Monday, December 31, 2012

Produk Chahaya Beauty Aura a.k.a Chahaya Whitening, Menyelesaikan Masalah Kulit seperti jerawat, jeragat, kulit kusam, berminyak dan lain- lain.

Assalamualaikum w.r.b.t...

Harini terpanggil untuk buat post mengenai 1 produk yang semakin dikenali ramai dan bakal mendapat tempat di pasaran tidak lama lagi.



Chahaya Chahaya Beauty Aura a.k.a Chahaya Whitening (CW) ini , produk keluaran turun temurun keluarga yang berasal dari Kota Bharu yang mana pengasas produk ini telah menggunakannya selama 12 tahun. Produk ini telah mendapat kelulusan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan dalam proses pendaftaran untuk mendapat tempat di pasaran dan tidak lama lagi insyaAllah akan keluar iklan di majalah mengenai produk ini.

Nana sendiri telah menggunakan produk ini lebih dari 1 tahun dan amat berpuas hati dengan CW. Sebelum ini, muka nana penuh dengan jerawat-jerawat halus, kulit berminyak secara berlebihan dan kulit juga kelihatan kusam. Tidak sampai sebulan penggunan CW, perubahan telah nampak pada kulit nana.Perubahan ketara dapat dilihat dan ramai kawan-kawan yang tegur tentang perubahan kulit nana dan ada yang mengikut sama menggunakan produk ini dan nyata ia juga memberikan perubahan yang positif. 
Selain masalah di atas, CW juga mampu memulihkan kesan jeragat dan kandungan produk CW ini terdiri daripada herba dan buah-buahan citrus.

Produk ni ada 3 barang (1 set) dan digunakan mengikut turutan seperti di bawah iaitu:

1.   Sabun (Facial bar)
2.    Penyegar (Toner)
3.    Pelembap (Moisturizer)

Seeloknya gunakan produk ini dua kali sehari iaitu pagi dan malam sebelum tidur. Cara penggunaan adalah seperti di bawah:

1. Basuh muka anda terlebih dahulu dengan air.Setelah itu, ambil Facial bar dan gosok di tapak tangan anda sehinggalah anda mendapat buih yang pekat darinya. Kemudian letakkan buih yang anda dapat dari Facial bar ini ke muka anda. Ratakan ke seluruh bahagian muka, terutama bahagian yang bermasalah seperti jerawat, jeragat, dan sebagainya.
2. Setelah itu bersihkan wajah anda dengan air bersih. Lap sehingga kering.
3. Sapukan toner ke muka anda menggunakan kapas muka sehingga ke leher.
4. Sapukan nipis-nipis menggunakan kapas muka. Sapukan 1 kali sehari waktu pagi sahaja.
5. Sapukan cream mouisteriser ke muka anda perlahan-lahan sehingga rata.Dinasihat sapu juga ke leher supaya tone warna kulit adalah sama dengan wajah anda.
6. Disyorkan untuk anda menggunakan produk ini 2 kali sehari (toner 1 kali sahaja/pagi) (pagi dan petang / malam) untuk mendapatkan hasil yang maksimum ke atas kulit wajah anda.



Kesannya??? – kawan2 nana tanya kesan penggunaan produk ni...bergantung kepada kulit individu, mungkin akan ada pengelupasan kecil dan mungkin tiada pengelupasan. Nana pakai ade sedikit pengelupasan halus, tak nampak sangat.Kalau diperhatikan dari dekat je baru nampak. Tapi kawan nana pakai takde pengelupasan. Tapi keduanya membawa kepada kesan positif iaitu:

-      Mengurangkan jerawat
-      Mengecilkan liang pori
-      Mengurangkan bintik hitam dan bintik putih
-      Menghaluskan struktur kulit
-      Kulit akan jadi licin halus / flawless dan berkilat cantik

Kesan-kesan di atas ni bukan rekaan semata-mata, tapi dialami oleh nana sendiri lepas penggunaan CW. Kesan-kesan juga bergantung pada jenis kulit dan penggunaan produk ini sendiri. Pemakaian secara konsisten dan mengikut aturan akan memberikan kesan yang baik. Penggunaan 1 set CW mampu bertahan selama 1-2 bulan bergantung kekerapan dan cara penggunaan produk ini sendiri.

