Tuesday, July 12, 2011

Program Amal Kau Di Hatiku - 4: Komuniti Teman Inteam (KTI) di Taman Botani, Bukit Cerakah, Shah Alam

Assalamualaikum..w.r.b.t...

Syukur alhamdulillah tahun ini dapat join Program Amal Kau Di Hatiku kali ke-4 yang telah di anjurkan oleh Komuniti Teman Inteam (KTI) yang telah diketuai oleh Saudara Husaini dan Azi. Program kali ini telah berlangsung di Taman Botani, Bukit Cerakah, Shah Alam pada 10 Julai 2011 yang lepas dan alhamdulilah segalanya telah berjalan dengan lancar.

Bermula seawal pagi, AJK telah berkumpul di Taman Botani dan begitu juga dengan anak yatim dari Rumah Anak Yatim Permata Hatiku. Seramai 21 orang anak yantim yang telah melibatkan diri, dari sekecil2 sekolah rendah sehingga sekolah menengah. Program yang dijalankan di Taman Botani adalah cari harta karun ala2 explorace.. Seronok tengok adik2 anak yatim dan dibantu oleh seorang/ 2 orang fasilitator ang terdiri dari ahli KTI sendiri berlari2 untuk mendapatkan klu dan check point. 

Walaupun tak dapat bersama dengan group explorace, ditugaskan untuk menjaga check point pun sudah cukup memberi pengalaman yang manis melihat adik2 yang petah menjawab soalan yang diberikan.

Selepas program di Taman Botani, semua peserta dan AJK bergerak ke Masjid Shah Alam untuk menunaikan solat zohor. Kemudian, kami semua berjalan kaki ke Yayasan restu yang terletak bersebelahan dengan masjid untuk melihat pameran Pedang Rasulullah.

Kemudian berpatah balik ke masjid untuk solat asar, dan minum petang di perkarangan masjid. Alhamdulillah, akhi2 Inteam sempat meluangkan masa bersama untuk program KDH4 di samping memberi sokongan untuk anak2 yatim yang menyertai program. Sempat akhi2 Inteam mendendangkan beberapa lagu secara acapella termasuklah Akrab Persahabatan, Kasih Kekasih, Siti Khadijah dll.

Kepada yang berminat untuk menyertai program yang akan dianjurkan oleh KTI, boleh menyertai Komuniti Teman Inteam di www.inteam.com.my dan juga menyokong industri nasyid kita disamping beramal bersama KTI.


Adik2 anak yatim lelaki bersama abg2 KTI


Adik2 anak yatim perempuan bersama kakak2 KTI


Ahli KTI bergambar bersama Intean dan wakil dr syarikat sponsor


Antara adik2 dr umah anak yatim, comel kan? :) 


Antara AJK muslimin KTI yang setia 


minum petang bersama2 sambil menikmati persembahan dr Inteam



Akhi Shah menyampaikan sumbangan buat anak yatim kepada Ustaz dari rumah anak yatim


Alhamdulillah, seronok program berjalan dengan lancar 


Muslimat KTI bersama makcik (alamak dh lupa nama) dari rumah anak yatim 


Diharap program seumpama ini akan diadakan lagi pada tahun2 hadapan dengan lebih meriah dan lagi ramai peserta. InsyaAllah..

 
Copyright © Sakura Shawl |Design by Whitey Mommy