Tuesday, May 31, 2011

Dapat Buffered Earning (BE) baru dari Nuffnang

Alhamdulillah dapat BE baru dari Nuffnang..hehe walaupun takla sebanyak blogger² yang femes mcm Cik Epal ke, Ayun ke..tapi tetap rasa happy..hehe..bak kata pepatah , sikit² lama-lama jadi bukit..

Monday, May 30, 2011

Nora Elena, Drama Bersiri Hangat di TV3


NORA ELENA...



Drama bersiri hangat di TV3 sekarang ni..tiap² hari mesti nak balik kerja cepat je sebab nak mengadap cite Nora Elena ni..hehe betapa kuatnya penangan Nora Elena...bukan setakat nana je, yang tak tahannye tunang nana ni pun beriye nak tengok cerita Nora Elena ni..


Apa yang best drama Nora Elena ni ekk?

Pada nana la..cerita ni ada kekuatan tersendiri, dari segi pelakonnya, jalan cerita pun menarik sebab kecemburuan seorang tunang men-khirzir buta..hehhee lepas tu menyesal tak sudah...so, kesimpulannya tak baik tau cemburu² ni..hehe mesti ada orang senyum² baca post ni nanti.. :)

Kalau tak silap nana, drama ni adaptasi dari novel Kasih Yang Suci macam gambar kat bawah ni..boleh la cari novel sebab dengar² orang cakap dalam novel lagi best penceritannya,lagi detail..kan kan! :)



Kalau ada yang nak download drama Nora Elena boleh try cari kat sini.

Gambar Perkahwinan Salleh Yaakob dan Samihah @ Emi

Assalamualaikum...w.r.b.t..

Entry pertama minggu ini ialah gambar pernikahan kali ke-4 Salleh Yaakob dengan pilihan hatinya Samihah Sheikh Ali @ Emi, semoga ikatan perkahwinan yang dibina kekal ke akhir hayat..amin...

~~ Gambar adalah sumber dari Sinar FM.

Friday, May 27, 2011

~~...Pesanan Buat Bakal Imamku...~~


 Andai aku adalah tulang rusukmu yang telah hilang
Aku berharap
Jika nanti Allah mempertemukan kita
Kau akan selalu membimbingku
Agar aku menjadi wanita yang solehah
Yang nantinya akan menjadi bidadarimu di syurga
Kerana aku ingin kita akan disatukan di dunia dan akhirat

~•♥•~•♥•~~•♥•~•♥•~~•♥•~

Andai kau ditakdirkan untuk menjadi ayah buat anakku
Jadilah ayah yang boleh mendidik anak kita
Agar mereka nanti menjadi anak kebanggaan buat kita di dunia dan akhirat
Iaitu anak yang soleh dan solehah
Yang boleh menjunjung tinggi Agama Allah

~•♥•~•♥•~~•♥•~•♥•~~•♥•~

Andai engkau ditakdirkan untukku
Ku harap kau boleh menjadi imam buatku dan anakku
Kau boleh menjadi pemimpin yang baik dalam rumah tangga kita
Kau boleh mencintai aku apa adanya
Dan boleh menyikapi kekuranganku dengan penuh kebijaksanaan

~•♥•~•♥•~~•♥•~•♥•~~•♥•~

Dan andai aku salah
Tegurlah aku dengan kata-katamu yang penuh dengan kelembutan dan kebijaksanaan
Andai aku marah
Belailah rambutku dengan penuh kasih sayangmu
Agar marahku boleh berubah menjadi kelembutan
Andai aku lupa
Ingatkanlah aku dengan penuh kasih sayang
Agar nanti kau tetap menjadi suri tauladan bagiku dan anak kita

~•♥•~•♥•~~•♥•~•♥•~~•♥•~

Kerana..
Aku hanya mengharapkan imam yang baik dalam rumah tanggaku
Yang bisa selalu membawa aku ke jalan yang diredhaiNya
Jalan yang menuju syurgaNya bersama dirimu

~♥~ InsyaAllah, amiin ~♥~

**p/s: thanks to Bella atas post ni..nana share kat sini ek :)

Thursday, May 26, 2011

Datuk Siti Nurhaliza bakal sertai Rejimen Askar Wataniah


Pagi semalam dengar berita kat radio mengenai penyanyi nombor 1 negara kita Datuk Siti Nurhaliza ingin menyertai askar wataniah..wahhh! bagusnya niat murni Datuk Siti ni..moga menjadi ikutan dan menarik minat ramai individu di bawah usia 35 tahun menjadi askar wataniah...

