Tuesday, January 31, 2012

Hartaku Yang Paling Berharga Di Dunia Ini

Assalamualaikum w.r.b.t...

Malam ni nana nak ceritakan mengenai 'harta' yang paling berharga dari dulu, kini & selamanya...iaitu kedua ibu bapa nana yang paling nana sayang yang tiada gantinya di dalam dunia ini..

Tetiba je malam ni rasa macam syahdu je bila tengok gambar mama & abah (panggilan untuk kedua ibu bapa nana).. tatkala susah senang, mama & abah la yang sentiasa ada di sisi..walau di campak oleh orang lain, mama & abah tetap bersama nana memberikan kasih sayang yang lebih lagi untuk mendorong nana agar lebih kuat.

Mama & abah, walaupun tak pernah terucap dari bibir anakmu ini sendiri, ketahuilah bahawa anakmu ini amat menyayangimu....ku tahu diriku ini amat degil, kekadang keras kepala kerana terlalu ikutkan kehendak sendiri. mama & abah akur kerana sayangkan anakmu ini..terima kasih mama & abah..

Tiada orang lain yang lebih memahami anakmu ini melainkan mama & abah yang menjaga, mendidikku, memberiku kasih sayang dari sebesar tapak tangan sampai sekarang (dh nak besar gajah dah ni)..tak pernah mengeluh dalam menjagaku...

Ingat lagi waktuku sakit tak bisa berjalan, abah sanggup menggendongku keluar dari kereta sebab nak ke tandas, dalam perjalanan pulang ke kampung selepas keluar dari wad hospital...tersentuh hati nana waktu tu tapi ditahan je dalam hati..mama pulak tak putus2 menjagaku waktu sakit dari tak bisa berjalan, kemudian bertongkat sehingga boleh berjalan seperti sekarang..tak pernah penat mama & abah bawaku berubat...

Kini, walaupun sudah bergelar isteri kepada suamiku yang tercinta, namun mama & abah masih tak putus2 menjaga anakmu ini seperti anak kecil..ku akui, memang nana manja (paling degil) di kalangan adik beradik, tapi mama & abah tak pernah memanjakan sehingga merosakkanku...alhamdulillah, ku bersyukur diriku kini di sini kerana didikan yang cukup baik yang diberikan mama & abah...terima kasih mama & abah..

mama & abah tersayang...
Wan Ab Razak Wan Abdullah & Tg Saidatul Akmal Tg Ab Halim Shah

nana tak pandai nak karang ayat bunga2, tapi cukup luahan hati kecil ni untuk kedua 'harta' yang paling berharga buat nana di dunia & akhirat...nor sayang mama & abah...pesanan dari nana buat anda semua, sayangilah dan hargailah kedua orang tua selagi mereka masih ada..

Jom Like di FB Page Sakurashawl.Com :)

Sunday, January 29, 2012

Jadi Model Untuk Bridal Makeup Class, Tya Adnan

Assalamualaikum w.r.b.t..

Alhamdulillah, semalam dijemput oleh makeup artis, Tya Adnan untuk jadi model bagi Bridal Makeup Class yang dibuat oleh Tya sendiri di Taman Sri Rampai, Kuala Lumpur. hik segan den..

Ramai jugak yang join kelas Tya semalam, kelas dari pukul 11 pagi sampai 5 petang..memang sangat berpuas hati siapa yang jadi student Tya sebab dia akan terangkan satu persatu secara detail cara untuk mekapkan pengantin dan juga tips-tips penting yang korang takkan dapat senang2 je dari mana2.. Bukan setakat kelas solekan pengantin, tapi juga basic to advance makeup class pun ada. Memang sangat berbaloi2...

So, pada korang yang minat untuk belajar mekap atau yang nak tau cara & teknik solekan yang betul boleh join kelas mekap Tya Adnan..boleh singgah di FB page Tya's Touch untuk check bila lagi kelas yang Tya buat.

sekitar kelas mekap berjalan

mekap jangan tak mekap dik 

gigih dan tekun masing2 hehhee 

adik ni cakap dia tak penah mekap, ni 1st time di makeover.cantik!

MUA, Intan..congrats! cantik sgt,suke tngok :) 

yang ni lepas mekap nana tengok dh mcm muka Zarina AF..hehe cantik jgk~~ 

cantik kn! kakak nye Nadia yg mekap kan ni..

alamak, terlebih cahaya la plak..flash kamera ter-over..tp memang cantik mekap ni 

korang kenal tak?hehe bgambar ngn retis kejap, tokei ScarfSweetHoney yg comel

thanks tya! suka sngat tya mekap semalam :)

Sila Like di FB page Sakurashawl.Com ye :)

Wednesday, January 25, 2012

Makeup Class, From Basic To Advance

Assalamualaikum..w.r.b.t..

