minggu lepas dan dengan rasminya telah tamat pada 14hb Feb 2012 tepat pada jam 12 tengah malam.

Berikut merupakan senarai peserta yang telah join contest ni dari blog Sakurashawl.Com dan juga Cik Nurul Pinky CNP.

Sakurashawl.Com:
  1. http://nurul-hanis.blogspot.com/2012/02/contest-makeover-makeup.html
  2. http://blognieainpunye.blogspot.com/2012/02/contest-makeover-makeup.html
  3. http://sayaiylia.blogspot.com/2012/02/contest-makeover-makeup.html
  4. http://duniakebahagiaanku.blogspot.com/2012/02/contest-makeover-makeup.html
  5. http://mastrixia.blogspot.com/2012/02/contest-makeover-makeup.html
  6. http://hafizila.blogspot.com/2012/02/contest-makeover-makeup.html
  7. http://einzmiszmessyartwork.blogspot.com/2012/02/contest-makeover-makeup.html
  8. http://nurulrinaellisa.blogspot.com/2012/02/contest-makeover-makeup.html
  9. http://suriaqistina.blogspot.com/2012/02/contest-makeover-makeup.html
  10. http://vogue-kiwi.blogspot.com/2012/02/contest-makeover-makeup-by-tya-adnan.html 
  11. http://goleksgoleks.blogspot.com/2012/02/contest-makeover-makeup.html
  12. http://nurfairusabubakar.blogspot.com
  13. http://mawwadahsuci.blogspot.com/2012/02/contest-makeover-makeup.html
Cik Nurul Pinky CNP:

  1. http://nurfazliana.blogspot.com/2012/02/blog-post.html
  2. http://cik-ara.blogspot.com/2012/02/contest-makeover-makeup.html
  3. http://www.aidaazryn.com/2012/02/contest-makeover-makeup.html
  4. http://gadishlollipopinwonderland.blogspot.com/2012/02/contest-makeover-makeup.html
  5. http://lolyphotogrape-blackqueen.blogspot.com/2012/02/contest-makeover-makeup.html
  6. http://sesucintaku.blogspot.com/2012/02/contest-makeover-makeup.html
  7. http://sweetfreebiesandcontest.blogspot.com/2012/02/contest-makeover-makeup.html

Tiga (3) pemenang akan dipilih oleh Tya Adnan Makeup Team dan gambar-gambar peserta yang join melalui blog ini akan di masukkan di dalam Facebook Page Sakurashawl.Com. Boleh lihat di page tersebut mulai malam ini ye :)


Jom like di FB page Sakurashawl.Com :)

Contest Makeover Makeup

Assalamualaikum w.r.b.t...

Bersempena tahun baru 2012 ini, Sakurashawl.Com dengan kerjasama blogger comel Cik Nurul Pinky CNP menganjurkan Contest Makeover Makeup buat para wanita di luar sana yang suka bersolek atau berdandan. 


Seperti yang dinyatakan di dalam terma dalam poster di atas (sila klik gambar untuk gambaran lebih jelas), para peserta perlu membuat blog post dengan meletakkan poster di atas di dalam post tersebut beserta gambar anda sendiri sebelum dan selepas makeup. Jangan lupa tinggalkan link blog post tersebut di ruangan komen di dalam post ini supaya senang untuk kami jejaki penyertaan anda.

Kemudian para peserta juga perlu Like di FB Fanpage Sakurashawl.Com dan Cik Nurul Pinky CNP bagi menunjukkan bahawa anda telah singgah di Fanpage kami.

Last but not least, tag 3 orang rakan blogger anda di dalam post tersebut. Senang je kan! :)

Para pemenang akan diadili oleh Tya Adnan Makeup Team sendiri. Tiga (3) orang pemenang bertuah akan dimekapkan oleh Tya Adnan Makeup Team dan juga akan menjalankan sesi photoshoot oleh jurugambar profesional di Taman Tasik Perdana, Kuala Lumpur. Tarikh photoshoot akan ditetapkan kemudian.




Tarikh tutup penyertaan adalah pada 14 Februari 2012.