Selain Datuk Siti, dua lagi selebriti yang bakal mengikut jejak langkah murni ini ialah Jaclyn Victor dan juga bekas pengacara TV3 Maznah Zolkifli juga turut melahirkan hasrat menyertai pasukan sukarelawan itu...

Mesti comel nanti kan bila Datuk Siti pakai uniform askar wataniah...go Datuk Siti! :)

Jumpe Artis kat Dominos Pizza

Assalamualaikum w.r.b.t..


Tajuk nak gempak je kan..! hehehe

takde jumpa artis pun, kami lah artis nye..hehehe tengahari tadi kami se geng (nana, sarah, raihan & ija) pergi makan tengahari kat Dominos Pizza, Mont Kiara..sebab dah tak ada idea nak makan kat mana lagi dah..huhuh madam Nurul kita tak dapat nak ikut serta kerana mengalami kejutan last minute..hehe tapi dia dapat jugak hasil tapau-an untuk madam nurul & baby mukhriz..haip! che det tak dapat ye!hehehehe

anyway, layannzz la gambar kami yang tak seberapa ni ye.. :)

1. Dari kiri ( Ija & Raihan) alahai comeynyeee....mane ayam terbang tu?hehe

2. Giliran I dan cik Sarah kita ni..peace!
3. Mentang² la I batuk, uols makan ice cream ye...takpe², nasib baik dah dapat coklat..hehe


Thursday, May 19, 2011

Majlis Merisik Salina

Assalamualaikum....w.r.b.t....

Cuti hari wesak bebaru ni, 17hb Mei 2011 saya dan tunang menyertai rombongan merisik adik angkat kesayangan saya iaitu Mohd Firdaus Ali (Lang)...

Majlis di rumah pihak perempuang yang berlangsung di Semenyih berjalan dengan lancar, alhamdulillah..jika diizinkan Allah, majlis besarnya akan diadakan pada bulan September selepas hari raya aidilfitri...

Ibu Lang menyarungkan cincin risik kepada Ina

Cium tangan tu lama-lama sikit ye... :)

Ini la Cik Salina yang comel lagi ayu...comel kan? :)

Mohd Firdaus Ali (lang) adik angkat kesayangan saya ye.

Tunang dan Lang bersama rakan se-universiti, UiTM Dungun (Fariz)

Last but not least, gambar kami ber-4 la... :)

Semoga jodoh kami kekal berpanjangan ke akhir hayat..amin.... :)

Wednesday, May 18, 2011

Ayu Raudah & Zaquan Makin Bahagia

Siapa yang tak kenal dengan pemain bola sepak terkenal Zaquan yang telah melangsungkan perkahwinan dengan aktres yang jelita dan seksi, Ayu Raudhah..

Nak share dengan rakan blogger semua gambar terkini Ayu Raudhah dan Zaquan



Gambar diperolehi dari sini.

Rindu...

Lamanya tak balik kampung...



.




.




.



.



.


..

.

..



..



.



.


.


.


.


.



.


.



.



.



.


Rindu kat amir, sarah & wafiyy.....huhuhu anak buah kesayangan

Tuesday, May 10, 2011

Misi Balik Kampung Sempena Mothers Day

Hujung minggu lepas balik kampung dengan tunang dan abang tunang (bakal abang ipar)..sempena mothers day..so saja jela balik kampung tunang,dekat je pun kampung..2 jam lebih dah sampai kampung..petang dah balik KL balik...walaupun penat sikit, tapi balik sekali sekala seronok jugak...boleh makan masak tempoyak ikan patin (wajib mak masak ni kalau kami balik kampung)..besstt!

sempat jugak pergi kat lata (air terjun ) apa ntah nama dia tak tau..hehe..tapi cantik, air bersih tak tercemar dan banyak siput sedut.. :)

Gambar masa baru sampai kat lata...alamak, tak nampak pulak muka mak ;)

Merenung air...nak mandi ke tak ni...?