Kepada sesiapa yang free Ahad ni, 29hb Januari dan berminat untuk belajar mekap boleh la menghadiri kelas yang akan di ajar oleh MUA, Cik Qu dari Tya Adnan Makeup Team. Butiran adalah seperti di bawah:

Tarikh : 29 Januari 2012 ( Ahad )
Yuran : RM100 (lunch akan disediakan)
Tempat : Kota Kemuning, Shah Alam (alamat akan diberikan kemudian)
Masa : 10.00 pagi - 5.00 petang

  • Deposit sebanyak RM50 untuk booking, barang makeup akan disediakan (tapi kalau nak bawak barang sendiri pun amat dialu2 kan)
  • student yang join akak diberikan door gift dalam bentuk alat mekap :)
So, apa tunggu lagi..yang berminat leh sms nana sekarang 013-3750227. Siapa cepat di dapat sebab kelas adalah terhad kepada 10 orang sahaja.

Layari Fb Page Cik Qu di sini.

Sekian terima kasih.

Tuesday, January 24, 2012

Habiskan Cuti Dengan Berpiknik di Batang Kali

Assalamualaikum w.r.b.t..

Cuti Chinese New Year bebaru ni dihabiskan masa bersama suami je kat umah, tak dapat nak balik kampung atas sebab² yang tak dapat dielakkan...luckily, cousins ajak gi piknik ke Batang Kali..nana tak pernah pegi ke Batang Kali, ni first time la kot..aritu time blaja dulu pernah gi Ulu Yam, tu pun 10 tahun lepas kot...hahaha dh lame sangat tu..

Memang best sangat, ingatkan tak jadi dah nak berpiknik aritu sbb cuaca nampak macam nak hujan.bukan macam, tapi memang hujan pun..tapi semangat nak berpiknik kami lagi tinggi..mane tak nye, sepupu2 nana ni dh siapkan macam2 makanan..ade nasi goreng cina, ayam berbeque, sosej, keropok goreng, kebab (kawan sepupu yang bawak)..siap bawak barbeque set tu..best sangat!

Nana tak mandi pun, duk main2 air ngan kaki je lepaskan geram tengok air yang best tu..tapi sangatttt lah sejuk, sebab tu takleh mandi..isau plak krem balik nanti..hehehe encik suami pun tak mandi, dia duk sibuk jadi kameraman je sbb dia demam..so tak mandi jgk..hehehe

hehhe gambar pertama snap!

sedang setting tempat rehat

uishhh sedapnye kebab nii

muka tak sabor nk mkn hhihihih

rajin intan melayan bebudak ni
 
tengok aksi suap menyuap kikiki terambil plak gambar ni

makan time!!

saya dh ready nak mandi ni, jom mandi!!

K.A.M.I 

kesian bdk kecik ni, menggigil² kesejukan..

saya cuma menjadi 'ratu batu' duk atas batu.hihihi

cuba tengok proses susun batu

tak dapat mandi main² camni jela..hehe

tempat 'jatuh' lagi dikenang ye...

So, kepada korang yang tak tau mana nak pegi time cuti boleh la gi piknik bawak keluarga..memang best sangat3 gi mandi manda musim2 panas di samping mengeratkan hubungan kekeluargaan. tapi mandi pun mandi jugak, keselamatan kena jaga :)

Jom Like di FB Page Sakurashawl.Com :)

Saturday, January 21, 2012

Tempahan Mekap Dibuka

Assalamualaikum w.r.b.t..

Tempahan Mekap dari Sentuhan Hyna Razak dibuka, boleh hubungi nana 013-3750227 dan email hynarazak@gmail.com untuk tempahan.

Model Butik Get Gorgeous : Event Cantik D' Hati, Bangi Golf Resort

Model Rina Salleh : Event Reflection 2012, Publika Solaris Dutamas

Norlela : Dinner Makeup, Kuala Lumpur

Nur Anim : Dinner Makeup, Kuala Lumpur

Farazila: Outing Makeup

Wan Maziah: Dinner Makeup 

Everlynn Skincare Products, Kuala Lumpur Dealer

Assalamualaikum...w.r.b.t..