Kesan Selepas Penggunaan:
Kesan dan tindak balas berikut mungkin berlaku ke atas anda. Itu adalah perkara biasa yang mana jika ada kesan dan tindak balas maka itu bermakna produk yang anda gunakan benar-benar memberi kesan. 

1. Kulit menjadi kering
Lapisan kulit mati akan terbentuk hasil dari pembentukan dan penghasilan sel baru. Ini akan membawa kepada lapisan tersebut tertanggal. Untuk mengurangkan masalah ini, gunakanlah cream mouisterier lebih.
2. Kulit menggelupas
Kulit baru terbentuk dan ini menyebabkan kulit lama yang telah mati akan mula tertanggal. Kebiasaannya dapat diperhatikan kepada jenis kulit biasa dan kering. Kemungkinan juga akan memakan masa yang lebih, bergantung kepada kulit individu. Teruskan penggunaan.
3. Tumbuh Jerawat (jarang-jarang berlaku)
Itu adalah salah satu proses "detox" atau menyah toksin. Jerawat akan hilang dalam masa singkat, walaubagaimanapun bergantung kepada kulit individu

Seeloknya anda menggunakan produk dengan cara yang betul dan berterusan, seperti mana yang telah diterangkan di atas. Ini akan memberikan hasil yang maksimum kepada kulit anda. Jangan gunakan produk lain sekiranya menggunakan produk ini, kerana ia boleh mengganggu proses rawatan yang dijalankan.



Boleh tengok gambar nana sebelum dan selepas penggunaan CW.nanti nana akan uploadkan gambar kawan2 nana yg pakai CW ni jugak..

Sebelum penggunaan CW, boleh nampak jerawat2 kecil dan juga kulit agak kusam dan kering.

Selepas penggunaan CW, boleh nampak beza yang ketara. Kulit nampak makin halus dan jerawat sudah tiada. Kulit juga nampak licin sekata, keluar rumah tanpa mekap atau bedak pun still ok. 

Berapa Harga??
1 set Chahaya Whitening=RM85.00

Untuk pembelian berasingan:-
Sabun (40 gram) RM20.00, Toner (60 ml) RM30.00 & Cream (5 gram) RM35.00

Kos Penghantaran bagi Semenanjung Malaysia ialah sebanyak RM6, manakala bagi Sabah / Sarawak adalah RM8. Jadi bagi harga di atas, sila tambahkan dengan kos penghantaran.

Untuk makluman dan perhatian pada yang ingin mencuba, produk CW ini sesuai untuk semua jenis kulit  bermasalah kecuali untuk mereka yang berjerawat kronik/ mempunyai masalah kulit sensitif/alahan  serta berpenyakit tidak disyorkan menggunakan produk ini.
Sebelum mencuba, anda semua dikehendaki membaca semua maklumat berkenaan produk ini terlebih dahulu bagi mengelakkan keraguan atau masalah yg timbul di kemudian hari J

Bagi yang ingin memcuba bolehlah membuat pembayaran ke akaun seperti butiran di bawah:

Nama : Wan Norhaina bt Wan Ab. Razak
Bank : Maybank
No. Akaun : 164294286566
Email : hynarazak@gmail.com
No. Telefon : 013-3750227

atau

Nama : Mohd Supian Mustapa
Bank : CIMB
No. Akaun : 14740003789205
Email : hynarazak@gmail.com
No. Telefon : 013-3750227

Setelah pembayaran dibuat, sila sms ke no. nana 013-3750227 dan maklumkan jumlah pembayaran, tarikh dan masa pembayaran dibuat serta berikan nama penuh dan alamat untuk penghantaran produk CW ini dibuat. Sekiranya menggunakan perkhidmatan Maybank2u atau CIMB Clicks, sila masukkan alamat email yang diberikan di atas. 

