Monday, April 9, 2012

Tabung Ahmad Sufi : Mari Kita Semua Bantu

Assalamualaikum w.r.b.t..

Nana terpanggil untuk buat post ni bila dengar mengenai keprihatinan rakyat Malaysia yang telah turut sama membantu dengan mendoakan buat Adik Ahmad Sufi dan tak kurang jugak kepada yang telah menghulurkan sumbangan buat Adik Ahmad Sufi. Jutaan terima kasih diucapkan.

Adik   Ahmad Sufi Bin Romi Agus Syumadi  ni adalah anak buah kepada kawan nana, masa mula-mula kawan nana bukak page Tabung Ahmad Sufi di Facebook, nana amat tersentuh melihat akan keadaan adik Ahmad Sufi. Hanya Allah sahaja yang tahu keperitan dan kesakitan yang dilalui oleh anak kecil ini.


Kepada yang dah baca dekat Facebook nana, mungkin ada yang dah tahu serba sedikit mengenai adik Ahmad Sufi ni. Kepada yang belum tahu lagi, Ahmad Sufi ni kecik sangat lagi. Baru dilahirkan pada 12 Mac 2012 baru- baru ini tak sampai sebulan pun lagi usianya dan sejak lahir telah mengalami masalah paru-paru yang kritikal. Doktor sendiri tidak mengetahui dan tidak menjumpai apakah punca berlakunya sakit adik Ahmad Sufi ni.

Buat masa sekarang ini, adik Ahmad Sufi kini sedang dirawat di  Children Westmead Hospital, Sydney dan kos perubatan adalah sebanyak tidak kurang dari UAD3,000.00 atau lebih kurang RM9,000.00 sehari. Bayangkan sejak lahir sehingga sekarang, terlalu banyak kos yang diperlukan untuk membiayai kos perubatan adik Ahmad Sufi ini.

Ini adalah petikan dari mesej salah seorang rakyat Malaysia yang prihatin dan berada di sana dan telah melawat adik Ahmad Sufi....

"Alhamdulillah, sy dapat melawat Ahmad Sufi semalam. Lama juga dapat berborak dgn mak ayahnya. So apparently kes Ahmad Sufi ni sangat2 rare. Ahmad Sufi bukan terkena jangkitan paru2 atau paru2 berair atau apa2 sakit yang biasa. Doktor masih belum dapat mencari apa penyakit sebenar Ahmad Sufi. Mereka masih lagi membuat ujian utk mencari apa sebenarnya penyakit Ahmad Sufi. Ini adalah jawapan dari doktor2 pakar dari hospital kanak2 yang terbaik di Australia. Saya dapat tahu ada di antara kita yang tertanya2 kenapa Ahmad Sufi tidak dibawa pulang ke Malaysia untuk rawatan. Memang benar rawatan di Malaysia mungkin akan lebih murah, tetapi risiko untuk membawa pulang Ahmad Sufi ke Malaysia adalah terlalu tinggi. Sedangkan banyak ibu bapa risau untuk membawa bayi kecil yang sihat menaiki kereta untuk perjalanan 3 jam, inikan pula nak membawa bayi kecil dengan penyakit kronik yg masih tidak diketahui selama 8 jam dengan kapal terbang. Orang dewasa sihat pun boleh mabuk naik kapal terbang, bayangkan bayi yang mmg sedia sakit. Untuk membawa Ahmad Sufi turun dari tingkat 3 ke tingkat 2, di dalam hospital yang mempunyai banyak doktor pakar, pun mengambil masa sejam, bayangkan bagaimana untuk membawa Ahmad Sufi dari Australia ke Malaysia, menaiki kapal terbang yg mengambil masa 8 jam, tanpa kemudahan medical yang cukup sekiranya apa2 terjadi sepanjang perjalanan. Sanggupkah kita untuk memperjudikan nyawa seorang bayi kecil hanya kerana wang? Saya harap semua orang faham kenapa Ahmad Sufi tidak dibawa ke Malaysia. Bukan suka2 hati ibu bapa Ahmad Sufi terpaksa berhutang banyak dengan pihak hospital. Mereka hanya buat yang terbaik untuk Ahmad Sufi. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Sama2 lah kita doakan semoga Ahmad Sufi segera sembuh."

