Thursday, July 28, 2011

Selamat Datang kepada blogger baru, SimplyPurple-Mummy



Assalamualaikum dan Selamat pagi Jumaat kepada rakan blogger sekalian..harini hari yang mendung, malam tadi hujan lebat sangat..tido pun lena je sambil diselimuti comforter yang tebal..hehe..

Mood arini, terasa macam nak review blog baru la..teringat pulak kat blogger baru iaitu Puan Farazila (my ex-officemate), SimplyPurple-Mummy yang baru melancarkan blog terbaru beliau. Fara baru berjinak2 dalam dunia blog dan baru menjejakkan kaki dalam dunia bisnes online ni iaitu tudung. 

So, kepada peminat2 tudung, bersempena datangnya bulan Ramadhan yang mulia ini dan tak lama lagi Hari Raya Aldilfitri, boleh lah dapatkan tudung raya dari Fara. Jom ramai2 jenguk singgah dan jadi follower Fara.

Sunday, July 24, 2011

Jalan-jalan di hujung minggu, Sekinchan Ikan Bakar, Taman Tasik Titiwangsa & Pikom PC Fair PWTC, KL- entri bergambar

Assalamualaikum...w.r.b.t...

Huhu...rasa macam dah tak hapdet blog..br 2-3 ari tak update tp rasa macam dah 2-3 bulan je.. :P hihi terover pulak...

Just nak cite...ce cite ce cite..tak abes2 lagi demam Usop Wilcha ni...weekend baru ni (semalam) jalan2 ngan tunang..agak dah lama tak kuar jalan2 macam semalam tu sebab en,tunang tu busyyyyy sangat3...sampaikan weekend pun kena 'catu' takleh kuar....so, semalam macam tak banyak keje sangat..kuar la..ape lagi..hehe

Memula tu tak tau nak gi makan mana..dh bosan dh asik g makan kat tempat sama je, kalo tak kat restoran bapak, gi kat ikan bakar jalan kuching...tak pun SPPK je...huhuhu tu jela hari2..pastu en.tunang bg idea 'kita try Sekinchan Ikan Bakar nak?'...memula macam was-was je sebab nampak kedai macam  gah kan,takot la mahal ke ape....rupenyeeee takdela mahal sangat...kira okla,makan 2 orang semalam cuma RM21..skali skala belanja makan lebih sikit je..tp kalo nk tau,ikan bakar dia superb!!best sangat..!huhuh dicampur dengan ulam-ulaman dan sambal kicap dan sambal belacan yang best jugak, kena dengan selera kami..so, pada yang tak tau nak gi makan mana,cuba-cuba la pegi Sekinchan Ikan Bakar Segambut...hehe iklan free je ni..tak berbayar ok :)

So, layan gambar kami yang jalan2 cari makan...


Saya laparrr ni...tp tetap maintain leh amik gambo hehe


jantung pisang, kacang panjang, timun, bendi, kacang botol,err daun ape tu tak ingat :p 



saya suka ulam, sila lah cuba kepada siapa yg tak suka ye


sambal yg superb!! best!sambal kicap dan sambal belacan


tu dia ikan bakar dah sampai 


feveret kami, ikan pari bakar 


hehe muka lapar tu sebenarnya, lepas keje baru g makan.. 


Lepas makan tu, jalan-jalan cari pasal pulak..en.tunang nak release tension, nak rehatka minda..so kami decided pergi Tasik Titiwangsa je yang dekat sikit..ramai sangat orang semalam sebab ade 2 wedding pastu ade kejohanan sepak takraw dan jugak tournament race kereta kontrol..


Perlawanan ni antara negara2 kot sebab nana dengar antara peserta tu ada dari Singapore, Thailand etc..tp yang best nya sebab Malaysia yang menang..bukan budak kecik je main keta kontrol tau..


antara orang ramai yang hadir tengok race kereta  


Bila dah agak bosan nengok race kereta kontrol ni, kami pusing2 masuk kat Taman Tasik Titiwangsa tu. rupanya besar sangat tasik ni dan ada tempat yang cantik2 dalam taman tu.patutla ramai sangat orang buat photoshoot kat situ ekk...hehe macam jakun je..padahal dah selalu je g TT tu..hehe

Pastu sesi kami la pulak yang berfoto shoot nyeee...layaann la gambar yang akan membuatkan anda loya dan pening ni ye..hehe bak kata azne 'nana koya'..hehe rindu azne lagi :( sila la layan je ye, penat nak explain gambar sesatu..hehehe







paling suka gambar ni...hehe kan!kan! 








huhu nape amik gambar macam ni gaya nyeeee.nampak tak ape yg sy nampak?hu jangan salah faham ye..



