Tuesday, July 19, 2011

Cadangan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perbaharui Lesen Memandu Ikut Tarikh Leher

Assalamualaikum..w.r.b.t..

Bangun tido tadi bukak 8tv (dengar radio Hot.fm) dengar tajuk Hot Chat pagi ni mengenai cadangan JPJ untuk renew lesen ikut tarikh lahir..hmm pada pandangan nana, ok la kot..sbb nanti mudah ingat...bila sampai je birthday kita, kita akan ingat untuk renew lesen..sebab bila letak tarikh meraban je nanti tak ingat..sebab bukannye selalu kita tengok lesen kita tu kan.Simpan je kot kt dalam wallet tu.


Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha berkata, cadangan itu sedang diperhalusi memandangkan ia dapat membantu pemandu mengingati tarikh luput lesen mereka.

"Kita dapati banyak kes pesalah trafik memberi alasan mereka lupa tarikh untuk memperbaharui lesen ketika ditahan dalam sekatan jalan raya,'' katanya pada pemberita di Wisma MCA di sini semalam.
Menurut beliau, asas kepada pelaksanaan skim itu ialah dengan membuat pelarasan tarikh tamat lesen memandu dengan tarikh lahir seseorang.
"Jika tarikh lahir individu tersebut yang akan datang tidak sampai enam bulan selepas tempoh akhir lesen memandunya, tiada bayaran akan dikenakan untuk pembaharuan,'' katanya.
Bagaimanapun jika tempoh antara kedua-dua tarikh itu melebihi enam bulan, bayaran pembaharuan yang akan dikenakan ialah separuh atau sebanyak 50 peratus.

Sumber: Akhbar Kosmo

So, lepas ni takde alasan la untuk tak renew lesen sebab dah sama dengan tarikh lahir kan :)

 
Copyright © Sakura Shawl |Design by Whitey Mommy