Sebarang pertanyaan boleh hubungi nana di alamat email hynarazak@gmail.com atau no.fon 013-3750227.


Untuk pengetahuan, owner produk ni iaitu Lina (boleh singgah di <> untuk ke blog Lina) telah menggunakan produk ni.Kulit Lina memang cantik sangat,walaupun sudah mempunyai 2 baby kembar tapi tetap cantik. Bagi yang nak tengok testimonial yang lagi banyak boleh jugak singgah di blog Lina sebab Lina dah lama jual produk ni, so dah ramai yang hantar testimonial kt Lina. :)


Untuk melihat lagi testimoni yang lain, boleh juga layari testimonial dari Chahaya Whitening Eila di Facebook atau di link ini.


So, kepada yang tinggal di Kuala Lumpur boleh sms nana= 013-3750227  jugak untuk order produk ni samada nk COD atau pos pun boleh.
<< COD: Masjid Wilayah, Jalan Duta, Jalan Kuching, memane je kt KL insyaAllah>> 

Wednesday, December 26, 2012

Promosi YES Produk Chahaya Beauty

Assalamualaikum w.r.b.t..

Hari ni nana nak umumkan yang produk Chahaya Beauty telah mengadakan jualan akhir tahun (Year End Sale) YES sehingga  Disember ini. 

Sebanyak 10% diskaun diberikan ke atas pembelian produk Chahaya Beauty samada Chahaya Beauty Aura atau Chahaya Beauty Amaze, Vitamin C Chahaya Beauty, ata u Body Scrub. Kos pos juga diberikan percuma sempena YES ini. Seperti contoh harga bagi set Chahaya Beauty Aura ialah RM85 (tidak termasuk pos) dan setelah diskaun sebanyak 10% harganya menjunam ke RM76.50 dan free postage! 

Di bawah adalah beberapa gambar testimoni dari pengguna produk Chahaya Beauty Aura. Untuk dapatkan produk ni boleh hubungi Nana di 013-3750227 atau Like di Page Chahaya Beauty Dealer Kuala Lumpur.




Monday, November 26, 2012

Mekap Pertunangan Azlien

Salam semua...

Maaf sangat sebab nana dah lame tak update blog. Petang ni nana terpanggil untuk update gambar mekap untuk majlis pertunangan salah seorang client iaitu Azlien di Bandar Kota Damansara. Thanks dear Azlien sebab sudi hire knana as MUA untuk mekapkan Lien di hari pertunangan.

Jemput layan la gambar² kt bawah ni ye. By the way, tempahan mekap untuk pelbagai majlis bagi tahun depan iaitu 2013 telah dibuka ye. Setakat ni untuk bulan Feb, Mac, April, Jun dan November 2013 dah ade tempahan. So kepada yang nak merasa Sentuhan Hyna Razak leh cepat² book ye. Dimaklumkan bahawa deposit diperlukan untuk book date tu ye, harap semua faham sebab nana penah book date utk client pastu last minute di cancelkan..macam unfair la pada nana kan sebab sepatutnye boleh diisi dengan job untuk orang lain. 







Jom singgah di page nana, Sentuhan Hyna Razak untuk lihat lebih lagi hasil mekap nana untuk pelbagai majlis seperti pertunangan | pernihakan | persandingan | dinner | photoshoot | kelas mekap | dan lain². Untuk tempahan nana leh hubungi nana direct samada call atau sms atau whatsapp di 013-3750227.

Monday, October 15, 2012

Gambar Peserta Kelas Mekap Yang Lepas

Assalamualaikum w.r.b.t..

