Assalamualaikum...w.r.b.t....
Mungkin ramai yang dah tau pasal produk Chahaya Beauty Aura a.k.a Chahaya Whitening (CW) ni dan mungkin jugak ramai lagi yang tak tau pasal produk ni...
Nana nak ceritakan pengalaman nana sendiri pakai produk ni. Nana takdela lama sangat, tapi ade la dalam 2 tahun dah pakai CW ni, macam mana hati boleh terbukak nak pakai CW ni? Hmmm...dulu kulit teruk jugak, bukannye jerawat besar...jerawat kecik2 je merah2,tapi penuh kat muka..especially kat bahagian anak rambut mungkin sebab berpeluh kan..plus kulit nana kusam dan berminyak kat zon T..
Dulu masa memula kulit naik jerawat penuh kat muka, risau jugak sampaikan abah sendiri yang bawak nana pegi buat facial kt kedai..dan macam2 produk nana dh guna...ade sesetengah tu memula pakai ok, pastu tak lame pakai, kulit jadi macam asal balik....
Nak dijadikan cerita, time tu dah tak tahan sangat dan tak tau macam mana nak buat lagi...time tengah2 layan blog, tetiba terjumpa la blog Lyna (owner produk ni) dia ada ceritakan pasal produk CW ni. Malas nak pikir panjang lagi sebab rasenye tak rugi nana cuba since Lyna ni dh bgtau yang produk ni takde kesan sampingan plus bahan2 yang digunakan berasaskan dari buah2an...
Masa memula pakai agak goyah jugak la sebab kulit menggelupas, tak teruk sanagt pun cuma gelupas halus je..pastu tanye kt Lyna then dia ckp memang akan alami pengelupasan untuk tujuan membuang sel kulit mati,bergantung pada tahap kulit masing2...plus bila pakai toner tu agak pedih sikit kulit..yela,maunye tak pedih, kulit menggelupas pastu pakai toner tu so pedih la sikit..hhehe
Bila dh agak lama dalam sebulan dua camtu, kulit dh recover balik...pengelupasan dh habis..dah nampak perubahan...kulit makin cerah dan bercahaya..wah! bukan nak promo lebih ek,tapi hakikat..ramai yang tegur..makin lama makin suke ngan produk ni...dulu terpikuir nak pakai kejap je setakat nak bg kulit ok pastu nk tukar produk lain...tapi bila pk logik, kalo kulit dh sesuai pakai produk ni, kenapa nak bertukar ke produk lain?! :) that's why nana teruskan jugak pakai produk ni..
Lama kelamaan nana makin yakin dengan produk CW ni lebih2 lagi bila dah dapat kelulusan dari Kementerian Kesihatan Malaysia, bermaksud kandungan di dalam produk ni adalah selamat digunakan. So , nana tanpa pk panjang lagi terus jadi dealer dengan produk ni..
Kepada yang berminat nak mencuba atau mengetahui lebih lanjut, boleh tengok kat first post dalam blog nana ni ade ceritakan lebih detail pasal produk CW ni. Boleh sms nana= 013-3750227 untuk tempahan. Bagi yang tinggal sekitar Kuala Lumpur boleh sms nana untuk cash on delivery (COD) di area Jalan Kuching, Jalan Duta, Masjid Wilayah atau memane sekitar KL, boleh sms nana ye.
Set CW (sabun + toner + krim )
Gambar sebelum penggunaan CW, boleh nampak jerawat2 halus kt muka especially kat bahagian pipi tu, plus bnyk parut jerawat...tp tak bape nampak dengan jelas.cuma yang nampak kulit kusam.
Gambar terkini, baru amik last week time anta mama balik kampung... :) kulit dah takde jerawat (bukan takde langsung ok, time PMS tu ade la jugak kadang2 naik sebijik dua, being honest ok :) ) warna kulit pun dh sekata plus bercahaya dan makin cerah..
gambar last week jugak
SMS NANA=013-3750227 UNTUK TEMPAHAN SEKARANG, AREA KUALA LUMPUR BOLEH COD (JALAN KUCHING, JALAN DUTA, MASJID WILAYAH ETC)
1 comments:
prada outlet
oakley canada
true religion outlet
new york jets
hollister uk
michael kors factory store
los angeles lakers
swarovski outlet
winter jackets
mbt shoes outlet
coach outlet store
san antonio spurs
nike free uk
los angeles clippers
instyler ionic styler
michael kors outlet online
michael kors handbags
ugg boots uk
lululemon pants
michael kors outlet
mm1119
Post a Comment