Dengan ini, nana dengan rendah hati turut ingin memohon seluruh rakyat Malaysia atau sesiapa sahaja yang turut prihatin dan ingin membantu adik Ahmad Sufi agar dapat memberikan sumbangan bagi menampung kos perbelanjaan di sana. Butiran bank bagi bantuan yang ingin dihulurkan boleh lah dibuat ke akaun seperti di bawah iaitu ibu saudara adik Ahmad Sufi iaitu kawan nana sendiri:

BSN: 14133-41-00000395-4 :JULI YANTI LIDIA BINTI SUHAIMI
MAYBANK: 152107010378 : JULI YANTI LIDIA BINTI SUHAIMI

Name : Romi Agus Shumadi Romi Suhaimi
Bank: St George Bank
Branch: 112 908
Account No: 411178305

Kepada yang ingin mengetahui maklumat atau berita terkini mengenai adik Ahmad Sufi bolehlah lihat di Facebook Page Tabung Ahmad Sufi. Sama-sama kita doakan agar adik Ahmad Sufi cepat sembuh dan sihat seperti kanak-kanak yang lain..amin..

Sunday, April 8, 2012

Event Photoshoot : Persalinan Tradisi Etnik Daerah di Malaysia.

Assalamualaikum w.r.b.t..

Alhamdulillah, hari Sabtu bebaru ni nana berpeluang untuk join photoshoot event yang telah dianjurkan oleh salah seorang MUA dengan kerjasama dari talent dan jugak photog. So kat sini nana nak share beberapa keping gambar talent (Ara Juliana) yang nana mekap kan dan harap kalian boleh komen dan memerikan kritikan menbina untuk nana improve lagi ye :) 






sila klik gambar untuk image yang lebih besar :) 

Wednesday, April 4, 2012

Alhamdulillah, Dapat Cek Pertama Dari Nuffnang!! :)

Assalamualaikum w.r.b.t..

Alhamdulillah, balik rumah tadi lepas keluar ngn hubby rasa nak cek post box..pastu tengok ade satu surat macam pelik je tak,dalam hati memang dah terfikir surat dari Nuffnang kot..hehe dengan penuh harapannya encik hubby bukak surat tu tetiba tengok perkataan NUFFNANG!! Alhamdulillah akhirnya 'hadiah' yang ditunggu-tunggu sudah sampai...

'Hadiah' yang ditungu-tunggu yang dimaksudkan ialah cek! :) sangat teruja terima cek pertama dari Nuffnang walaupun ia tidaklah beriban-riban macam blogger yang femes, tapi tetap nana rasa teruja.hehehe Terima kasih diucapkan kepada Nuffnang :)

Mesti korang pelik kan nape nama cek tu nama laki, tu nama hubby nana. Masa nana tak bape reti lagi blogging ni, dia yang tolong daftarkan atas nama dia. So tak kesah la sebab memang pun ade dua blog dalam akaun Nuffnang ni iaitu blog Mosumart Design dan Sakurashawl :)


Walaupun pada awalnya niat bukak blog ni takde terfikir pun pasal Nuffnang sebelum ni tak tahu pun ape tu Nuffnang tapi lepas ni makin membara dan bersemangat untuk berblog..hehe mana la tau kan kot-kot pasni leh dapat sponsored muahahha berangan jela ekk nana hehehee sekali lagi, terima kasih kepada encik Nuffnang kerana telah mengembalikan semangat nana untuk berblog..! 

Sunday, April 1, 2012

Perhatian Kepada Blogger Wanita

Assalamualaikum w.r.b.t.

Harini nana nak buat tajuk gempak sikit gempak ke?hehhee alhamdulillah blog ni tersenarai dalam Projek Ganjaran Wang Tunai  RM5000 yang dijalankan oleh BloggerWanita. Kepada para blogger yang tak tau macamane projek ni berjalan, boleh refer di sini. Untuk join dalam projek ni dh habes la tarikh tutupnye, boleh refer di entri yang nana dah buat kat sini. Sekarang cuma masa untuk berentap bersama 100 blogger :) hehhee


Sebelum ni nana tak penah pun nak amik tau pasal BloggerWanita ni, tapi lepas program ni dilancarkan acap pulak singgah di blog ni sebab pada nana blog ni memberi info yang ringkas dan tepat. 

Antara yang menarik di dalam BloggerWanita ini ialah di dalam ruangan Jom Sembang iaitu segmen Pelik Tapi Benar, sangat menarik! Pernah dengar tak pasal Salun Mencuci Telinga??? hehehe kalo belum, boleh baca di entri BloggerWanita di sini. ade banyak lagi isu-isu menarik yang ditonjolkan di dalam blog BloggerWanita ni.

So, kepada uols semua jom bantu nana untuk berentap bersama 100 blogger lain, jom singgah di blog BloggerWanita sekarang! Korang juga boleh LIKE di FB BloggerWanita atau follow di Twitter BloggerWanita

 
Copyright © Sakura Shawl |Design by Whitey Mommy