Seperti yang nana annouce sebelum ni yang kelas mekap akan diadakan pada 13 dan 14hb Oktober. Alhamdulillah kelas telah berjalan dengan lancar dan semua students sangat berpuas hati dengan kelas yang kami adakan. InsyaAllah nanti akan buat lagi untuk advance class dan jugak bridal class. Kepada yang nak buat group sendiri pun boleh, boleh kumpulkan seramai 5 orang atau minimum 3 orang dan boleh hubungi nana sendiri 013-3750227 untuk kelas.

Di bawah ni nana masukkan gambar peserta kelas mekap tu ye, diharap semua akan rajin² praktis mekap pasni :)

Peserta kelas 13hb Oktober 2012

Peserta kelas 14hb Oktober 2012 

Nana (tengah), Cik Qu (kanan) dan model kelas 14hb Oktober 2012 Annyss Amyra 

Kepada yang berminat nak join kelas boleh Like di FB Page Nana, Sentuhan Hyna Razak dan Nana akan buat pengumuman kelas kat page tu nanti ye.

Monday, October 8, 2012

Slim dengan Alpha Lipid SD2

Assalamualaikum w.r.b.t..

Rasanya dah ramai yang pernah dengar mengenai produk yang sangat bagus keluaran syarikat New Image ini iaitu Alpha Lipid Slim Diet2. Nana nak fokuskan mengenai produk Slim Diet (SD2) ini kerana ia merupakan salah satu produk yang sedang mendapat sambutan yang sangat menggalakkan. Nak tau kenapa??

Ramai orang yang nak diet tapi taknak berlapar, ramai yang nak diet tapi taknak keluar duit banyak sangat, dan ramai yang nak diet @ kuruskan badan dengan cepat. Alpha Lipid SD2 ade semua tu.. bila menggunakan produk Alpha Lipid SD2, korang tak perlu berlapar sebab salah satu syarat bila gunakan produk ni ialah korang kena makan dan minum (kena bnyk minum air)..sebab kalo korang tak makan dan tak minum, produk ni tak boleh nak bertindak balas.Cuma korang kena kurangkan pengambilan karbohidrat dan lebihkan ambil protein, bukan tak mkn terus ye :)

Kalo kita pegi ke slimming centre, mungkin kena keluarkan duit beribu² kot, mungkin ada jugak yang tak mampu nak keluarkan duit sebanyak tu kan.. dengan Alpha Lipid SD2, korang cuma perlu keluarkan RM180 iaitu harga untuk 1 tin yang mana ianya adalah untuk pengambilan selama 1 minggu sahaja tetapi untuk weight loss sebanyak 3-5kg! Bayangkan dalam seminggu boleh kurang banyak tu..banyak la tu kan? ingat senang nak turunkan berat badan tanpa berlapar? Nak tau lebih lanjut boleh singgah di FB nana kat sini, ade banyak lagi gambar testimoni² pengguna yang dah berpuas hati dengan produk Alpha Lipid SD2 ni..

Kepada yang berminat nak jana income pun boleh, untuk keahlian cuma byr RM60 sahaja! Korang boleh dapat untung runcit yang mana harga ahli untuk 1 tin cuma RM150 dan ada banyak lagi kelebihan lain. Yang berminat nak pegi seminar Alpha Lipid SD2 pun boleh. Hubungi nana 013-3750227.










Thursday, September 20, 2012

Kelas Mekap, Siapa Nak Join?

Assalamualaikum..w.r.b.t..

Kepada yang berminat nak join kelas mekap yang basic, untuk tujuan pegi keje, untuk keluar seharian, boleh join kelas mekap. Nana nak anjurkan kelas mekap yang mana pengajarnya merupakan seorang jurumekap yang amat berbakat iaitu Cik Qu D'touch. Yuran cuma RM50 sahaja, murah kan! sebab ni first time nana buat kelas untuk ramai² so nk promosi la dulu untuk tengok ade yang berminat ke tak.

Butiran seperti kat bawah ni ye:

Tarikh : 13hb (Sabtu) dan 14hb Oktober (Ahad) 2012 *pilih salah satu tarikh
Yuran : RM50 sahaja
Masa : 10 pagi - 5 petang
Tempat : Gombak **tempat akan di sms atau pm di fb
Sijil akan diberikan kepada setiap peserta.


