Saturday, December 7, 2013

3 Masalah Besar Wanita Dan Penawarnya

Assalamualaikum w.r.b.t....

Alhamdulillah Sakurashawl.com telah mendapat kepercayaan untuk buat blog post mengenai produk yang semakin mendapat sambutan terutama di kalangan wanita.

Sebelum nana bercerita lebih mengenai produk ni, ingin nana kongsikan bersama antara 3 masalah besar yang sering dialami oleh kaum wanita iaitu:

  1. Masalah Keputihan - merupakan masalah bagi kebanyakan wanita tak kira remaja atau dewasa yang mana ia adalah disebabkan oleh sikap tidak prihatin dalam menjaga kebersihan anggota sulit mereka mengakibatkan jangkitan kulat pada dubur atau faraj;
  2. Masalah Bau Badan - disebabkan oleh peluh yang terhasil dari proses metabolisme bakteria  yang memecahkan bahan organik yang terkandung di dalam kulit. Selain itu faktor pemakanan juga menjadi penyebab yang menyumbang kepada masalah bau badan;
  3. Masalah Intim - bagi wanita yang telah berkahwin terutama yang telah melahirkan anak, masalah ini sering membelenggu kerana ia boleh menjejaskan hubungan rumah tangga dan keinginan seksual di antara suami dan isteri.
Kini terdapat satu produk yang sangat baik yang dapat menyelesaikan ketiga-tiga masalah yang dihadapi oleh kaum wanita iaitu Produk Harum Malam. Mungkin ada yang telah mengetahui mengenai produk ni dan mungkin jugak ada yang tak pernah dengar lagi. Dikeluarkan oleh syarikat Legacy Secret (Marketing), Harum Malam merupakan suplemen dalaman yang mewangikan tubuh sepanjang masa. Antara bahan kandungan yang terdapat di dalam produk ini ialah ekstrak ros, sirih, buah tin, kismis, madu, goji, limau purut, kayu serapat, buah delima, manjakani, pueraria lobata,  pueraria mirifica, strawberi dan senna. 

https://www.facebook.com/masalahwanita

Apakah kebaikan pengambilan Harum Malam?
  • Meningkatkan keinginan serta mempercepatkan ransangan seksual
  • Bertenaga dan mengatasi masalah vagina kering
  • Membantu mengetatkan dan menganjalkan vagina
  • Membantu membunuh bakteria dalam saluran kencing serta mengatasi masalah kerap kencing
  • Meningkatkan sistem tahan tubuh serta menstabilkan hormon
  • Mengurangkan tekanan dan tension
  • Membantu menganjalkan kulit serta tubuh badan dan mengurangkan kedutan
Selain itu terdapat banyak lagi khasiat Produk Harum Malam ini dan juga terdapat tips-tips untuk menghilangkan bau badan yang boleh didapati dari website produk ini iaitu http://harummalam.com/.


Testimoni Produk Harum Malam

Gambar di bawah adalah antara testimoni-testimoni dari pengguna yang telah mencuba produk Harum Malam dan untuk melihat lebih lagi testimoni boleh layari Facebook Page Harum Malam.





Bagaimana untuk mengambil produk ini?

Cara pengambilan Harum Malam ini sangat lah senanag yang mana ia perlu diminum 2 kali sehari, 1 sudu besar setiap pagi sebelum sarapan dan 1 sudu besar sebelum tidur. Selepas pengambilan produk ini, badan tidak lagi berbau dan antara kesan yang bagus adalah ia dapat merapatkan organ intim wanita dan sekaligus dapat mengeratkan lagi hubungan antara suami dan isteri.


https://www.facebook.com/masalahwanita

Harga untuk Produk Harum Malam ini sangat murah dan affordable, cuma RM33 untuk Semenanjung Malaysia dan RM39 bagi Sabah dan Sarawak. Untuk mendapatkan produk ini boleh lah hubungi atau pm di Facebook Page Harum Malam di sini

https://www.facebook.com/masalahwanita 

Berita baik pagi pengguna-pengguna produk Harum Malam! Jom sertai peraduan ini dan menangi RM300, hantar penyertaan selewat-lewatnya 27 Disember 2013!! Caranya mudah sahaja seperti yang tertera di dalam poster di bawah ini: 

https://www.facebook.com/masalahwanita

Last but not least, jangan lupa dapatkan produk Harum Malam di Facebook Page di bawah:

Monday, September 9, 2013

Terima Kasih Nuffnang Sentiasa Bagi Buffered Earning, BE

Assalamualaikum w.r.b.t

Hai semua..agak lama dah nana tak update blog..insyaAllah lepas ni akan sentiasa update sebab dah takde buat pape kan..hehe nak aktif balik ber-blog macam dolu2 yang update tiap hari :) InsyaAllah...

Nak cerita pasal apa ye? Ermm...ok salah satu sebab nana rasa excited dan bersemangat nak ber-blog balik adalah sebab Nuffnang. Even nana jarang update tapi bila bukak Nuffnang sentiasa ade je Buffered Earning (BE) yang diberikan atau berjalan kt blog nana ni. Tu yang buat lagi semangat tu..walopun tak banyak macam blogger tegar yang lain tapi alhamdulillah ade la jugak kan :)

Selain dapat BE dari Nuffnang ni, Nuffnangers pun diberi peluang untuk join event2 yang telah dianjurkan oleh mereka. Salah satunya yang nana pernah join adalah tayangan perdana filem Lagenda Budak Setan 2 bersama pelakon2 filem tersebut. Teruja dan best sangat! 

So that's it untuk kali ni..nanti kalo rajin nana update lagi ye .. ha! tak lupa nak promote servis mekap yang nana sediakan, boleh layari Fb Page Sentuhan Hyna Razak untuk lihat mekap pertunangan, pernikahan, persandingan, kelas mekap, mekap dinner dan lain-lain. 

Wassalam



Monday, August 19, 2013

Betul ke MyKad Smart Shopper sehebat The Conjuring!?

Betul ke MyKad Smart Shopper sehebat The Conjuring!

MyKad Smart Shopper sehebat The Conjuring!

Salam,
 

Tajuk nak bagi hangat jek kan…hahaha..yela sekarang ni tengah sibuk orang cakap pasal citer seram The Conjouring tu..hehe..Tapi tak berkesempatan lagik nak tengok citer tu..Citer Adnan Sempit 3 pon belum tengok!..RIPD ponnnn…hish…InsyaAllah kalau ada peluang..

Berbalik kepada tajuk asal, korang tau tak MyKad atau ic yang kita ada tu mempunyai 50 kegunaan!Yeeeee..betul..tak tipu ni..selain sebagai Kad Pengenalan Diri (IC lah yer)..ATM, Touch&Go, Lesen memandu dan sebagainya..So apa pulak kaitannye dengan  MyKad Smart Shopper?
Sedikit video pelancaran  MKSS:

MyKad Smart Shopper Program (MKSS) sebenarnye telah diperkenalkan oleh syarikat Synergy Universal Sdn Bhd iaitu di bawah program affiliate Affiliate Junction Network. Program ini dah dapat pengiktirafan dan sokongan dari Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan MDEC (Perbadanan Kemajuan Multimedia). So, program ni sahlah di sisi undang-undang. Dengan kata mudahnya, dengan adanya Program ni, kita boleh berbelanja di kedai-kedai/outlet yang mengambil bahagian dan mendapat banyak faedah antaranya diskaun!diskaun dan diskaun!..kalau di bawah program affiliate, kita akan dapat komisen setiap kali MyKad digunakan..(Boleh buat side income nie..)

Gambarajah kat bawah ni boleh explain sedikit sebanyak mengenai MyKad Smart Shopper Program???
MyKad Smart Shopper sehebat The Conjuring!

MyKad Smart Shopper sehebat The Conjuring!

 Macam mana ‘nak buat’ MyKad Smart Shopper?

Mudah jek, dengan merujuk ke laman web http://aj.my/our-solutions/mykad-smart-shopper/  :-
  • Step #1 – Daftar semudah A,B, C.
  • Step #2 – Aktifkan MyKad anda di laman web di atas. [Video] 
  • Step #3 – Start shopping.. ;)dan korang akan menikmati pelbagai diskaun yang superb2!