Dah penat jalan-jalan dahaga makan aiskrim..pastu bergerak la balik...otw balik tu ternampak pulak bunting tergantung kat tiang letrik "PC Fair 22-24 July PWTC"..terus kami melencong ke PWTC..saje2 je..cuci mata tengok gadget..hehehe last day, ramai gile orang...sume penjual pulak bising duk jerit lelong2 last day...huhuh seb baik la duit di dalam poket tak berapa nak ada, kalo tak melayang jugak la duit huhu...




Fuhh!! itu sahaja ceritera jalan-jalan cari pasal kami di hujung minggu :)

***Kepada yang belum mencuba produk Chahaya Whitening dan ingin mengetahui lebih lanjut sila lihat entri di atas dan boleh sms nana=013-3750227 untuk tempahan dengan segera***

Thursday, July 21, 2011

Chahaya Whitening Poster, produk yang semakin mendapat tempat dan akan berada di pasaran tidak lama lagi.dapatkan segera dari nana 013-3750227.

Chahaya Whitening @Sakurashawl

Untuk maklumat lanjut mengenai produk ini, sila baca post di atas. Untuk pembelian atau pertanyaan boleh sms nana=013-3750227 dengan segera. Produk ni tiap-tiap hari ada pelanggan. Terima kasih kepada yang membeli dari nana dan hantarkan gambar testimonial penggunaan ke email nana, hynarazak@gmail.com.

Untuk lebih banyak testimonial boleh lihat di facebook Eila.

Wednesday, July 20, 2011

Dapat Buffered Earning dari Nuffnang, MTV World Stage Live in I-City, Shah Alam, Malaysia

Alhamdulillah, pagi ni bukak Nuffnang dapat buffered earning (BE) baru iklan MTV World Stage Live in Malaysia yang akan diadakan pada Ahad ini di I-City, Shah Alam. So kepada peminat-peminat artis seperti Thiry Second to Mars, Neon Trees, Beast, Pop Shuvit dan ramai lagi, boleh lah beramai2 datang ke I-City Ahad ini.




Bukan niat nak tunjuk tau..ape sangat la BE yang nana dapat ni kalau nak dibandingkan dengan blogger2 pemes seperti Cik Epal ke, Fatin Liyana ke, Maria Elena ke..huhuh :) nana nak bangkitkan semangat kepada blogger baru yang baru nak berjinak2 dalam dunia blog ni. Tapi, jangan terlalu mengejar BE ni tau! Nana update blog ni mengenai diri nana pastu cerita2 yang nana tahu dan nana nak share ngan kawan2 semua :)

Pendaftaran akan dibuka pada jam 3.30 petang dan pintu akan dibuka pada jam 6.30 petang. Selain akan diadakan di I-City, ia akan ditayangkan di dalam MTV SEA channel pada 8 August pada jam 10pm (Indonesia), 11pm (Singapore, Hong Kong dan Philippines) dan 12am (Malaysia).

Info selanjutnya boleh didapati dari website rasmi MTV World Stage ni di sini.
So, moh reramai ke I-City!

peta ke I-City



Thank you Nuffnang, nanti bagi la BE banyak2 lagi ye! :P

Tuesday, July 19, 2011

Cadangan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perbaharui Lesen Memandu Ikut Tarikh Leher

Assalamualaikum..w.r.b.t..

Bangun tido tadi bukak 8tv (dengar radio Hot.fm) dengar tajuk Hot Chat pagi ni mengenai cadangan JPJ untuk renew lesen ikut tarikh lahir..hmm pada pandangan nana, ok la kot..sbb nanti mudah ingat...bila sampai je birthday kita, kita akan ingat untuk renew lesen..sebab bila letak tarikh meraban je nanti tak ingat..sebab bukannye selalu kita tengok lesen kita tu kan.Simpan je kot kt dalam wallet tu.


Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha berkata, cadangan itu sedang diperhalusi memandangkan ia dapat membantu pemandu mengingati tarikh luput lesen mereka.