Para peserta tak perlu bawak apa², cuma perlu bawak diri je. Makan tengahari juga kami akan sediakan. Ha, best tak?? Rugi tau kalo tak join. Tempat adalah terhad , setiap kelas kami cuma amik 10 orang peserta sahaja. So korang boleh pilih samada nak join pada 13hb atau 14hb tu ye.


Camane cara nak join? Senang je, boleh hubungi nana sendiri Hyna Razak di Fb, atau FB Page Sentuhan Hyna Razak, atau boleh juga call / sms / whatsapp di no 013-3750227.


Monday, September 3, 2012

Mekapkan Heliza Helmi di Ulangtahun Butik Get Gorgeous

Assalamualaikum w.r.b.t..

Alhamdulillah akhirnya berjaya dikuatkan jugak hati ini untuk hapdet blog yang dah lama sangat bersawang ni..huhuhu dalam last post nana ada janji untuk upload gambar Heliza Helmi yang nana mekapkan time event Butik Get Gorgeous dan jugak pelancaran baju Heliza Helmi jugak oleh Butik GetGo :)

So, layan gambar2 kat bawah ni ye, kalau nak tengok banyak lagi gambar hasil Sentuhan Hyna Razak boleh singgah sekejap dan LIKE kat FB page nana kat sini ye..








Saturday, July 14, 2012

Tips Mekap Dari Nana

Assalamualaikum w.r.b.t..

Selamat malam semua..tetiba je arini nana rasa nak bagi makeup tips, takdela banyak sangat. Tips yang sangat simple yang mungkin ramai yang tak tau dan tak pernah nak amik tau :)

Pernah tak korang pakai eyeshadow time nak kuar umah pagi, pastu tak sampai petang atau kadang tu bila tengahari je eyeshadow tu dah hilang?? Haaa..kalo korang nak tau, nana penah  la alami benda ni..korang pun msti ade yang penah kan? kan? kan?...masa memula pakai tu punya la cantik kaler nampak terang. bila dh tengahari je dah tak bape nampak kaler eyeshadow tu..

Cara untuk nak kekalkan eyeshadow kt kelopak mata kita tu ialah kita kena pakai 'Eyeshadow Base/ Eye Primer' atau dalam Bahasa Melayunya, 'Asas Pembayang Mata',...fungsi pakai eyeshadow base ni ialah untuk kekalkan eyeshadow yang kita pakai tu..texture eyeshadow ni agak pekat dan itu yang buatkan ia boleh 'pegang' eyeshadow yang kita pakai tu sepanjang hari :)

Haa? tak tau mana nak dapatkan eyeshadow base ni?? banyakk jual kt luar tu dear..yang paling senang nak cari atau brand yang mungkin semua orang tau ialah Elianto, dan ianya jugak murah..nana pun pakai ni utk diri sendiri..memang puas ati! :) brand2 lain pun ada jugak, contoh nya Nyx, Urban Decay, Revlon, MAC dan lain-lain lagi..

Eye Primer- Elianto

Cara nak pakai senang je..sebelum pakai eyeshadow, kita sapu eyeshadow base ni kt kelopak mata..nana lagi selesa gunakan jari, cepat dan rata...lepas tu kita pakai la eyeshadow mcm biase! senang je kan? :) 

So, itu jela tips yang sangat simple yang nana nak share untuk harini..until we meet again, jaga diri dan hiasi peribadi..wassalam..

Thursday, July 12, 2012

Mekap Heliza Helmi & Model Butik Get Gorgeous

Assalamualaikum..w.r.b.t..