Sebelum ni nana dh penah post pasal produk yang semakin mendapat perhatian ramai ni :) kalo nak tengok leh singgah sini dan juga sini. Produk ni sangat best dan memberikan kesan yang amat memberansangkan! Dah ramai yang cuba dan ramai jugak yang dh jadi pengguna tetap dengan menggunakan set skincare dan juga termasuk serum & mask. Kesannya, akan menjadikan kulit kelihatan lebih muda, gebu, menyelesaikan pelbagai masalah kulit termasuk jerawat, jeragat, kulit kering, dll.

Everlynn Skincare Set (pencuci, toner, krim siang & krim malam)

Serum series ( collagen, purifying, oxygenating) 

Collagen mask 

jom, order sekarang..testimoni dengan penggunaan sendiri produk ni,kulit menjadi licin dan semakin bersih dan gebu :)


Nana dh jadi dealer bagi produk2 ni sejak November 2011. Ada beberapa lagi produk yang nana tak upload, kalau nak tau lanjut, leh tengok di Fb Page Everlynn Skincare Dealer Kuala Lumpur. Untuk order boleh sms nana 013-3750227 :)

Jom Like Page Everlynn Skincare & Sakurashawl.Com :)

Friday, January 20, 2012

Segmen : Jom Tambah Follower

Assalamualaikum w.r.b.t.. dan salam pagi minggu korang semua! :)



Harini bangun awal sikit, walopun suami tak keje tapi tetap kena bangun awal sebab program harini nak pegi ke rumah sepupu yang buat majlis tahlil & house warming..so kena la bangun awal kan nk siapkan rumah dan jugak siapkan diri..hamboi bajet nak siap lelame la tu :P hehehe

So, tanpa melengahkan masa terus bukak pc jugak pepagi memandangkan mata sangatlah tidak mengantok dan terus melayan blog² dan terjumpa satu segmen yang dah lame sangat nana tak join. Apalagi, terus buat entri memandangkan sudah beberapa hari tak buat entri..

Senang je nk join segmen ni, korang kena ikut ape yang nana buat:

  • First korang kena la follow blog Haris Kaito
  • 2nd, kena buat 1 entri bertajuk Jom Tambah Follower
  • 3rd copy banner kt atas pastu letakkan kt dalam entri macam nana buat ni :)
  • yang wajib jugak mestila kena letak link segmen ni dari blog Haris Kaito http://hariskaito.blogspot.com/2012/01/segmen-jom-tambah-follower.html
  • tak perlu tag sesape! hehe lagi la senang
  • pastu link kan entri korang ni ke segmen Haris Kaito tu..

Senang kan!! So apa tunggu lagi , jom cepat join sebelum tuan tanah tutup segmen ni..hhehe

Jom Like FB Page Sakurashawl.Com :)

Tuesday, January 17, 2012

Free Makeover Makeup, Ada Sesape Nak Tak?

Assalamualaikum w.r.b.t...

Dear All..pagi ni rasa nak post pasal mekap la...tapi short post je...

Ada sesiapa yang nak buat free makeover mekap tak?

Tapi, just for those yang boleh datang kt rumah nana di KL ni during office hour sebab nana takde transport nak gerak sendiri :)

So, kepada yang berminat boleh emailkan nana ke alamat email hynarazak@gmail.com dengan tajuk 'Saya nak free makeover' beserta gambar dan details lain ( nama, alamat, no fon, blog address) .pastu tinggalkan komen kat post ni yg kamu ada hantar email kt nana ye :)

hik tetiba letak gambar sendiri..ape kes? :P

Jom Like di FB Page Sakurashawl.Com :)




Monday, January 16, 2012

Sponsored GA : Siapa Nak Bisnes Kad Percuma??

Assalamualaikum w.r.b.t...

Malam tadi duk discuss² ngan husband nak buat projek apa skarang, pastu dia keluar dengan idea nak buat Give Away (GA). Then nana suggest buatkan bisnes kad memandangkan nana pun baru dapat bisnes kad dari Mosumart Design kan..cantik sangat!

contoh : double sided business card...designed by Mosumart Design


So, harini nana buatkan GA on behalf of Mosumart Design atau dalam erti kata lain sponsored by Mosumart Design yang baik hati :) hehehe...

Mungkin ramai para blogger atau businesswoman + businessman yang tak tau nak buat bisnes kad kt mane dan macam mana designnye.Kali ni Mosumart Design akan designkan kad + print dan hantar terus kepada anda!! Terbaekkk!

So, terma dan syaratnya hanya dengan 3 langkah yang sangat mudah!