"Kita dapati banyak kes pesalah trafik memberi alasan mereka lupa tarikh untuk memperbaharui lesen ketika ditahan dalam sekatan jalan raya,'' katanya pada pemberita di Wisma MCA di sini semalam.
Menurut beliau, asas kepada pelaksanaan skim itu ialah dengan membuat pelarasan tarikh tamat lesen memandu dengan tarikh lahir seseorang.
"Jika tarikh lahir individu tersebut yang akan datang tidak sampai enam bulan selepas tempoh akhir lesen memandunya, tiada bayaran akan dikenakan untuk pembaharuan,'' katanya.
Bagaimanapun jika tempoh antara kedua-dua tarikh itu melebihi enam bulan, bayaran pembaharuan yang akan dikenakan ialah separuh atau sebanyak 50 peratus.

Sumber: Akhbar Kosmo

So, lepas ni takde alasan la untuk tak renew lesen sebab dah sama dengan tarikh lahir kan :)

Gambar Zahrah Shanley, anak Jimmy Shanley

Zahrah Shanley anak sulung kepada pengacara Jimmy Shanley telah selamat dilahirkan pada Jumaat yang lepas di Putra Medical Centre, Sungai Buloh seberat 2.2 kg. Walaupun mengalami krisis rumahtangga, di harapkan agar dengan kelahiran cahaya mata ini akan mengikat kembali hubungan Jimmy dan isterinya.

Jimmy yang turut menitiskan airmata menyambut kelahiran ini sangat gembira dan berharap agar anaknya membesar di depan matanya seperti petikan kata2 Jimmy di bawah: 

Sudah 31 tahun saya menunggu untuk memangku bayi sendiri dan alhamdulillah, saya sangat bersyukur dengan kurniaan Allah ini. Saya berharap Zahrah menjadi anak yang solehah dan berbakti kepada kedua ibu bapanya. Saya sudah membuat keputusan untuk menjadi bapa sepenuh masa untuk anak saya dan bekerja dari rumah. Cuma pada hari Ahad saya akan keluar untuk mengendalikan program Gala TV Plus di Astro Awani.








Sumber berita diperolehi dari sini.

Saturday, July 16, 2011

Majlis Pernikahan Farah AF2 dan Johan di atas cruise, Putrajaya pada hari Jumaat 15 Julai 2011

Assalamualaikum...w.r.b.t...

Pagi tadi tengok rancangan Nasi Lemak Kopi O ada tunjukkan majlis pernikahan Farah AF2 yang selamat dinikahkan dengan pasangannya Johan di atas cruise di Putrajaya. Seronoknya tengok majlis tu, tak pernah lagi tengok ada orang nikah kat atas cruise. Lagipun Farah memang orang Putrajaya, so tak salah la kalau majlis pernikahannya dilangsungkan kat cruise tu. Unik dan cantik! Diserikan lagi bunga-bungaan yang cantik dihiasi di dalam cruise, pasangan selamat diijab kabulkan hanya dengan sekali lafaz.

Jom layan gambar- gambar Farah yang cantik :)



Cantik kan farah? Berkenan kat tudung yang Fara pakai tu..sweet dan cantik.


Alhamdulillah, selamat diijabkabulkan...ramai sangat kameraman yg duk amik gamba. Bunga yang kat belakang tu cantik kan.



Menyerahkan mas kahwin yang bernilai RM2500 tunai! kalau tak silap la tadi dengar dalam NLKO. 


Sama cantik, sama padan. Moga kekal ke akhir hayat..amin 


Selamat Pengantin Baru Farah & Johan 


~~Gambar adalah sumber dari OhBulan.

Tuesday, July 12, 2011

Program Amal Kau Di Hatiku - 4: Komuniti Teman Inteam (KTI) di Taman Botani, Bukit Cerakah, Shah Alam

Assalamualaikum..w.r.b.t...

Syukur alhamdulillah tahun ini dapat join Program Amal Kau Di Hatiku kali ke-4 yang telah di anjurkan oleh Komuniti Teman Inteam (KTI) yang telah diketuai oleh Saudara Husaini dan Azi. Program kali ini telah berlangsung di Taman Botani, Bukit Cerakah, Shah Alam pada 10 Julai 2011 yang lepas dan alhamdulilah segalanya telah berjalan dengan lancar.