Hai everyone..skarang ni alhamdulillah job untuk mekap nana makin bertambah dan ini menunjukkan orang makin yakin dengan hasil Sentuhan Hyna Razak..alhamdulillah..ni semua berkat kepercayaan keluarga, suami dan kawan-kawan nana..thanks korangs.. :)

Last week, 7 Julai 2012 sekali lagi kami dijemput oleh Butik Get Gorgeous untuk mekapkan model-model bagi majlis Ulangtahun Ke-5 Butik Get Gorgeous dan Pelancaran Koleksi Heliza Helmi by Get Gorgeous..masa dapat jemputan tu nana teruja sangat-sangat sebab dapat jumpa dengan Heliza Helmi, minat sangat-sangat kat dia sebab dia teramatlah cantik dan sangatlah sopan..lagi best bila nana berpeluang untuk mekapkan Heliza..ya Allah, malam sebelum hari kejadian tu nana tak tido lena, duk pikir camane la masa mekap Heliza nanti..huhu

MUA yang dapat join untuk event tu cuma 3 orang je iaitu nana sendiri, Iqa dan Athin..model plak ade 9 orang..so sorang MUA akan mekap 3 orang model..cuma nana kena mekap 4 orang sebab termasuk Heliza sendiri..dan nana jugak mekapkan adik Heliza yang jugak akan perform dengan Heliza time event tu..so total nana mekap 5 orang haritu..sakit pinggang den..hehe :)

so layan la gambar2 kat bawah ni ye...

1st,mekapkan Iena Mansor



Iena Mansor ni ade kembar,Ida Mansor (mekap oleh Athin Aisya)


2nd,mekapkan model tinggi lampai, Wardina

Mata dia macam mata Neelofa, cantik! 



3rd, 'kembar' Emelda Rosnaida iaitu Hilany Hidzir @ Nani yang cantik



Macam anak patung Nani ni,cantik sangat



Errr gambar Heliza mane pulak?? hehe rasenya macam taknak taknak upload lagi la..next post nanti nana masukkan gambar Heliza yeeee..jangan mareee :)

Sunday, July 8, 2012

Mekapkan Blogger Yuyu Zulaikha dan Nurul Ain

Assalamualaikum..w.r.b.t.

Alhamdulillah, hari Khamis bebaru ni nana dapat dua jemputan untuk mekapkan dua blogger pemes yang cantik dan comel lagi dikenali ramai iaitu Nurul Ain dan juga Yuyu Zulaikha..petang selepas nana selesai bertugas di booth Everlynn di Putrajaya, dapat whatsapp msj dari kesayangan nana iaitu Nurul Ain...dia tanya nana free tak esok sebab nak mintak mekapkan untuk magazine photoshoot..dia dapat panggilan last minute dari majalah bagi edisi raya nanti. So kena la mekap betul2 untuk shoot masuk magazine kan :)

Then malam tu nana tido awal sbb penat dh seharian di Putrajaya, then dalam tido2 tu ade dengar bunyi handphone tapi encik suami yang tolong pickup..kemudian nana pun bangunla, dalam tengah mamai2 tu dengarla suara yang amat comel di corong handfon tu..dia cakap nama dia Yuyu Zulaikha! terkejut jugakla masa tu, rasa macam mimpi pun ada..Yuyu pun nak mintak tolong mekapkan dia jugak esok untuk magazine photoshoot..rupanya dua2 orang ni shoot untuk magazine yang sama cuma sorang di sesi pagi dan lagi sorang di sesi petang..hehe dah tak lena tido dah lepas tu sebab nak mekapkan dua blogger yg pemes kan..hehee

So, sini nana nak share few pics yang sempat nana amik aritu ye :) 

Nurul Ain yang cantik sangat :D





Rina Salleh pun salah seorang blogger yang ada dalam sesi photoshoot aritu


Comel kan Yuyu ni, sangat ramah dan mudah mesra orangnye..seharian temankan Yuyu pegi photoshoot rasenya tak abes lagi borak ngan Yuyu, hopefully dapat jumpa Yuyu lagi

Jom Like Page Sentuhan Hyna Razak dan Sakurashawl

 
Copyright © Sakura Shawl |Design by Whitey Mommy