Monday, April 9, 2012

Tabung Ahmad Sufi : Mari Kita Semua Bantu

Assalamualaikum w.r.b.t..

Nana terpanggil untuk buat post ni bila dengar mengenai keprihatinan rakyat Malaysia yang telah turut sama membantu dengan mendoakan buat Adik Ahmad Sufi dan tak kurang jugak kepada yang telah menghulurkan sumbangan buat Adik Ahmad Sufi. Jutaan terima kasih diucapkan.

Adik   Ahmad Sufi Bin Romi Agus Syumadi  ni adalah anak buah kepada kawan nana, masa mula-mula kawan nana bukak page Tabung Ahmad Sufi di Facebook, nana amat tersentuh melihat akan keadaan adik Ahmad Sufi. Hanya Allah sahaja yang tahu keperitan dan kesakitan yang dilalui oleh anak kecil ini.


Kepada yang dah baca dekat Facebook nana, mungkin ada yang dah tahu serba sedikit mengenai adik Ahmad Sufi ni. Kepada yang belum tahu lagi, Ahmad Sufi ni kecik sangat lagi. Baru dilahirkan pada 12 Mac 2012 baru- baru ini tak sampai sebulan pun lagi usianya dan sejak lahir telah mengalami masalah paru-paru yang kritikal. Doktor sendiri tidak mengetahui dan tidak menjumpai apakah punca berlakunya sakit adik Ahmad Sufi ni.

Buat masa sekarang ini, adik Ahmad Sufi kini sedang dirawat di  Children Westmead Hospital, Sydney dan kos perubatan adalah sebanyak tidak kurang dari UAD3,000.00 atau lebih kurang RM9,000.00 sehari. Bayangkan sejak lahir sehingga sekarang, terlalu banyak kos yang diperlukan untuk membiayai kos perubatan adik Ahmad Sufi ini.

Ini adalah petikan dari mesej salah seorang rakyat Malaysia yang prihatin dan berada di sana dan telah melawat adik Ahmad Sufi....

"Alhamdulillah, sy dapat melawat Ahmad Sufi semalam. Lama juga dapat berborak dgn mak ayahnya. So apparently kes Ahmad Sufi ni sangat2 rare. Ahmad Sufi bukan terkena jangkitan paru2 atau paru2 berair atau apa2 sakit yang biasa. Doktor masih belum dapat mencari apa penyakit sebenar Ahmad Sufi. Mereka masih lagi membuat ujian utk mencari apa sebenarnya penyakit Ahmad Sufi. Ini adalah jawapan dari doktor2 pakar dari hospital kanak2 yang terbaik di Australia. Saya dapat tahu ada di antara kita yang tertanya2 kenapa Ahmad Sufi tidak dibawa pulang ke Malaysia untuk rawatan. Memang benar rawatan di Malaysia mungkin akan lebih murah, tetapi risiko untuk membawa pulang Ahmad Sufi ke Malaysia adalah terlalu tinggi. Sedangkan banyak ibu bapa risau untuk membawa bayi kecil yang sihat menaiki kereta untuk perjalanan 3 jam, inikan pula nak membawa bayi kecil dengan penyakit kronik yg masih tidak diketahui selama 8 jam dengan kapal terbang. Orang dewasa sihat pun boleh mabuk naik kapal terbang, bayangkan bayi yang mmg sedia sakit. Untuk membawa Ahmad Sufi turun dari tingkat 3 ke tingkat 2, di dalam hospital yang mempunyai banyak doktor pakar, pun mengambil masa sejam, bayangkan bagaimana untuk membawa Ahmad Sufi dari Australia ke Malaysia, menaiki kapal terbang yg mengambil masa 8 jam, tanpa kemudahan medical yang cukup sekiranya apa2 terjadi sepanjang perjalanan. Sanggupkah kita untuk memperjudikan nyawa seorang bayi kecil hanya kerana wang? Saya harap semua orang faham kenapa Ahmad Sufi tidak dibawa ke Malaysia. Bukan suka2 hati ibu bapa Ahmad Sufi terpaksa berhutang banyak dengan pihak hospital. Mereka hanya buat yang terbaik untuk Ahmad Sufi. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Sama2 lah kita doakan semoga Ahmad Sufi segera sembuh."

Dengan ini, nana dengan rendah hati turut ingin memohon seluruh rakyat Malaysia atau sesiapa sahaja yang turut prihatin dan ingin membantu adik Ahmad Sufi agar dapat memberikan sumbangan bagi menampung kos perbelanjaan di sana. Butiran bank bagi bantuan yang ingin dihulurkan boleh lah dibuat ke akaun seperti di bawah iaitu ibu saudara adik Ahmad Sufi iaitu kawan nana sendiri:

BSN: 14133-41-00000395-4 :JULI YANTI LIDIA BINTI SUHAIMI
MAYBANK: 152107010378 : JULI YANTI LIDIA BINTI SUHAIMI

Name : Romi Agus Shumadi Romi Suhaimi
Bank: St George Bank
Branch: 112 908
Account No: 411178305

Kepada yang ingin mengetahui maklumat atau berita terkini mengenai adik Ahmad Sufi bolehlah lihat di Facebook Page Tabung Ahmad Sufi. Sama-sama kita doakan agar adik Ahmad Sufi cepat sembuh dan sihat seperti kanak-kanak yang lain..amin..

1 comments:

ainndz said...

boleh x..sy nk mohon/minta izin nak copy entry you ke blog sy...?

 
Copyright © Sakura Shawl |Design by Whitey Mommy