**Kepada anda di luar sana yang berminat untuk sponsor pakaian / aksesori / tudung / shawl / perkhidmatan photografi bagi pemenang contest ini adalah amat dialu-alukan. Sila tinggalkan komen anda di post ini juga atau emailkan ke hynarazak@gmail.com dengan tajuk Sponsor Contest Makeover Makeup sebelum tarikh tutup yang dinyatakan di atas.

Sunday, February 12, 2012

Shawl Stripe Haina

Assalamualaikum w.r.b.t..

Hai dear semua..harini nana nak upload stok shawl yang cantik dan sangat selesa bila dipakai sebab senang nak pakai, kain tak licin dan melekat je bila pakai :)

Shawl Stripe Haina (SSH)
Harga : RM20
Material : Cotton
Selesa & senang dipakai
Kos pengeposan adalah PERCUMA!

Warna : Biru terang, Code : SSH 01
Status : Sold to Khairunnisa

 Warna: Kelabu, Code: SSH 02
Status : Sold


 Warna: Kuning keemasan, Code: SSH 03
Status : Available - 2

 Warna: Pink, Code: SSH 04
Status: Sold to Salmi

Warna: Purple, Code: SSH 05
Status : Available -1

Untuk pembelian, semudah 3 langkah:

1. Sms nana untuk order 013-3750227 (mengetahui status tudung masih ada atau tak) 

2. Buat pembayaran ke akaun Maybank Wan Norhaina bt Wan Ab Razak 164294286566 atau CIMB Mohd Supian Mustapa 14740003789205

3. Selepas pembayaran dibuat, sms kan nana butiran (tarikh,masa & jumlah) beserta nama dan alamat untuk nana poskan ye :)

Jom Like di FB page Sakurashawl.Com :)

Thursday, February 2, 2012

Shawl Polka Raihana

Assalamualaikum w.r.b.t..

Hai semua..dah lama nana tak update shawl. So kali ni nana nak update kan shawl terbaru yang nana rasa sangat cantik dan selesa dan dinamakan Shawl Polka Raihana bersempena dengan watak Ayu Raudhah dalam drama Gemersik Kalbu hihi almaklumla jadi pengikut setia cite ni tiap petang.  Jom order sekarang sebab nana buat promosi murah dengan harga yang termasuk kos pengeposan. So, kos pos adalah PERCUMA! :)

Dengan corak yang sangat sweet polka dot besar & kecil seperti gambar di bawah ni..



Shawl Polka Raihana (SPR)
Harga : RM 23
Material : Kain T-shirt 
Sangat selesa dan senang dipakai :)


Warna : Dark Grey, Code : SPR 01
Status : Sold to Nur Faizah



Warna : Merah Hati, Code : SPR 02
Status : Reserve to Nora



Warna : Light Purple, Code : SPR 03
Status : Sold to Nurul Hidayah



Warna : Shocking Pink, Code : SPR 04
Status : Reserve to Nora



Warna : Hijau, Code : SPR 05
Status : Available



Warna : Peach, Code : SPR 06
Status : Sold to Nurul Hasmiza



Warna : Hitam, Code : SPR 07
Status : Sold to Norsyafiqah Nabila



Warna : Purple, Code : SPR 08
Status : Sold to Sarah




Warna : Light Pink, Code : SPR 09
Status : Sold to Norsyafiqah Nabila



Warna : Hijau Lumut, Code : SPR 10
Status : Sold to Norfaiza



Cantik kan warna2 yang ada kat atas ni ! :) So tunggu apa lagi, sms kan Nana = 013-3750227 untuk pembelian @ tempahan :) tunggu reply dari nana untuk cek status samada tudung di atas masih available atau tak dan lepas tu pembayaran boleh dibuat. 

Pembayaran boleh dibuat ke akaun Maybank Wan Norhaina bt Wan Ab Razak 164294286566 atau CIMB Mohd Supian Mustapa 14740003789205. Selepas buat pembayaran, sms kan nana butiran pembayaran (tarikh, masa & jumlah) beserta nama & alamat untuk nana poskan ye :D

 
Copyright © Sakura Shawl |Design by Whitey Mommy