Saturday, July 16, 2011

Majlis Pernikahan Farah AF2 dan Johan di atas cruise, Putrajaya pada hari Jumaat 15 Julai 2011

Assalamualaikum...w.r.b.t...

Pagi tadi tengok rancangan Nasi Lemak Kopi O ada tunjukkan majlis pernikahan Farah AF2 yang selamat dinikahkan dengan pasangannya Johan di atas cruise di Putrajaya. Seronoknya tengok majlis tu, tak pernah lagi tengok ada orang nikah kat atas cruise. Lagipun Farah memang orang Putrajaya, so tak salah la kalau majlis pernikahannya dilangsungkan kat cruise tu. Unik dan cantik! Diserikan lagi bunga-bungaan yang cantik dihiasi di dalam cruise, pasangan selamat diijab kabulkan hanya dengan sekali lafaz.

Jom layan gambar- gambar Farah yang cantik :)



Cantik kan farah? Berkenan kat tudung yang Fara pakai tu..sweet dan cantik.


Alhamdulillah, selamat diijabkabulkan...ramai sangat kameraman yg duk amik gamba. Bunga yang kat belakang tu cantik kan.



Menyerahkan mas kahwin yang bernilai RM2500 tunai! kalau tak silap la tadi dengar dalam NLKO. 


Sama cantik, sama padan. Moga kekal ke akhir hayat..amin 


Selamat Pengantin Baru Farah & Johan 


~~Gambar adalah sumber dari OhBulan.

3 comments:

 
Copyright © Sakura Shawl |Design by Whitey Mommy