Apa kelebihan lain MyKad Smart Shopper?

  • Pendaftaran Percuma
  • Keahlian tak expired
  • Diskaun Segera & Rebate Tunai
  • Korang boleh dapat diskaun sehingga 20% di kedai-kedai yg mengambil bahagian hanya dengan menunjukkan IC/MyKad. 
  • dapatkan mata ganjaran dari perbelanjaan untuk penebusan hadiah  ( RM 1 = 1 Point AJ)
  • Takde topup-topup ( Hanya Guna MyKad)
  •  Video tambahan....

Lastly...
Contest ini dianjurkan oleh Blog Coretan Anuar ditaja bersama SembangHari2, Discount-Hari2Pak Ya Homestay  ,  GSR2U ".

Wassalam...

Supian Mustapa

Sunday, May 26, 2013

USTAZ AZHAR IDRUS KAHWIN 3?

Assalamualaikum...

Bila kita sebut je nama Ustaz Azhar Idrus, semua org kenal start dari kecil higga ke tua. Ustaz Azhar lebih sinonim dengan gelaran UAI yang banyak memberi ceramah-ceramah agama yang sangat berguna dan sangat dekat dengan golongan remaja. Ustaz Azhar telah diijabkabulkan pada hari ni tanggal 26 Mei 2013 dengan isteri ketiganya.

ustaz-azhar-kahwin-3


Menurut sumber dari harianislam.com, isteri ketiga Ustaz Azhar adalah anak kepada Saudara Tn. Hj. Omar Tahar, Ketua Cawangan Keramat Keramat Permai AU1.

Sakurashawl.com ucapkan tahniah atas perkahwinan ini dan semoga bahagia ke akhir hayat buat Ustaz Azhar idrus.

ustaz-azhar-uai-kahwin-3

Berikut beberapa gambar perkahwinan Ustaz Azhar Idrus (UAI):

Gambar kahwin Ustaz Azhar Idrus 1  
ustaz-azhar-kahwin-3
 Gambar kahwin Ustaz Azhar Idrus dengan Isteri ketiga (-3)
ustaz-azhar-kahwin-3
  Gambar kahwin Ustaz Azhar Idrus dengan Isteri ketiga (-3)
ustaz-azhar-kahwin-3
 (sumber gambar: JKKK)
Video untuk Ustaz :)



 Barakallahulakuma wabaroka alaikuma wajaama'a bainakuma fi khoir....


Wednesday, May 8, 2013

Pilihanraya Umum 2013

Assalamualaikum w.r.b.t...

Rasanya mcm dah lebih bersawang dh blog ni nana tinggalkan. Dah lama sangat tak update since lappy kesayangan diambil org...huhuhu So nana nak update pasal topik yang masih lagi jadi perbualan hangat dan masih tak habis2 lagi menjadi perbincangan ramai iaitu PRU13 pada 5 Mei bebaru ni.

Seperti tahun2 dlu, tahun ni nana masih menjalankan kewajipan sebagai rakyat Malaysia dan balik mengundi di kampung tercinta iaitu Terengganu. Beberapa buah bas telah disediakan oleh Persatuan Anak Terengganu (PESAT) utk membawa anak Terengganu di perantauan balik mengundi. Seronok sgt dpt blik reramai ngn org negeri sendiri..hihi tapi utk kalini nana terpaksa berpisah kejap dgn encik suami sbb beliau terpaksa menjalankan kewajipannya di kampung halamannya di Kuala Lipis.

Tiba hari pengundian ramai yang keluar awal mengundi tapi nana keluar lewat sket sebab tunggu kakak dan mama utk pergi mengundi sekali. Bila sampai je memula kena dapatkan saluran mengundi dgn memberikan kad pengenalan di kaunter yg telah disediakan. So nana telah ditetapkan di saluran 2. Makk aihhh panjangnya barisan, 2 jam lebih beratur br dapat ngundi.huhuhu

Alhamdulillah sume berjalan lancar..jari telunjuk pun dah dicalit dakwat biru menandakan telah menjalankan tanggungjawab sebagai pengundi.

 
Copyright © Sakura Shawl |Design by Whitey Mommy