Bermula seawal pagi, AJK telah berkumpul di Taman Botani dan begitu juga dengan anak yatim dari Rumah Anak Yatim Permata Hatiku. Seramai 21 orang anak yantim yang telah melibatkan diri, dari sekecil2 sekolah rendah sehingga sekolah menengah. Program yang dijalankan di Taman Botani adalah cari harta karun ala2 explorace.. Seronok tengok adik2 anak yatim dan dibantu oleh seorang/ 2 orang fasilitator ang terdiri dari ahli KTI sendiri berlari2 untuk mendapatkan klu dan check point. 

Walaupun tak dapat bersama dengan group explorace, ditugaskan untuk menjaga check point pun sudah cukup memberi pengalaman yang manis melihat adik2 yang petah menjawab soalan yang diberikan.

Selepas program di Taman Botani, semua peserta dan AJK bergerak ke Masjid Shah Alam untuk menunaikan solat zohor. Kemudian, kami semua berjalan kaki ke Yayasan restu yang terletak bersebelahan dengan masjid untuk melihat pameran Pedang Rasulullah.

Kemudian berpatah balik ke masjid untuk solat asar, dan minum petang di perkarangan masjid. Alhamdulillah, akhi2 Inteam sempat meluangkan masa bersama untuk program KDH4 di samping memberi sokongan untuk anak2 yatim yang menyertai program. Sempat akhi2 Inteam mendendangkan beberapa lagu secara acapella termasuklah Akrab Persahabatan, Kasih Kekasih, Siti Khadijah dll.

Kepada yang berminat untuk menyertai program yang akan dianjurkan oleh KTI, boleh menyertai Komuniti Teman Inteam di www.inteam.com.my dan juga menyokong industri nasyid kita disamping beramal bersama KTI.


Adik2 anak yatim lelaki bersama abg2 KTI


Adik2 anak yatim perempuan bersama kakak2 KTI


Ahli KTI bergambar bersama Intean dan wakil dr syarikat sponsor


Antara adik2 dr umah anak yatim, comel kan? :) 


Antara AJK muslimin KTI yang setia 


minum petang bersama2 sambil menikmati persembahan dr Inteam



Akhi Shah menyampaikan sumbangan buat anak yatim kepada Ustaz dari rumah anak yatim


Alhamdulillah, seronok program berjalan dengan lancar 


Muslimat KTI bersama makcik (alamak dh lupa nama) dari rumah anak yatim 


Diharap program seumpama ini akan diadakan lagi pada tahun2 hadapan dengan lebih meriah dan lagi ramai peserta. InsyaAllah..

Monday, July 11, 2011

Pre-Wedding Make-up by Tya's Touch, Photoshoot di Putrajaya

Assalamualaikum..w.r.b.t....

Sabtu petang yang lepas, bersamaan 9hb Julai 2011 saya dan tunang  serta pasangan adik angkat nana iaitu Firdaus dan Ina, kami ade shooting pre-wedding di Putrajaya. Cadangan asal kami nak buat photoshoot di Taman Tasik Perdana, tapi oleh kerana pada hari tu perhimpunan Bersih diadakan dan takleh nak masuk KL, so we decided untuk buat photoshoot tu kat Putrajaya.

Sebenarnya jurumekap ni, Tya satu ofis dengan adik angkat nana. So, senang la kami nak book Tya. Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar. Kami sangat berpuas hati dengan mekap yang dibuat oleh Tya. Walaupun Tya ni muda lagi, baru berusia 24 tahun tapi nampaknya solekan yang dikenakan sangat cantik dan profesional. 

Boleh layan gambar2 sikit ni je, nanti dah dapat gambar dari Jurugambar kami, nana uploadkan lagi kat sini ye. Jurugambar ni pun muda lagi, 25 tahun tp sangat berbakat. Tapi gambar yang nana upload ni cuma yang dari handphone je..hehehe :)





tu dia gambar kameraman kami...sian dia, bertungkus lumus amik gambar kami yg banyak kerenah ni..hehe tp gambar dia amik memang superb!


tu dia bakal pengantin bulan September ni..aik , nape nampak belakang je?


sampai ke malam kami ber-fotoshoot....huhuhu


Last but not least, our picture....


Special thanks to Tya's Touch dan Nik Hasif, our cameraman..

 
Copyright © Sakura Shawl |Design by Whitey Mommy