Saturday, July 14, 2012

Tips Mekap Dari Nana

Assalamualaikum w.r.b.t..

Selamat malam semua..tetiba je arini nana rasa nak bagi makeup tips, takdela banyak sangat. Tips yang sangat simple yang mungkin ramai yang tak tau dan tak pernah nak amik tau :)

Pernah tak korang pakai eyeshadow time nak kuar umah pagi, pastu tak sampai petang atau kadang tu bila tengahari je eyeshadow tu dah hilang?? Haaa..kalo korang nak tau, nana penah  la alami benda ni..korang pun msti ade yang penah kan? kan? kan?...masa memula pakai tu punya la cantik kaler nampak terang. bila dh tengahari je dah tak bape nampak kaler eyeshadow tu..

Cara untuk nak kekalkan eyeshadow kt kelopak mata kita tu ialah kita kena pakai 'Eyeshadow Base/ Eye Primer' atau dalam Bahasa Melayunya, 'Asas Pembayang Mata',...fungsi pakai eyeshadow base ni ialah untuk kekalkan eyeshadow yang kita pakai tu..texture eyeshadow ni agak pekat dan itu yang buatkan ia boleh 'pegang' eyeshadow yang kita pakai tu sepanjang hari :)

Haa? tak tau mana nak dapatkan eyeshadow base ni?? banyakk jual kt luar tu dear..yang paling senang nak cari atau brand yang mungkin semua orang tau ialah Elianto, dan ianya jugak murah..nana pun pakai ni utk diri sendiri..memang puas ati! :) brand2 lain pun ada jugak, contoh nya Nyx, Urban Decay, Revlon, MAC dan lain-lain lagi..

Eye Primer- Elianto

Cara nak pakai senang je..sebelum pakai eyeshadow, kita sapu eyeshadow base ni kt kelopak mata..nana lagi selesa gunakan jari, cepat dan rata...lepas tu kita pakai la eyeshadow mcm biase! senang je kan? :) 

So, itu jela tips yang sangat simple yang nana nak share untuk harini..until we meet again, jaga diri dan hiasi peribadi..wassalam..

Thursday, July 12, 2012

Mekap Heliza Helmi & Model Butik Get Gorgeous

Assalamualaikum..w.r.b.t..

Hai everyone..skarang ni alhamdulillah job untuk mekap nana makin bertambah dan ini menunjukkan orang makin yakin dengan hasil Sentuhan Hyna Razak..alhamdulillah..ni semua berkat kepercayaan keluarga, suami dan kawan-kawan nana..thanks korangs.. :)

Last week, 7 Julai 2012 sekali lagi kami dijemput oleh Butik Get Gorgeous untuk mekapkan model-model bagi majlis Ulangtahun Ke-5 Butik Get Gorgeous dan Pelancaran Koleksi Heliza Helmi by Get Gorgeous..masa dapat jemputan tu nana teruja sangat-sangat sebab dapat jumpa dengan Heliza Helmi, minat sangat-sangat kat dia sebab dia teramatlah cantik dan sangatlah sopan..lagi best bila nana berpeluang untuk mekapkan Heliza..ya Allah, malam sebelum hari kejadian tu nana tak tido lena, duk pikir camane la masa mekap Heliza nanti..huhu

MUA yang dapat join untuk event tu cuma 3 orang je iaitu nana sendiri, Iqa dan Athin..model plak ade 9 orang..so sorang MUA akan mekap 3 orang model..cuma nana kena mekap 4 orang sebab termasuk Heliza sendiri..dan nana jugak mekapkan adik Heliza yang jugak akan perform dengan Heliza time event tu..so total nana mekap 5 orang haritu..sakit pinggang den..hehe :)

so layan la gambar2 kat bawah ni ye...

1st,mekapkan Iena Mansor



Iena Mansor ni ade kembar,Ida Mansor (mekap oleh Athin Aisya)


2nd,mekapkan model tinggi lampai, Wardina

Mata dia macam mata Neelofa, cantik! 



3rd, 'kembar' Emelda Rosnaida iaitu Hilany Hidzir @ Nani yang cantik



Macam anak patung Nani ni,cantik sangat



Errr gambar Heliza mane pulak?? hehe rasenya macam taknak taknak upload lagi la..next post nanti nana masukkan gambar Heliza yeeee..jangan mareee :)

Sunday, July 8, 2012

Mekapkan Blogger Yuyu Zulaikha dan Nurul Ain

Assalamualaikum..w.r.b.t.

Alhamdulillah, hari Khamis bebaru ni nana dapat dua jemputan untuk mekapkan dua blogger pemes yang cantik dan comel lagi dikenali ramai iaitu Nurul Ain dan juga Yuyu Zulaikha..petang selepas nana selesai bertugas di booth Everlynn di Putrajaya, dapat whatsapp msj dari kesayangan nana iaitu Nurul Ain...dia tanya nana free tak esok sebab nak mintak mekapkan untuk magazine photoshoot..dia dapat panggilan last minute dari majalah bagi edisi raya nanti. So kena la mekap betul2 untuk shoot masuk magazine kan :)

Then malam tu nana tido awal sbb penat dh seharian di Putrajaya, then dalam tido2 tu ade dengar bunyi handphone tapi encik suami yang tolong pickup..kemudian nana pun bangunla, dalam tengah mamai2 tu dengarla suara yang amat comel di corong handfon tu..dia cakap nama dia Yuyu Zulaikha! terkejut jugakla masa tu, rasa macam mimpi pun ada..Yuyu pun nak mintak tolong mekapkan dia jugak esok untuk magazine photoshoot..rupanya dua2 orang ni shoot untuk magazine yang sama cuma sorang di sesi pagi dan lagi sorang di sesi petang..hehe dah tak lena tido dah lepas tu sebab nak mekapkan dua blogger yg pemes kan..hehee

So, sini nana nak share few pics yang sempat nana amik aritu ye :) 

Nurul Ain yang cantik sangat :D





Rina Salleh pun salah seorang blogger yang ada dalam sesi photoshoot aritu


Comel kan Yuyu ni, sangat ramah dan mudah mesra orangnye..seharian temankan Yuyu pegi photoshoot rasenya tak abes lagi borak ngan Yuyu, hopefully dapat jumpa Yuyu lagi

Jom Like Page Sentuhan Hyna Razak dan Sakurashawl

 
Copyright © Sakura Shawl |Design by Whitey Mommy