Assalamualaikum w.r.b.t..
First and foremost, sori sebab lama sangat3 tak update blog. Agak busy dengan kerja- kerja yang lain dan di samping dengan keadaan kesihatan yang tidak berapa mengizinkan. InsyaAllah lepas ni Nana akan lebih rajin lagi update blog. Harap semua sudi lagi singgah dan baca blog picisan Nana ni ye :)
Alhamdulillah, bulan lepas iaitu pada 28 April 2012 kami dari Tya Adnan Makeup Team telah diberi kepercayaan sekali lagi oleh Butik Get Gorgeous bagi menatarias model-model yang akan menggayakan pakaian dari butik tersebut. Amatlah teruja sebab akan berkumpul dengan geng2 dari team mekap ni sebab kalo tak disebabkan event2 macam ni memanglah amat susah untuk kami berkumpul sebab komitmen keje masing2 :)
So, kebetulan pula hari berlangsungnya event yang dianjurkan oleh Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Bangi ini adalah sama dengan tarikh perhimpunan Bersih, so nana decided untuk tumpang Encik Azhar dari Jariclick Photography memandangkan beliau juga akan menuju ke tempat yang sama. Plus, Nana pun takde transport nak pergi time tu sebab encik suami bekerja pada hari Sabtu :( thanks Encik Azhar sebab tumpangkan Nana ye...
Diam tak diam lepas mekapkan sorang model ni yang namanya Fifie, pastu adala sorang lagi model plak datang duduk ke kerusi Nana.masa memula mekap tu hati duk terdetik "macam ku penah lihat, tapi di mana ya? " hehehe lepas dia cakap2 dia bahasakan diri dia Ara terus berdesup darah naik ke muka! Ara Lee ..!! OMG!! slalu je stalk dia pnye blog, tetiba tengah mekap dia..pastu buat selamber jela kan sebab dia ni pun sangatlah peramah dan down to earth...! tak sombong langsung ok..kalo nampak muka dia mungkin orang ingat dia sombong,tapi percayala...sikit pun tak sombong..love u la Ara :) boleh singgah ke blog Ara Lee ye :)
Dah! Dah! Dah Nana membebel..cepat la upload gamba tu.. :)
Jom Like Sentuhan Hyna Razak & Sakurashawl