1. Sila Like FB Page Mosumart Design & Sakurashawl.Com i pun mestila nak jugak :P hehe

2. Follow blog Mosumart Design

3. Mosumart Design akan postkan status mengenai GA ini di FB page nya, so anda kena Like di post tersebut dan tinggalkan komen yang berupa slogan:
    
"Saya mahu bisnes kad dari Mosumart Design kerana....(tidak melebihi 20 patah perkataan)"

Slogan paling kreatif akan dipilih sebagai pemenang.

Tarikh tutup penyertaan adalah pada pukul 12.00 tengah malam pada malam ini..so hanya buka selama 12 jam sahaja ye..siapa cepat dengan slogan paling kreatif dia akan dapat!!

Para pemenang akan diumukan selepas jam 12.00 malam oleh Mosumart Design :)

Sekian terima, kasih.

Sunday, January 15, 2012

Mekap Model Rina Salleh bagi Event Reflection di Publika, Solaris Dutamas

Assalamualaikum w.r.b.t..

Belum lagi hilang penat mekap untuk event semalam, dah kena gi mekap lagi harini. Walau bagaimanapun saya suka kerja saya ini sebab ini minat saya :) keluarga dan kawan² saya menyokong akan apa yang saya buat ~~chewah!hehehe

Event Reflection merupakan program pertunjukan fesyen daripada para fashin designer dari dalam negara yang kini sedang meningkat naik..di antaranya ialah Old Blossom Box Store dan Rina Salleh Collection dan ade banyak lagi tapi nana tak ingat..

 
Tanpa di pinta, eh salah..tanpa melengahkan masa lagi, jom kita layan gambar² yang best di bawah ini :)

barisan MUA dari Tya Adnan Makeup Team

Posing dulu sebelum start keroje..hehehe

Bersama Rina Salleh,yang di mekapkan oleh Tya Adnan (Rina requested for a simpple makeup)

 Siapa tak kenal Fashion Designer dari Old Blossom Box Store

Blogger famous, Amoi Heaxa yang juga dimekapkan oleh salah seorang MUA Tya Adnan Makeup Team

Maria Elena yang menjadi emcee bagi program petang tu, nasib baik dia kenal nana lagi..bila panggil nak amik gambar je terus dia tanye "haaa akakkk! akak dah kawen belom?" (hehe sebab masa ade event ngan dia aritu time tu masih tunangan orang) terus tunjuk inai kat jari & cakap "baru je dua bulan" hehe bangga je kejap :P congrats Maria on your engagement :) jangan lupa jemput nanti kawen tau hehe

so, tengok la hasil kerja tangan nana pada harini ye..tak sempat nak bergambar ngan model.huhu 

 Kepada yang inginkan servis mekap dari nana boleh hubungi nana= 013-3750227 ye :) thanks uols..

Jom Like FB Page Sakurashawl.Com & Follow blog ni ye :)

Saturday, January 14, 2012

Mekap Model Bagi Event Cantik D' Hati, Butik Get Gorgeous

Assalamualaikum..w.r.b.t..

Penat yang menyeronokkan! pinjam ayat geng mekap jap..hehe harini nana bersama Tya Adnan Makeup Team ade job di Bangi Golf Resort untuk mekapkan model² dari butik Get Gorgeous bagi event Cinta D' Hati iaitu pelancaran buku dan juga peragaan pakaian terbaru daripada butik tersebut.

Takmo cite panjang, jom layan gambar :)

banner Event Cantik D' Hati

yang paling mahal tu yg ada anak panah tu..hehe

tshirt also designed by Mosumart Design Enterprise

barisan jurumekap dari Tya Adnan Makeup Team

saya yang sedang memekapkan model : tema pada hari tu ialah nude makeup yang mana 
tak perlukan mekap yang tebal atau warna yang terang sangat sebab model memperagakan
busana muslimah :)

sempat jugak pose time tengah mekap, termasuk Nurul yang kat belakang tu..hehe

modela nana : sebelum & selepas makeup

barisan jurumekap & model² setelah dimekap

saya bersama Misz Xora yang superb! suka sangat tengok dia :)

si kembar yang cantik...!

model yang sangat cantik! 

time kami la pulak nak berposing

cheese!! senyum je bila dh lepas mekap...

last but not least, me with my model :)

Kepada yang ingin menjemput Tya Adnan Makeup Team atau ingin menjemput saya individually untuk mekap boleh la hubungi nana di nombor 013-3750227. Boleh singgah di Facebook saya jugak ye iaitu Hyna Razak.

Jom Like di Page Sakurashawl.Com dan Follow blog ni ye :)




 
Copyright © Sakura Shawl |Design by Whitey Mommy