CHEESE!

asik² gambar dia je!mana aciiii.... ! hik

hehe nak jugak masukkan gambar sendiri (this was captured a day before balik kampung tu masa tengah tinted cermin keta..hehe)

frame kan cermin kereta tengah tinted :)


Pertunangan Nur Sarah Jamal Abdul Nasir

Salam...dah lama tak update blog...so update laju² jela yek...kali ni gambar pertunangan kawan baik saya yang comel ni , Cik Sarah pada 1 Mei 2011..sila lah lihat dan komen apa² yang berkenan dan tak ye :)

1. Gambar sarah tengah di mekap oleh make-up artis , Sue Hasyim..leh singgah di blog Sue kat sini

2. Sempat lagi pose tu time tengah mekap..hehe

3.Dandanan rambut juga oleh Sue Hashim

4. Cantik tak?hehe berdebar menunggu rombongan dari pihak lelaki..hehe

5. Pelamin hati untuk Cik Sarah...fyi, bunga² kat tepi tu semuanya fresh flower..sweet sangat mini pelamin ni.

6. Sarah & pelamin hatinya

7. Aik..mesti jugak nak masuk enterprame ni...hehhee

8. Cantik tak?

9. Dearest fiancee bersama baby Mukhriz

10. Officially engaged!

Selamat bertunang diucapkan Cik Sarah dan tunang tersayang En.Mazrul Zairin. Semoga dipanjangkan jodoh ke akhir hayat..amin..

Thursday, May 5, 2011

Upadating Pictures from Janda Baik

Assalamualaikum...nana nak masukkan gambar2 (tak banyak pun sebenarnya) yang kat kursus ni..time nih semua orang yang datang kursus ni tengah buat outdoor activity which is best actually tapi atas masalah kesihatan, nana tak dapat nak join...so duduk dalam bilik jela...


tak biasa tido siang, ngadap lappy jela ni..seb baik bawak lappy skali.hehe roomate tengah tido baeeekk punya tu..hehe bestnye tengok ayuni tido...hehhee jap gi nana join ek ayuni..hehe


ok,here's are some pics..


1.Lobi resort, Cherengin Hills, Janda Baik, Pahang

2. Bangunan resort 

3.Pemandangan yang dapat dilihat dari lobi resort, cantik sangart.atas bukit dan dikelilingi bukit yang indah

4. Antara aktiviti awal yang dilakukan pada hari pertama..tp lupa dah ape nama game tu.hehe

5. Ni la yang paling best.."Sarong Night"...aktiviti malam pertama, semua peserta dikehendaki pakai sarong..macam2 lagat kita boleh tengok, even chinese pun kena pakai jugak..comel..hehe tengok gambar sendiri ni macam orang baru lepas pantang je..hehe

Setakat ni jela kot buat masa ni...esok dah nak balik..malam ni plak ade group performace..tak tau la kena buat ape plak..hehe...tata!!

Wednesday, May 4, 2011

Kursus Team Building di Janda Baik, Pahang

Assalamualaikum...

Just nak update rakan blogger semua,nana tengah berkursus di Cherangin
Resort, Janda Baik, Pahang..

Kepada kawan2 yang tak tau nak pergi bercuti atau rehat2 kt mana,kat
sini pun best..resort atas bukit, sepanjang perjalanan sebelum sampai
di resort ni ada anak2 sungai..cantik pemandangan...

And also to update pics to someone..tp tak boleh nak masukkan lagi
gambar sekarang sebab post via mobile je ni..nanti malam nana masukkan
gambar ye :)

Take care everyone!!

Tuesday, May 3, 2011

It's My Birthday Today!

Allah selamatkan kamu..
Allah selamatkan kamu...
Allah selamatkan Wan Norhaina...
Allah selamatkan kamu....... :)
 
hehehe...hari ni 3 Mei 2011..my birthday! :D
 
haip! takleh tanye ulang tahun yang ke-berape..hehe rahsiaaa!!
 
~~Thanks to my fiancee :) (as per photo)

 
Copyright © Sakura Shawl |Design by Whitey Mommy